Di kala Manchester City terpaksa bermain dengan 10 orang dan buntu di hadapan gol, Gael Clichy tampil menyelamatkan keadaan. Agaknya kecewa dengan Kelechi Iheanacho, Raheem Sterling, Jesus Navas, Kevin De Bruyne dan Sergio Aguero yang gagal menduga Tom Heaton, Clichy mengambil inisiatif sendiri menunjukkan bagaimana caranya membuat percubaan gol. Di minit ke-58 Clichy melepaskan tendangan cantik dari penjuru kotak penalti untuk menewaskan Heaton.
Aguero yang tertempelak dengan realiti itu agaknya mulai sedar diri dan beliau kemudian menggandakan gol City dengan rembatan dari sudut sempit.
Ramai yang kagum dengan gol Clichy kerana bek kiri itu menjaringkan gol menggunakan kaki kanan. Tetapi tahukah anda kesemua 3 gol Clichy bersama City dijaringkan dengan kaki kanan?
vs Southampton (November 2014) |
vs Swansea City (September 2016) |
Sebenarnya walaupun Clichy bermain di posisi bek kiri, kaki kiri bukanlah kaki semulajadi beliau. Sebaliknya beliau adalah pemain kaki kanan semenjak lahir dan dilatih secara intensif oleh bapa beliau untuk bermain menggunakan kaki kiri supaya mendapat lebih banyak peluang bermain dengan mengisi posisi di bahagian kiri yang kurang saingannya berbanding posisi di bahagian kanan.