Selasa, 21 Oktober 2014

Laporan Kaki Bangku: Prebiu UCL 2014/15 CSKA Moscow vs Manchester City

CSKA Moscow dan Manchester City akan bermain di dalam suasana bisu memandangkan pasukan Moscow masih menjalani hukuman UEFA ke atas insiden perkauman (vs Vikter Plzen) musim lepas.


Hanya Nasri dan Lampard yang masih tercedera untuk seleksi City. Pellegrini mungkin mengubah kembali taktik City kepada formasi 4-4-2 selepas menggunakan 4-5-1 ketika menentang Tottenham Hotspurs tempohari.


CSKA Moscow kehilangan 2 pemain kunci yang masih digantung perlawanan dan 3 pemain melalui kecederaan sementara Seydou Doumbia dan Mario Fernandez masih di tahap ragu-ragu.


Di dalam pertembungan sama musim lepas Manchester City menang tipis 1-2 hasil 2 jaringan gol Sergio Aguero. City semestinya mengharapkan Aguero meneruskan prestasi beliau yang kini sedang memuncak dan mengaut 3 mata berharga untuk meluaskan peluang mara ke peringkat seterusnya.


Kedua-dua pasukan baru sahaja menikmati kemenangan besar di dalam liga masing-masing dengan City membelasah Spurs 4-1 dan CSKA Moscow melanyak Kuban Krasnodar 6-0. CSKA Moscow mungkin mempunyai kelebihan bermain di laman sendiri dalam suhu yang sejuk namun kebolehan pemain City sudah cukup memadai untuk mengatasi CSKA. Ramalan Blog Bulan Biru: City menang 0-3.

Fakta pra-perlawanan:
1. CSKA Moscow tewas dalam 6 perlawanan terakhir Liga Juara-Juara Eropah mereka.
2. CSKA Moscow ketinggalan pada separuh masa pertama dan kedua dalam 5 daripada 6 perlawanan terakhir mereka.

Superbia in proelio - Blog Bulan Biru

Rujukan: WhoScored.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.