Rabu, 17 September 2014

Laporan Kaki Bangku: Prebiu Bayern Munich vs Manchester City

Musim lepas David Silva, Aleksandar Kolarov dan James Milner melengkapkan comeback pasukan City setelah ketinggalan 2-0 untuk meraih kemenangan 2-3 di bumi lawan. Dengan masalah kecederaan yang sedang dihadapi Bayern Munich, City mempunyai peluang yang cerah untuk sekurang-kurangnya pulang membawa satu mata.


Bayern Munich kini sudah  kehilangan 7 pemain atas faktor kecederaan. Antara pemain utama yang tercedera adalah Ribery, Rafinha, Schweinsteiger, Javi Martinez dan Thiago Alcantara. Angka ini boleh meningkat jika Arjen Robben yang masih 50-50 juga turut tersenarai.

Ala Robben jom la injured sama-sama
Di pihak Manchester City pula mereka masih kehilangan Fernando dan Jovetic yang belum pulih di samping Zabaleta yang digantung perlawanan. Bukan pemain sahaja yang digantung malah Pellegrini juga digantung bersama selepas meluahkan pendapat tentang mutu pengadilan semasa perlawanan menentang Barcelona musim lepas. Ini bermakna Sagna akan bermain di bek kanan. Toure akan kembali beraksi di posisi tengah bersama-sama Fernandinho. City sekali lagi akan menurunkan seorang penyerang sahaja dan kita mungkin mempunyai harapan untuk melihat Mangala membuat debut beliau. Ketiadaan Robben untuk mengkucar-kacirkan sayap kiri City membolehkan Kolarov diturunkan di posisi tersebut dan jika City mahu meletakkan fokus ke sayap kanan Navas pula yang akan diturunkan dan Kolarov di bangku simpanan.

Jangkaan seleksi pemain
Prediksi: City boleh membuat kejutan dan meraih kemenangan di Munich. 0-2 berpihak kepada Citizens.

Superbia in proelio.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.