Sabtu, 18 Oktober 2014

Laporan Kaki Bangku: Prebiu BPL 2014/15 Manchester City vs Tottenham Hotspurs

Kembali dari rehat antarabangsa dan Manchester City akan menerima kunjungan Tottenham Hotspur dalam perlawanan pembukaan hujung minggu ini. Spurs sejak kebelakangan ini adalah antara pasukan lubuk buat City. Adakah mereka bakal menjadi lubuk lagi?


Seleksi Blog Bulan Biru
Samir Nasri masih dalam pemulihan daripada pembedahan dan Fernandinho pula mengalami kecederaan dalam perlawanan menentang Aston Villa tetapi nasib baik Fernando sudah pulih sepenuhnya. Jika Toure cergas sepenuhnya maka kita akan kembali dapat menyaksikan gandingan Toure-Fernando di bahagian tengah. Dan sebaliknya jika Toure tidak cergas sepenuhnya maka Etihad Player of the Month Frank Lampard bakal mengambil tempat beliau. Musim lepas Jesus Navas telah merobek pasukan Spurs dari sayap kanan City dengan 2 jaringan termasuk jaringan pantas 13 saat tetapi dijangka Milner dikekalkan di posisi tersebut untuk perlawanan ini. Mangala yang dikhabarkan mengalami kecederaan otot mungkin direhatkan untuk perlawanan ini.

Pasukan Spurs sudah kehilangan pemain pertahanan Kyle Walker dan Kyle Naughton melalui kecederaan. Malah mereka mungkin disertai penjaring terbanyak Nacer Chadli dan penjaga gol utama Hugo Lloris yang tercedera ketika perlawanan antarabangsa.


Begitupun City masih perlu berhati-hati dengan gandingan Lamela-Eriksen-Adebayor di bahagian serangan Spurs. Adebayor mempunyai tabiat menjaringkan gol bila berhadapan dengan bekas pasukan beliau (3 gol menentang Arsenal) tetapi setakat ini beliau belum lagi dapat berbuat demikian menentang City semenjak berpindah ke Spurs pada 2012. Harap-harap Adebayor tidak berlari sepanjang padang untuk menganjing penyokong City jika beliau akhirnya memecah kebuntuan tersebut.

City menang besar dalam pertemuan ini musim lepas dengan kemenangan 6-0 di Etihad Stadium dan 1-5 di White Hart Lane (agregat 11-1). Corak permainan Spurs yang lebih terbuka boleh menyaksikan City bermain menyerang dengan lebih bebas. Ramalan Blog Bulan Biru: City menang 3-0.

Fakta pra-perlawanan:
1. City menang 6 daripada 7 perlawanan terakhir menentang Spurs.
2. City menang 4 pertembungan terakhir menentang Spurs di laman sendiri.
3. Adebayor hanya memjaringkan 1 gol daripada 9 perlawanan musim ini.


4. Gol pantas Jesus Navas musim lepas adalah ke-7 terpantas dalam BPL. Rekod gol terpantas dipegang oleh pemain Spurs Ledley King.

Superbia in proelio - Blog Bulan Biru

Rujukan: WhoScored.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.