Isnin, 15 September 2014

Laporan Kaki Bangku: BPL 2014/15 Arsenal (2) - Manchester City (2)

Manchester City bertandang ke Emirates Stadium dan pulang dengan satu mata. Adakah ini keputusan yang adil? Mungkin ya mungkin tidak. Ayuh kita analisis. Mula-mula sekali terkejut beruk membaca senarai kesebelasan utama City sebelum sepak mula. Jauh benar dari senarai dalam pos prebiu. Kalau fan City pun terkejut beruk apatah lagi Arsene Wenger, mahu terkejut King Kong dibuatnya.


City membuat perubahan taktikal yang besar di bahagian tengah dan serangan. Yaya Toure tidak tersenarai kerana pulang lewat dari tugas antarabangsa. Tempat beliau diganti Frank Lampard yang membuat debut City beliau. Fernando belum pulih daripada kecederaan ketika perlawanan Stoke dan digantikan dengan Fernandinho. Pellegrini memilih untuk menurunkan hanya seorang penyerang bagi fixture ini. Silva diturunkan di posisi no. 10 diapit oleh Navas di bahagian kanan dan James Milner di bahagian kiri. Bahagian serangan dikemudi oleh Sergio Aguero. Pellegrini mengekalkan kombinasi pertahanan menentang pasukan kuat; Zabaleta-Kompany-Demichelis-Clichy.

Lampard berbaju biru. Cuma biru muda, dulu biru tua.
Sekali imbas, City dilihat memilih formasi serangan kaunter dengan memilih pemain pantas; Aguero dan Navas. Pellegrini memilih taktik ini mungkin kerana bermain di tempat lawan dan lagipun City kini berdepan masalah kekurangan pemain penyerang. Dengan hanya 2 penyerang senior di dalam skuad, Pellegrini terpaksa membuat rotasi pemain untuk memastikan City mempunyai penyerang yang cergas lebih-lebih lagi pasukan yang menanti selepas ini ialah Bayern Munich dan Chelsea. Kehilangan Toure di mengganggu sedikit strategi battle di bahagian tengah dan Milner dibawa masuk sebagai sumber fizikaliti di situ berbanding Nasri.

Seperti yang dijangka dalam prebiu kunci permainan  ini terletak di bahagian tengah. Arsenal dengan pemain mereka yang penuh flair menumpukan gerakan mereka dari tengah sementara City lebih cenderung membawa permainan ke bahagian tepi padang. Lihat saja distribution posisi pemain-pemain kedua pasukan ini.

Arsenal (kiri) vs Man City (kanan) (sumber: whoscored.com)
Terbukti di awal permainan Arsenal menguasai posesi bola dan membuat gerakan dan percubaan gol ke gawang City. City bernasib baik tidak melepaskan gol awal daripada percubaan yang dilakukan Sanchez, Ramsey dan Wellbeck. Terutama sekali peluang Arsenal yang dihidangkan kepada Wellbeck oleh Silva yang tersilap passing di minit ke-12. Mujur tak masuk.

Tarian berirama agaknya
Tempo laju Arsenal menekan City di kawasan mereka sendiri dan gerakan City terhad kepada serangan kaunter tetapi jelas Aguero dan Navas terisolasi di bahagian hadapan. Ternyata gol pembukaan City hadir dari satu serangan kaunter dan kombinasi Navas-Aguero. Serangan Arsenal berjaya ditangkis barisan pertahanan City lalu bola clearance yang liar berjaya pula direbut Aguero. Bola seakan mahu bergolek keluar tetapi satu susuk badan memecut laju mengekalkan bola dalam permainan; itulah Navas. Navas terus membawa bola menuju ke kotak penalti Arsenal dan dengan tenang melorong bola untuk disudahkan Aguero untuk gol ke-3 beliau musim ini.

Tempek
Gol City merubah dinamik perlawanan. City pula bergerak penuh keyakinan membuat serangan dan mereka tidak bernasib baik gagal menggandakan gol dengan percubaan Silva dan Aguero diselamatkan Szczesny. Menghampiri penghujung separuh masa permainan agak seimbang di antara kedua-dua pasukan.

Separuh masa kedua City membuat pertukaran pemain dengan mengeluarkan Lampard yang dilihat belum cergas sepenuhnya dan memasukkan Nasri. Milner yang bermain di bahagian kiri di separuh masa pertama berpindah ke bahagian tengah midfield. Perlawanan diteruskan dengan tempo yang sederhana. City meneruskan dominasi penguasaan tetapi tidak begitu menekan Arsenal manakala Arsenal tidak pula bermain tinggi mungkin kerana tidak mahu melepaskan gol kedua. Tempo perlawanan mula naik masuk minit ke-60 dengan Arsenal mencari gol penyamaan. Kedua-dua pasukan bertukar posesi dan minit ke-64 Arsenal tidak mensia-siakan bola yang dirampas daripada Aguero dan Wilshere membuat chip menewaskan Hart. Sebenarnya kecewa dengan gol tersebut sebab Aguero terlebih dahulu dikasari semasa bola dirampas daripada beliau. Sama kes macam game Champions' League lawan Barcelona musim lepas; pemain City kena foul tapi pengadil meneruskan permainan.

Hart terduduk
Gol kedua Arsenal hadir selepas mereka meneruskan tekanan ke atas City. Mereka mula bermain tinggi ke dalam kawasan City dan City terpaksa menyerap asakan demi asakan. Akhirnya pada minit ke-74 Sanchez pula menewaskan Hart dengan tendangan volley yang cantik selepas bola udara berjaya ditanduk ke arah beliau. Di sini jelas pasukan City kekurangan kehadiran fizikal di bahagian tengah midfield tanpa kelibat Toure atau Fernando.

Volley cantik Sanchez
Selepas ketinggalan Pellegrini terus merubah strategi City dengan membawa masuk Kolarov menggantikan Fernandinho. Fokus City ialah menyerang dari bahagian sayap. Sebelum gol kedua Arsenal Dzeko sudah terlebih dahulu dibawa masuk menggantikan Aguero yang tampak tidak efisien dengan sering terasing di bahagian hadapan. Kedua-dua pasukan berterusan bertukar serangan dengan City menyerang dari tepi dan Arsenal menyerang dari tengah. Gol penyamaan City tiba melalui tendangan penjuru di minit ke-84. Tendangan penjuru Kolarov berjaya ditanduk masuk Demichelis walaupun pemain Arsenal memenuhi kotak penalti.

Demi cintaku padamu
Di akhir-akhir babak perlawanan pasukan City yang melebarkan permainan berjaya meletihkan pemain Arsenal dan lebih banyak menguasai perlawanan. Malang sungguh City tidak berjaya menamatkan perlawanan dengan 3 mata. Kolarov dan Dzeko menyaksikan percubaan mereka sekadar mencium tiang dan jaringan Nasri dibatalkan kerana ofsaid.


Keputusan mutakhir Arsenal dan Manchester City berkongsi mata. Mata yang dikongsi itu mungkin lebih berharga buat City memandangkan mereka adalah pasukan bertandang. Tetapi mereka sepatutnya boleh pulang dengan lebih gembira jika berjaya memenangi battle di bahagian midfield. City sememangnya memerlukan kehadiran fizikal di bahagian tengah dan serangan.

Kedua-dua pasukan sama seimbang (sumber: whoscored.com)
2 pendekatan berbeza Arsenal (kiri) dan City (kanan) (sumber: whoscored.com)

Superbia in proelio.

Rujukan: Tengok ASTRO live la bro.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.