Ejen pemain pertahanan Bayern Munich, Holger Badstuber yang sedang dikaitkan dengan Manchester City mengesahkan yang pemain itu sudah bersetuju meninggalkan kelab Jerman itu secara pinjaman namun kelab destinasi tidak didedahkan. Badstuber kini sedang dikaitkan dengan 3 kelab iaitu Manchester City, Hamburg dan Stuttgart. Pemain Jerman itu yang boleh bermain di posisi bek tengah dan juga bek kiri bakal menamatkan kontrak bersama Bayern di penghujung musim.