8 hari. 3 pasukan ternama dunia. 3 dugaan besar yang betul-betul menguji kemampuan skuad Manchester City dan kehebatan taktikal Manuel Pellegrini. Ini merupakan perlawanan pertama daripada 3 perlawanan tersebut; menentang pasukan Arsenal di Emirates Stadium.
2 minggu berlalu tanpa aksi Liga Perdana Inggeris kerana pusingan kelayakan Euro dan perlawanan antarabangsa. City tewas kepada Stoke di laman sendiri dalam perlawanan terakhir mereka. Manakala Arsenal sekadar berkongsi mata bersama Leicester City. Memang gerenti dua-dua tak nak hilang mata lagi kalau tak nanti makin jauh kena tinggal dengan Chelsea. Season lepas fixture ni berkesudahan 1-1.
Arsenal ada meriam baru di bahagian serangan dalam bentuk Danny Welbeck bekas pemain jiran sebelah City. Bahaya juga mamat ni pasal dia laju kalau nak dibanding dengan Giroud. Rangkaian 4 orang hadapan Arsenal semuannya mempunyai flair yang tinggi dalam permainan mereka maka pertahanan City memang perlu berada dalam kepekaan yang hebat. Sumber inpsirasi mereka banyak akan datang daripada Ozil manakala Sanchez dan Cazorla akan drift ke dalam membuat larian ke kotak penalti. Satu pemain kunci yang hilang dari senarai pasukan Arsenal ialah Aaron Ramsey kerana tercedera.
Sebenarnya cara permainan City dan Arsenal tidak banyak bezanya dari segi approachnya. 4 pemain hadapan akan bertumpu ke kawasan tengah serangan sambil pemain bek naik ke atas membuat overlap. Cuma City akan bermain dengan tempo lebih perlahan lebih bersabar menunggu peluang terbaik membuat gerakan menyerang gol. Kali ini City berhadapan dengan masalah penyerang. Negredo dah pindah Valencia, Guidetti dah kena pinjam ke Celtic maka tinggallah 3 orang option penyerang. Tapi sekali Jovetic yang tengah in-form pula cedera maka ada Dzeko dan Aguero saja di hadapan. Rasa-rasa nanti lawan Bayern dan Chelsea pun kombinasi yang sama akan bermain. Kunci utama jika City mahu menang dalam pertemuan ini ialah Yaya Toure. Jika City mahu menang bahagian tengah padang perlu dipegang oleh mereka dan mengganggu tempo permainan Arsenal. Impian nak tengok tembok bergerak di pertahanan City mungkin tidak kesampaian jika Mangala belum cukup cergas untuk perlawanan ini. Bila nak dapat tengok Mangala dan Kompany bergabung menjadi tembok pun tak tahulah.
Ramalan keputusan: Kalau fan Arsenal rasa-rasa boleh tapau City macam masa Community Shield jangan perasan sangat pasal hari tu City main standard main petang kat padang sekolah je. Oleh itu ramalannya ialah 1-1 berkongsi mata tapi ada rasa result tu boleh senget ke arah City untuk menang tipis 2-1.
Superbia in proelio.
Rujukan: Football Talk