1. Sergio Aguero sudah menjaringkan 9 gol dalam 6 perlawanan BPL menentang Tottenham, lebih banyak berbanding menentang pasukan lain.
2. Aguero (61) sudah mengatasi Carlos Tevez (58) sebagai penjaring terbanyak BPL untuk Manchester City.
3. Aguero sudah menjaringkan 61 gol dalam hanya 95 kemunculan BPL. Penjaring terbanyak dengan kemunculan BPL kurang daripada 100 selepas beliau ialah Demba Ba (43 gol).
4. Aguero menjadi pemain kedua selepas Edin Dzeko berjaya menjaringkan 4 gol dalam satu perlawanan BPL untuk Manchester City. Kedua-duanya menentang Tottenham Hotspurs.
5. Frank Lampard sudah mengumpul 102 umpanan gol dalam BPL. Hanya Ryan Giggs yang mengatasi beliau dengan 162 umpanan gol BPL.
6. Tottenham adalah pasukan yang menghadiahkan penalti paling banyak bagi musim 2014/15 dengan 9 penalti.
7. Spurs sudah 3 kali berjaya menjaringkan gol dalam 15 minit pertama perlawanan BPL musim ini. Mereka pernah melakukan hal yang sama hanya sekali iaitu di musim 2013/14.
8. Manchester City dibolosi dalam 4 perlawanan BPL berturut-turut di laman sendiri buat pertama kali semenjak September 2012.
9. 10 percubaan ke arah gol pada separuh masa pertama oleh Spurs adalah yang tertinggi oleh mana-mana pasukan lawan City di musim ini. Tiada pasukan yang berjaya membuat lebih daripada 10 percubaan musim lepas.
10. Gol ketiga Aguero adalah gol yang ke-200 bagi musim BPL 2014/15.
11. Ini hanyalah kali kedua 4 penalti dihadiahkan dalam satu perlawanan BPL. Kali terakhir adalah dalam perlawanan Bradford vs Derby, April 2000.
12. Federico Fazio menjadi pemain kedua diarah keluar padang dalam kemunculan BPL pertama selepas pemain QPR Samba Diakite pada Februari 2012.
13 Pengadil Jon Moss sudah menghadiahkan 28 penalti di dalam BPL. Penerima utama ialah Manchester City (8 penalti) diikuti QPR (3 penalti).
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru
Rujukan: FourFourTwo