Menurut laporan kewangan terbaru oleh Deilotte, Manchester United kini menduduki tangga teratas dalam senarai perolehan pendapatan musim 2015/16. United mengumpul €689 juta untuk naik dari tangga ketiga merampas tempat pertama daripada Real Madrid. Manchester City pula naik satu tangga dari tempat keenam ke tempat kelima selepas memperoleh €524.9 juta. Secara keseluruhan pencapaian kelab Inggeris musim 2015/16 adalah lebih baik dengan West Ham dan Leicester City menyertai United, City, Arsenal, Chelsea, Liverpool dan Tottenham Hotspur dalam senarai 20 teratas.