Jumaat, 26 September 2014

Laporan Kaki Bangku: COC 2014/15 Manchester City (7) - Sheffield Wednesday (0)

City berpesta gol di Etihad. Bukan 3, bukan 4 tapi 7 gol dijaringkan tanpa berbalas. Kenapalah bila tak ada live coverage masa tu lah banyak gol? 


Ternyata Pellegrini serius mempertahankan gelaran juara Piala Liga dengan menurunkan skuad yang kuat. Beberapa nama pemain EDS turut tersenarai sebagai pemain gantian.

Ketujuh-tujuh gol dijaringkan pada separuh masa kedua. Di separuh masa pertama percubaan-percubaan City berjaya ditandingi Chris Kirkland di gawang Wednesday. Paling hampir untuk City memecah kebuntuan adalah melalui volley Mangala yang terkena tiang gol.

Pesta gol City bermula pada minit ke-47 apabila Milner yang membuat larian ke dalam kotak penalti mengejar bola hantaran Toure dan membuat hantaran lintang yang disudahkan Lampard.

Hari ni tak apa boleh celebrate gol
Minit 53: Navas membuat larian ke dalam kotak penalti dan hantaran beliau disudahkan Dzeko untuk gol peribadi ke-10 Piala Liga.


Minit 54: Navas mengamuk lagi membuat larian bahagian kanan kotak penalti sebelum meledakkan rembatan deras ke tiang gol dekat Kirkland.

Tendangan padu maut
Minit 60: Lampard dijatuhkan Zayatte di dalam kotak penalti. Zayatte dilayangkan kad merah dan Toure mengambil sepakan penalti untuk meletakkan City 4-0 di hadapan.

Selesa dengan kedudukan gol dan kelebihan pemain, City memasukkan Pozo, Boyata dan Sinclair menggantikan Toure, Fernandinho dan Milner.

Minit 77: City menyerang dari sebelah kiri dan hantaran lintang Kolarov ditanduk kemas oleh Dzeko. 5-0.

Tandukan berbisa
Minit 88: Pozo membuat kemunculan pertama impian mejaringkan gol ke-6 City. Hantaran dilakukan oleh Navas kepada Pozo yang menunggu di dalam kotak penalti.


Minit 90: Lampard menutup akaun City untuk perlawanan ini dengan gol ke-7 dan gol ke-2 peribadi perlawanan. Hantaran lintang Kolarov dari sayap kiri disudahkan Lampard.

"Poyo pulak mamat ni", ujar Pozo
Fakta menarik perlawanan:
1. Seorang peminat menceroboh padang dan sempat mengambil gambar selfie bersama Lampard.
2. Dzeko sudah menjaringkan 11 gol daripada 11 perlawanan Piala Liga.
3. Kali pertama City menjaringkan 7 gol dalam separuh masa permainan.
4. Kali ketiga City mencetak 7 gol dalam 1 perlawanan.
5. City sudah mencatat 29 gol dalam 7 perlawanan di bawah pengendalian Pellegrini. Secara puratanya 4.14 gol per perlawanan.
6. Dzeko memasuki senarai pemain 5 teratas City dalam jaringan terbanyak Piala Liga mengatasi lagenda Shaun Goater (9 gol).
7. City tidak pernah tewas di Etihad jika Dzeko tersenarai sebagai penjaring gol (24 perlawanan: 23 menang dan 1 seri).


Superbia in proelio.

Rujukan: Twitter.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.