Manchester City dan isu pengadil berpisah tiada. Selepas insiden penalti dalam perlawanan Tottenham Hotspur kali ini timbul pula isu dalam perlawanan Crystal Palace. Eh? Tapi perlawanan Piala FA itu belum berlangsung.
Kali in isunya ialah tentang perlantikan Darren Cann sebagai pembantu pengadil perlawanan. Sebenarnya City tiada masalah pun dengan mutu pengadilan Cann. Tapi apa yang menjadi masalahnya ialah sebelum menjadi pembantu pengadil, Cann pernah menjadi pemain Crystal Palace suatu masa dahulu.
Pada tahun 80-an Steve Coppell telah membeli Cann dari Norwich City untuk menyertai Palace. Cann banyak terlibat dalam perlawanan pasukan akademi dan pasukan simpanan namun tidak pernah beraksi bersama skuad utama.
Mujurlah pihak FA menyedari kesilapan mereka dan nama Cann sudah ditarik daripada senarai pasukan pengadil untuk perlawanan itu nanti.