Rabu, 29 Oktober 2014

Laporan Kaki Bangku: Prebiu COC 2014/15 Manchester City vs Newcastle United

Manchester City meneruskan misi mempertahankan kejuaraan Piala Liga. Untuk itu mereka perlu mengatasi pasukan Newcastle di peringkat pusingan ke-4. Kemenangan adalah kemestian di dalam pertandingan kalah mati seperti ini tetapi bukan itu sahaja kerana pasukan City sangat memerlukan suntikan moral sebelum bertemu jiran seteru Manchester United di hujung minggu.


Khabar baik buat peminat Samir Nasri kerana beliau dilihat sudah kembali berlatih bersama pasukan utama. Sama ada dia akan diturunkan hari ini atau disimpan untuk aksi besar Manchester kita sama-sama tunggu keputusan Pellegrini.

Dua pasukan ini sudah bertemu di awal musim dalam perlawanan pembukaan liga dan City menang 0-2 di St. James' Park. Tetapi City tidak menang dalam 2 perlawanan terakhir mereka (yang boleh dianggap mudah) manakala Newcastle pula menemui keyakinan baru dan tidak kalah dalam 3 perlawanan terakhir mereka (termasuk kemenangan mengejut menentang Tottenham). Berita baik buat City kerana Cisse yang sudah kembali menemui sentuhan golnya mungkin tidak cukup cergas untuk menyertai skuad Newcastle.

Seleksi Blog Bulan Biru
Dengan kelebihan bermain di gelanggang sendiri City dijangka boleh mendapatkan kembali aura kemenangan mereka. Ramalan Blog Bulan Biru: City menang 2-0.

Fakta pra-perlawanan:
1. City hanya mencatat 2 cleansheet dalam 10 perlawanan terakhir mereka.

 Superbia in proelio - Blog Bulan Biru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.