Plot cerita Ivan Rakitic di Barcelona semakin menebal. Pemain itu dikatakan sudah hilang sabar dengan pihak Barcelona dan mahu berpindah keluar. Rakitic sebelum ini tidak berpuas hati kerana janji berkenaan kontrak baharu masih belum ditepati. Malah beliau mendakwa ada pemain-pemain yang tidak bermain baik mendapat lebih banyak masa bermain.
Kemuncak isu ini ialah apabila Rakitic tidak tersenarai dalam skuad menentang Villareal baru-baru ini. Namun perkara ini ditidakkan oleh ejen Rakitic dan pengurus Barcelona, Luis Enrique mengeluarkan kenyataan, "Rakitic ke City? Tidak, hanya 25% maklumat yang diterbitkan boleh dipercayai, sama ada dari sini atau dari Croatia".