Kontrak pemain pertahanan berbakat Manchester City, Tosin Adarabioyo bakal tamat tempoh di hujung musim ini. Perbincangan demi perbincangan untuk melanjutkan kontrak sudah dijalankan semenjak tahun lepas tetapi sehingga kini ia hanya menemui jalan mati.
Menurut akhbar Telegraph punca utama kata sepakat gagal dicapai ialah disebabkan tuntutan dari pihak Adarabioyo yang mahukan pakej bayaran yang lebih lumayan. Walaubagaimanapun pihak City agak berat hati untuk menyetujui permintaan pemain muda tersebut kerana bimbang ia akan menjadi ikutan para pemain akademi yang lain. Setakat ini Adarabioyo sudah membuat 4 kemunculan bersama skuad utama Manchester City.