Khamis, 3 November 2016

Misteri Siapa Berkelahi Dengan Messi Sudah Dibongkari

Selepas selesai perlawanan di antara Manchester City dan Barcelona berlaku sedikit kekecohan di terowong pemain. Lionel Messi dikatakan berang dengan provokasi seorang 'pemain' City sehingga mara ke bilik persalinan pemain City dan beliau terpaksa ditenangkan oleh Sergio Aguero. Siapakah 'pemain' misteri yang berkelahi dengan Messi itu? Misteri kini sudah dibongkari.



Inilah orangnya. Bukan pemain City tetapi bekas pemain Arsenal yang kini menjadi jurulatih City, Mikel Arteta.

Arteta sedang meraikan kejayaan City menewaskan Barcelona di dalam terowong dengan bersorak dan menumbuk ke udara. Messi yang masih bengang kerana tertewas berkata kepada Arteta, "Pergi dan berseronok di dalam bilik persalinan. Jangan lakukan di sini". 

Arteta pun membalas, "Pergi berambuslah masuk ke bilik persalinan (Barcelona), budak hingusan".

Lalu Messi pun hilang sabar, "Brengsek, datang ke mari dan bersemuka dengan saya!"

Arteta tidak mengendahkan Messi dan berlalu pergi masuk ke bilik persalinan City.

- Bulan Biru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.