Sabtu, 4 Oktober 2014

Laporan Kaki Bangku: Prebiu BPL 2014/15 Aston Villa vs Manchester City

Manchester City diramal akan kembali ke lorong kemenangan berdepan dengan pasukan Aston Villa di Villa Park hari ini.


Rasanya dah kali ketiga pilih seleksi ni.. tak pernah tepat
Pasukan Aston Villa yang bermula cemerlang di awal musim mula mengalami keruntuhan dengan kekalahan berturut-turut. Ditambah lagi dengan ketiadaan Ron Vlaar di bahagian pertahanan mereka. Christian Benteke dilihat sudah kembali berlatih tetapi mungkin hanya turun di bangku simpanan. City pula masih kehilangan Fernando dan Samir Nasri. Kita tunggu dan lihat adakah Pellegrini akan melakukan sebarang perubahan selepas perlawanan Roma. Secara jujur Blog Bulan Biru merasakan Kolarov dan Milner sepatutnya diturunkan hari ini berbanding Clichy dan Navas.


Musim lepas kedua-dua pasukan mendapat kemenangan di laman masing-masing. Villa membuat comeback daripada ketinggalan 1-2 untuk menang 3-2 di Villa Park dan City menghancurkan Villa 4-0 di Etihad Stadium. Siapa yang boleh melupakan bagaimana Toure berubah kepada mod kereta kebal dan menjaringkan gol solo. Musim ini Toure banyak mendapat kritikan tentang komitmen beliau tapi harapnya hari ini beliau dapat membuktikan para pengkritik itu silap. Ramalan keputusan Blog Bulan Biru: City menang dengan jaringan 1-3.

tank-mode
BOOM!!
Fakta pra-perlawanan:
1. City tidak tewas dalam 15 daripada 16 perlawanan BPL terakhir di tempat lawan.
2. Villa tewas 0-3 dalam 2 perlawanan BPL terakhir mereka.

Superbia in proelio - Blog Bulan Biru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.