Sempena rehat antarabangsa ni bosan juga nak tunggu game tengok City main. Memandangkan jendela perpindahan musim panas sudah tertutup secara mutakhir elok juga kiranya kita rumus semula bisnes perpindahan yang dilakukan City. Post kali ini kita fokuskan pada perpindahan masuk. Bisnes jual dan pinjam kita cerita lain hari.
Pemain ini mendapat gelaran 'Octopus' bukanlah kerana beliau lembut umpama sotong tetapi kerana kaki beliau boleh menyauk, menakik, menyauk-takik, melilit pemain lawan untuk merampas bola persis tentakel-tentakel siri hentai. Setakat ini memang Fernando berjaya mengisi posisi defensive midfielder yang ditinggalkan De Jong dan jauh lebih meyakinkan daripada Fernandinho.
Dibawa masuk sebagai pencabar kepada Hart. Kelebihan utama Caballero terletak pada pengalaman beliau dan keupayaan shot-stopping. Berdasarkan perlawanan pra-musim boleh disifatkan sebagai penjaga gol backup yang boleh diharap.
Pemain muda penuh potensi ini menunjukkan bakat sebagai pemain tengah kotak-ke-kotak ketika perlawanan pra-musim. Dirancang menjadi pengganti Toure di masa hadapan. Kini beliau sedang dipinjamkan ke Valencia.
Lama betul City masuk merisik mencucuk jarum untuk memikat Mangala datang ke Etihad. Lama juga Mangala menjual mahal sambil konon-konon lebih rela pergi ke Chelsea atau Man United. Kecil juga hati bila direject begitu. Setakat ini belum sempat menonton Mangala beraksi bersama City tetapi dengar khabarnya beliau dan Kompany akan berubah rupa apabila main bersama.
Transformasi fusion Kompany dan Mangala |
Bacary Sagna
Pemain terbaru yang berjaya melangkah naik dari pasukan akademi senior City iaitu Arsenal. Dibawa sebagai backup dan pencabar kepada Zabaleta, beliau juga adalah paku terakhir pada keranda karier Richards di City. Pengalaman dan keupayaan membuat hantaran lintang adalah aset utama beliau.
Superbia in proelio.
Aksi bersama pasukan akademi senior Man City; Arsenal |
Pemain terbaru yang berjaya melangkah naik dari pasukan akademi senior City iaitu Arsenal. Dibawa sebagai backup dan pencabar kepada Zabaleta, beliau juga adalah paku terakhir pada keranda karier Richards di City. Pengalaman dan keupayaan membuat hantaran lintang adalah aset utama beliau.
Superbia in proelio.