Tendangan padu maut!! |
Kolarov memang terkenal dengan rembatan bak peluru kaki kirinya sehingga mendapat gelaran "Roberto Carlos Serbia". Dek kerana rembatan bak peluru itu juga beberapa orang sudah menjadi mangsa ledakan kaki Kolarov. Berikut adalah mangsa-mangsa beliau:
1. Massimiliano Saccani
Pengadil liga Serie A ini pengsan buat beberapa minit selepas bola tendangan deras Kolarov mencium kepala beliau ketika perlawanan di antara Lazio dan Torino.
2. Ezequiel Lavezzi
Lavezzi juga menerima nasib yang sama ketika Napoli menentang Lazio. Lavezzi adalah antara pemain yang membentuk benteng menahan tendangan bebas Kolarov.
3. Sebastiano Siviglia
Kaki Kolarov memang tidak mengenal mangsa. Rakan sepasukan juga turut tidak terlepas. Siviglia patah 3 batang jari apabila terkena tendangan padu Kolarov semasa sesi latihan.
Syukur setakat ini belum ada pemain City yang menjadi mangsa baru Kolarov.
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru
Rujukan: Lazioland.com