Selasa, 10 Januari 2017

Formasi Di Mata Guardiola

Pep Guardiola secara asasnya akan menggunakan formasi 4-3-3 dalam pasukan beliau sama seperti bekas mentor, Johan Cruyff. Akan tetapi Guardiola juga adalah seorang yang sangat fleksibel dalam memilih formasi kerana tujuan utama beliau semasa perlawanan ialah mencari penguasaan ruang.
 
 
Antara petikan kata Guardiola yang popular ialah, "Formasi hanyalah rangkaian nombor - seperti nombor telefon". Maka tidak hairanlah semasa di Bayern Munich, Guardiola pernah menggunakan 10 formasi bersama mereka.

 
Dengan itu para peminat Manchester City perlu menyediakan diri untuk menerima kejutan setiap kali kesebelasan utama pasukan diumumkan di hari perlawanan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.