Kit ketiga Manchester City sudah didedahkan dan boleh dipra-tempah di MCFC Official Online Shop. Maka dengan itu lengkaplah sudah kit rasmi Manchester City bagi musim ini. Yang mana satukah wajib menjadi koleksi?
Warna tradisi biru langit. Ramai peminat lebih menyukai jika warna seluar adalah putih.
Persis rekacorak baju kit Barcelona FC
Mendapat inspirasi daripada rekacorak kit City awal 90-an dan musim 2007/08