Khamis, 30 Jun 2016

Calon Ganti Zabaleta - Pablo Maffeo

City bukannya tiada calon dari akademi EDS untuk menggantikan Pablo Zabaleta. Seorang lagi Pablo, Pablo Maffeo kini sedang dipinjamkan ke kelab Girona FC. Beliau membuat 13 penampilan bersama kelab Sepanyol itu musim ini. Adakah ada masa hadapan untuk Maffeo di posisi bek kanan City?

Nama: Pablo Carmine Maffeo Becerra
Umur: 18 tahun
Kelab: Elite Development Squad
Posisi: Bek kanan
Nilai semasa: €100,000
 

Calon Ganti Zabaleta - Fabinho

Fabinho sudah dikaitkan dengan City semenjak awal musim lepas lagi tetapi waktu itu beliau sudah memeterai perjanjian dengan AS Monaco. Nampaknya Fabinho masih lagi berada di bawah radar tinjauan City.

Nama: Fabio Henrique Tavares
Umur: 22 tahun
Kelab: AS Monaco
Posisi: Bek kanan
Nilai semasa: €15,000,000
 

Calon Ganti Zabaleta - Hector Bellerin

Hector Bellerin mungkin adalah nama calon yang paling diminati para peminat City. Kualiti Bellerin memang sudah terbukti di EPL dan dengan usia yang masih muda beliau dilihat sebagai pelaburan jangka masa panjang yang sangat berbaloi. Mungkin sudah sampai masanya pemain kelab akademi tidak rasmi City ini berpindah ke skuad utama.

Nama: Hector Bellerin Moruno
Umur: 21 tahun
Kelab: Arsenal FC
Posisi: Bek kanan
Nilai semasa: €18,000,000

Calon Ganti Zabaleta - Stephan Lichtsteiner

Pep Guardiola dikatakan sangat berminat untuk mendapatkan pemain Juventus, Stephan Lichtsteiner sebagai ganti Pablo Zabaleta. Namun di usia 32 tahun mungkin calon pemain muda adalah lebih sesuai.

Nama: Stephan Lichtsteiner
Umur: 32 tahun
Kelab: Juventus FC
Posisi: Bek kanan
Nilai semasa: €6,000,000

Calon Ganti Zabaleta - Bruno Peres

City kini sedang mengenalpasti beberapa calon untuk mengisi ruang yang bakal ditinggalkan Pablo Zabaleta dan antara nama yang naik ialah pemain Brazil, Bruno Peres.

Nama: Bruno da Silva Peres
Umur: 26 tahun
Kelab: Torino FC
Posisi: Bek kanan
Nilai semasa: €10,000,000

Rabu, 29 Jun 2016

Gempar - Nolito Lulus Ujian Kecergasan

Nolito sudah melepasi ujian kecergasan di Manchester dan bakal diumum sebagai pemain City bila-bila masa sahaja lagi.

Koleksi Gambar 9 Musim Zabaleta


Nama penuh: Pablo Javier Zabaleta Girod
Tarikh lahir: 16 Januari 1985
Posisi: Bek kanan
Nombor skuad: 5

2008/09

Marlos Moreno - Tunggu Hujung Minggu Ini

Sebelum ini dikatakan Manchester City sudah memeterai persetujuan untuk membeli pemain sayap Colombia, Marlos Moreno. Walaubagaimanapun ejen pemain tersebut, Eladio Tamayo memberitahu nasib Moreno hanya akan ditentukan seawalnya hari Jumaat nanti.
 

Velez Sarsfield Buat Aduan Terhadap City


Baru-baru ini Manchester City mengesahkan perpindahan bakat muda 15 tahun Argentina, Benjamin Garre dari Velez Sarsfield. Namun begitu Velez Sarsfield nampaknya tidak berpuas hati dengan hal tersebut dan sudah menghantar surat bantahan rasmi kepada pengerusi Manchester City, Khaldoon Al-Mubarak.

Gempar - Nolito Terbang Ke Manchester

Selepas Sepanyol terkandas di pentas kejohanan Euro 2016, Nolito bakal mengambil penerbangan ke Manchester untuk menjalani ujian kecergasan.

Selasa, 28 Jun 2016

Gambar Terkini Jersi MCFC Bersama Ciri-Ciri

Dari sumber Footy Headlines yang boleh dipercayai berikut adalah ciri-ciri dan gambar mutakhir jersi City untuk musim 2016/17.
 
Jersi home:
 
  • Berdasarkan templat AeroSwift Nike.
  • Warna asas baju ialah biru langit bersama kolar bulat, lengan berwarna biru navy dan tulisan 'CITY' di belakang.
  • Lencana baru Manchester City di bahagian hadapan.
  • Buat pertama kali dalam sejarah kelab, Manchester City akan menggunakan kombinasi warna biru langit (baju), biru langit (seluar) dan putih (stokin).

Pemain Terpinggir City Diminati Kelab-Kelab

 
Florian Lejeune dan Ruben Sobrino adalah 2 pemain yang dibeli Manchester City dan kemudiannya terus dipinjamkan kepada Girona FC. Selepas Florian Lejeune dikhabarkan bakal dilamar SD Eibar, kini Ruben Sobrino pula sedang menarik minat pasukan-pasukan lain. Ruben Sobrino kini sedang dikaitkan bersama 6 pasukan iaitu Stoke City, Genoa, Real Betis, Sevilla, Las Palmas dan Deportivo La Coruna.

Gempar - Zabaleta Terima Lamaran Roma


Calciomercato melaporkan pemain bek kanan kesayangan peminat Manchester City, Pablo Zabaleta sudah mencapai persetujuan peribadi untuk menyertai AS Roma musim depan. Zabaleta akan menandatangan kontrak selama 3 tahun di Itali dengan gaji sebanyak €3 juta semusim. Zabaleta yang sebelum ini cuba melengahkan kata putus diberi masa seminggu oleh AS Roma untuk membuat keputusan sebelum mereka tawar hati. Kini AS Roma hanya perlu menunggu lampu hijau daripada Manchester City untuk mendapatkan Zabaleta.

- Bulan Biru

Isnin, 27 Jun 2016

City Setuju Beli Moreno

Menurut Daily Mail, City sudah bersetuju dengan nilai pembelian pemain muda Colombia, Marlos Moreno yang berjumlah £8 juta. Moreno berusia 19 tahun kini sedang bermain bersama kelab Colombia, Atletico Nacional. Moreno bermain di posisi sayap kanan namun juga boleh beroperasi di sayap kiri atau sebagai penyerang tengah.



- Bulan Biru

City Sudah Tua

Lihatlah senarai pemain Manchester City berumur 30 dan ke atas:


Rasanya dah sampai masa skuad City diremajakan semula.

- Bulan Biru

"Jangan Berhenti Menggelecek"


Hebat betul dugaan Raheem Sterling dihentam dan dipersalahkan dalam setiap persembahan hambar pasukan. Tak kiralah untuk pasukan negara ataupun kelab Sterling sering dikritik kerana kualiti bola akhir yang lemah atau kehilangan bola semasa menggelecek.

Baru berusia 21 tahun seolah-olah sudah tiada lagi masa depan untuk anak muda tersebut. Maka tampillah Pep Guardiola menjadi penyelamat memberi sokongan dan kata-kata semangat. Baru-baru ini Guardiola telah membuat panggilan telefon kepada Sterling.

Joaquin Ardaiz Mahu Berhijrah Ke EPL


Penyerang 17 tahun dari Uruguay, Joaquin Ardaiz dikhabarkan mahu berhijrah ke arena EPL. Pemain yang diberi gelaran "Luis Suarez Baharu" itu sudah pun menarik minat banyak kelab EPL di antaranya Liverpool dan Manchester City.


- Bulan Biru

Julian Brandt Rebutan City Dan Juventus

Sumber Calciomercato mengatakan yang Manchester City dan Juventus sedang mengikuti penuh minat pemain sayap muda Bayer Leverkusen, Julian Brandt yang berusia 20 tahun.


Ini bukan kali pertama City dikaitkan dengan Brandt. City pernah dikatakan berminat membawa Brandt ke Etihad pada 2012 semasa beliau berusia 16 tahun. Ketika itu Brandt bermain untuk pasukan Wolfsburg.

- Bulan Biru

Ahad, 26 Jun 2016

Manchester City Dan Nombor 23

Cepat namakan pemain dalam skuad terkini Manchester City yang memakai nombor jersi 23. Berani jamin kerat jarilah tak akan jumpa sampai bila-bila. Kalau ada peminat City yang cakap ada pemain yang pakai nombor 23 maka dia memang pakar. Pakar auta.

Bony Diintai Juara EPL


Wilfred Bony dan juara berpisah tiada. Selepas menyertai penyandang juara EPL Manchester City pada musim 2014/15, Bony sekali lagi mungkin akan bersama satu lagi penyandang juara EPL apabila Leicester City sedang berjinak-jinak mahu merisik pemain Ivory Coast itu. Bony dilihat calon sesuai sebagai alternatif kepada Troy Deeney (Watford). Bony boleh dibeli dengan harga perpindaham sebanyak £20 juta.

- Bulan Biru

Panas - Jersi Away MCFC 2016/17 (Video Unboxing)

Segar dari ladang. Enjoy.



- Bulan Biru

Sabtu, 25 Jun 2016

Berlatih Bersama United, Bermain Untuk City


Setahun lalu pemain berbakat dari Argentina ini berlatih selama 2 minggu bersama-sama Manchester United. Namun Benjamin Garre kini terbuka hati untuk menyertai pasukan Manchester City. Ujar Garre, "Saya tak akan lepaskan peluang untuk bersama City. Setiap pemain mengimpikannya. Ini adalah hadiah daripada Tuhan". Beliau menambah, "Pergi ke Manchester City adalah peluang yang baik. Saya membuat keputusan bersama keluarga yang pergi ke sana adalah yang terbaik".

Garre merupakan cucu kepada pemenang Piala Dunia 1986, Oscar Garre. Beliau mencipta nama bersama kelab Velez Sarsfield dan sebelum ini dikaitkan untuk berpindah ke Sepanyol bersama Barcelona.

- Bulan Biru 

Bakat Muda Mahu Keluar Dari City


Pemain 16 tahun, Tyrese Campbell merupakan antara prospek bintang masa depan England. Beliau kini bersama skuad akademi City namun sudah membuat keputusan menolak tawaran biasiswa City dan bakal meninggalkan Manchester. 2 kelab yang bersedia untuk memancing pemain muda ini ialah Arsenal dan West Ham United.

- Bulan Biru

Menghalang Stones Berpindah Tindakan Zalim


Akhbar Telegraph melaporkan yang pihak Manchester City dan Everton sudah berbincang berkenaan masa depan pertahanan muda England, John Stones. Everton merasakan tindakan menghalang Stones yang jelas mahu berpindah dan bermain di bawah kendalian Pep Guardiola itu adalah zalim. Jadi kini City sedang menyediakan tawaran untuk membawa Stones ke Etihad. Sebelum ini Stones juga menjadi sasaran Barcelona tetapi kelab Sepanyol itu tidak mahu terlibat dalam perang bidaan bersama City.

- Bulan Biru

Khamis, 23 Jun 2016

City Kaut Untung Jual Pemain Misteri


City bakal membuat keuntungan sebanyak £1 juta apabila pasukan La Liga, SD Eibar bersetuju mengaktifkan klausa pelepasan pemain pertahanan City, Florian Lejeune. Pemain pertahanan berusia 25 tahun asal Perancis itu dibeli oleh City pada 2015 daripada Girona dengan bayaran sebanyak £215,000. Lejeune hanya menjadi pemain City di atas kertas kerana beliau terus dipinjamkan kepada Girona selama satu musim. Terdapat seorang lagi pemain City yang dibeli dan dipinjamkan terus kepada Girona musim lepas iaitu Ruben Sobrino.


- Bulan Biru

BVB - City Capai Kata Setuju Tapi...

Menurut Fabrizio Romano, Manchester City dan Borussia Dortmund telah mencapai kata persetujuan dalam rundingan perpindahan bintang Bundesliga, Pierre-Emerick Aubameyang. Namun usaha membawa Aubameyang ke Manchester telah menemui jalan buntu buat masa ini kerana tuntutan peribadi melampau dari pihak pemain. Aubameyang dikatakan menuntut gaji sebanyak €12 juta setahun dan yuran ejen sebanyak €10 juta.


- Bulan Biru

Rabu, 22 Jun 2016

City Mahu Beli Everton

Jangan risau para peminat Everton. Walaupun Manchester City sememangnya kaya dan boleh sahaja membeli Everton tapi Everton yang dimaksudkan di sini bukanlah kelab Everton. Manchester City sudah beberapa tahun mengikuti perkembangan bakat muda Brazil, Everton Soares dan jika prestasi beliau di Gremio terus menunjukkan peningkatan maka mungkin Everton akan dibawa ke Manchester dan digilap bakatnya bersama pasukan simpanan.



- Bulan Biru

Bosan Menunggu, Nolito Ke Manchester

"Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, dia diambil orang". Selepas bosan menunggu lamaran Barcelona yang tak kunjung tiba, Nolito memutuskan menerima tawaran kontrak untuk bermain bersama City. Nolito akan menerima gaji £60,000 seminggu bersama bonus pencapaian. City telah mengaktifkan klausa pelepasan Nolito yang bernilai £13.8 juta.


- Bulan Biru

Selasa, 21 Jun 2016

Ringkasan Berita MCFC (21.6.2016)

1. [Gazzetta dello Sport] - AS Roma menawarkan kontrak 3 tahun kepada Pablo Zabaleta. Zabaleta dikatakan boleh berpindah ke Itali dengan lingkungan transaksi sekitar £3.8 juta~£4.6 juta. Selain AS Roma, Inter juga berminat untuk membawa Zabaleta ke Itali. AS Roma perlu menunggu sehingga 30 Jun untuk mendengar kata putus.


2. [Telegraph] - Klausa pelepasan Andros Townsend bernilai £10.5 juta sedang menarik minat City yang boleh menimbangkan pembelian Townsend sebagai pelan B jika Leroy Sane tidak menyertai City. Namun City berdepan dengan perebutan bersama Liverpool jika mahu menandatangani Townsend. Selain Townsend, Theo Walcott dan Alex Oxlade-Chamberlain juga sedang berada di bawah radar City.

3. [Mundo Deportivo] - Nolito sudah buat keputusan untuk bermain di Liga Perdana Inggeris musim depan. Manchester City dikatakan menjadi kelab pilihan Nolito.

Close Up Jersi Home 16/17 MCFC

Makin lama tengok makin cantik pula.





- Bulan Biru

Ahad, 19 Jun 2016

Khamis, 16 Jun 2016

Ringkasan Berita MCFC (16.6.2016)

1. Le10Sport melaporkan Manchester City menyertai Atletico Madrid dan Napoli dalam membida pemain bek kanan Monaco, Fabinho.



2. City, Chelsea dan United dikatakan sedang berminat untuk menandatangani penyerang muda Colombia, Marlos Moreno.

Selasa, 14 Jun 2016

Posisi Punca Laporte Tolak City

Komen Laporte tentang keputusan beliau, "Saya berfikir lama dan membuat pilihan terbaik dan memutuskan Athletic (Bilbao) adalah perkara terbaik buat saya".

Ha Ha
Desas-desus antara faktor yang membuat Laporte menolak tawaran City adalah kerana Guardiola lebih berminat untuk memainkan beliau di posisi bek kiri berbanding posisi kegemaran beliau di bahagian tengah pertahanan.

- Bulan Biru

Panas - Laporte Lanjut Kontrak Bilbao

Berita mengejutkan dari Sepanyol di mana pemain yang dijangka akan menyetai City, Aymeric Laporte baru sahaja melanjutkan kontrak beliau ke tahun 2020 bersama klausa pelepasan sebanyak €70 juta. Maka kini prospek untuk City membeli Laporte kelihatan agak suram.


- Bulan Biru

Isnin, 13 Jun 2016

Sane Setuju, Nolito Bakal Menyusul


Menurut SPORT, dikhabarkan Manchester City sudah memeterai persetujuan untuk membawa bintang muda Bundesliga, Leroy Sane ke Stadium Etihad. Sane akan menyertai City selepas Euro 2016.

Dalam pada itu, City juga dijangka akan membeli pemain sayap Sepanyol, Nolito.


- Bulan Biru

Sayang Denmark Gagal Layak Euro 2016


Pada tahun 2006, penjaga gol kebangsaan Sweden, Andreas Isakkson menyertai Manchester City. Beliau hanya sempat bersama City selama 2 musim namun siapa sangka selepas 10 tahun berlalu, Isakkson masih lagi menjadi penjaga gol utama Sweden.


Sayang sekali Denmark tidak menyertai Sweden dan England untuk edisi 2016 ini. Kalau tidak pasti terjadi reunion penjaga gol City; Joe Hart (England), Andreas Isakkson (Sweden) dan Kasper Schmeichel (Denmark).


- Bulan Biru

David Silva Bakal Capai Sejarah


10 tahun selepas muncul buat pertama kali di pentas antarabangsa (2006, Sepanyol vs Romania), David Silva akan menyertai senarai pemain Sepanyol yang mencapai 100 cap. Syabas El Mago!


- Bulan Biru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.