Sabtu, 24 Jun 2017

Selasa, 20 Jun 2017

Sejarah Ringkas: City Football Group

Nolito Pilih Sevilla


Nolito yang baru-baru ini mendedahkan tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana Manchester sudah memilih destinasi seterus beliau iaitu Sevilla. Kegagalan Nolito menguasai bahasa Inggeris dan faktor cuaca sehinggakan warna wajah anaknya 'dikatakan' bertukar warna melihat pemain Sepanyol itu hanya bertahan selama satu musim bersama Manchester City. Kini City dan Sevilla perlu mencapai kata setuju dalam bentuk perpindahan Nolito pulang ke Sepanyol sama ada penjualan terus atau perjanjian pinjaman bersama jaminan membeli.

Oxlade-Chamberlain Jadi Rebutan 3 Penjuru


Alex Oxlade-Chamberlain dikatakan tidak berpuas hati dengan kemajuan di Arsenal dan sedang mempertimbangkan destinasi beliau yang seterusnya. Kontrak pemain berusia 23 tahun itu bersama Arsenal bakal tamat di penghujung musim 2017/18 nanti dan buat masa ini sebarang perbincangan untuk melanjutkan tempoh kontrak menemui jalan buntu. Kini Oxlade-Chamberlain sedang mendapat perhatian 3 kelab besar Liga Perdana Inggeris iaitu Chelsea, Liverpool dan Manchester City.

Dani Alves Mahu Tamatkan Kontrak Juventus


Pemain Juventus, Dani Alves (34 tahun) dikhabarkan mahu memulakan perbincangan dengan majikannya untuk menamatkan kontrak beliau bersama kelab Itali tersebut yang sepatutnya tamat pada 2018. Tindakan Alves ini menunjukkan niat beliau untuk mendapatkan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris secara percuma. Dua kelab yang kini dikaitkan sebagai destinasi Alves yang seterusnya ialah Manchester City dan Chelsea.

Isnin, 19 Jun 2017

Caballero Bakal Sertai Chelsea


Bekas penjaga gol Manchester City, Willy Caballero yang dilepaskan secara percuma selepas tamat tempoh kontrak sudah lulus dalam ujian kesihatan dan akan menyertai pasukan Chelsea untuk musim 2017/18. Penjaga gol yang terkenal dengan kepala botaknya itu akan menjadi penjaga gol kedua di belakang Thirbaut Courtois selepas Asmir Begovic dijual kepada Bournemouth.

Khamis, 15 Jun 2017

Donnarumma Sah Tak Perbaharui Kontrak Milan


AC Milan mengesahkan yang penjaga gol Gianluigi Donnarumma tidak akan memperbaharui kontrak beliau bersama kelab Itali tersebut. Kontrak Donnarumma akan tamat pada tahun 2018 dan ini bererti pasukan Milan berdepan dengan keputusan menjual Donnarumma dalam musim baru nanti atau melepaskan beliau secara percuma di penghujung musim.

Ke manakah destinasi Donnarumma seterusnya? Adakah beliau bakal berhijrah ke Juventus untuk mengisi gawang Gianluigi Buffon atau ke Manchester City seperti khabar angin sebelum ini?

Rabu, 14 Jun 2017

Senarai Penuh Jadual Liga Perdana Inggeris Manchester City Musim 2017/18


12/08/2017         15:00     Brighton & Hove A v Manchester City
19/08/2017         15:00     Manchester City v Everton
26/08/2017         15:00     Bournemouth v Manchester City
09/09/2017         15:00     Manchester City v Liverpool
16/09/2017         15:00     Watford v Manchester City
23/09/2017         15:00     Manchester City v Crystal Palace
30/09/2017         15:00     Chelsea v Manchester City
14/10/2017         15:00     Manchester City v Stoke City
21/10/2017         15:00     Manchester City v Burnley
28/10/2017         15:00     West Bromwich Albion v Manchester City
04/11/2017         15:00     Manchester City v Arsenal
18/11/2017         15:00     Leicester City v Manchester City
25/11/2017         15:00     Huddersfield Town v Manchester City
29/11/2017         20:00     Manchester City v Southampton
02/12/2017         15:00     Manchester City v West Ham United
09/12/2017         15:00     Manchester United v Manchester City
12/12/2017         19:45     Swansea City v Manchester City
16/12/2017         15:00     Manchester City v Tottenham Hotspur
23/12/2017         15:00     Manchester City v Bournemouth
26/12/2017         15:00     Newcastle United v Manchester City
30/12/2017         15:00     Crystal Palace v Manchester City
01/01/2018         15:00     Manchester City v Watford
13/01/2018         15:00     Liverpool v Manchester City
20/01/2018         15:00     Manchester City v Newcastle United
31/01/2018         20:00     Manchester City v West Brom
03/02/2018         15:00     Burnley v Manchester City
10/02/2018         15:00     Manchester City v Leicester City
24/02/2018         15:00     Arsenal v Manchester City
03/03/2018         15:00     Manchester City v Chelsea
10/03/2018         15:00     Stoke City v Manchester City
17/03/2018         15:00     Manchester City v Brighton & Hove A
31/03/2018         15:00     Everton v Manchester City
07/04/2018         15:00     Manchester City v Manchester United
14/04/2018         15:00     Tottenham Hotspur v Manchester City
21/04/2018         15:00     Manchester City v Swansea City
28/04/2018         15:00     West Ham United v Manchester City
05/05/2018         15:00     Manchester City v Huddersfield Town
13/05/2018         15:00     Southampton v Manchester City

Rabu, 7 Jun 2017

Nolito Tak Serasi Tinggal Di Manchester


Nolito nampaknya akan meninggalkan Manchester City di masa terdekat ini. Selepas aksi memberangsangkan di awal musim 2016/17, persembahan Nolito mulai suram dan beliau akhirnya kehilangan tempat di dalam kesebelasan utama kepada Leroy Sane di sayap kiri.

Namun prestasi di atas padang bukanlah penyebab kepada kehendak Nolito untuk berpindah sebaliknya ia disebabkan oleh beliau yang tidak dapat menyesuaikan diri tinggal di Manchester.

Antaranya faktor cuaca. Berbanding Sepanyol yang sering dilimpahi cahaya matahari, Manchester memang terkenal dengan cuaca hujannya. Ujar Nolito, "Warna wajah anak perempuan saya sudah bertukar dan ia seperti dia tinggal di dalam gua".

Nolito juga mengakui sukar untuk menguasai pertuturan bahasa Inggeris. Hampir setahun di England, Nolito hanya menggunakan beberapa frasa sahaja. Menurut Nolito, "Saya hanya belajar sangat sedikit perkataan bahasa Inggeris - sungguh rumit. Hanya 'pagi', 'selamat pagi', 'selamat tengah hari' dan beberapa lagi".

Dalam pada itu, Manchester City hanya berminat menjual semula Nolito dengan harga lingkungan £12 juta dan tidak mahu meminjamkan beliau keluar.

Sah! Angus Gunn Sertai Norwich Secara Pinjaman


Penjaga gol ketiga Manchester City, Angus Gunn disahkan akan menyertai kelab liga Championship, Norwich City untuk musim 2017/18 secara pinjaman. Gunn akan ke Norwich sekembalinya beliau dari tugas bersama skuad bawah-21 England di Poland.

Perpindahan ini akan menyaksikan Gunn kembali ke laman Carrow Road selepas bersama skuad akademi Norwich sebelum berpindah ke Manchester City pada 2011. Kata Gunn, "Saya membesar sebagai peminat Norwich dan semenjak kecil saya datang ke Carrow Road untuk setiap perlawanan. Saya berbesar hati untuk kembali ke sini secara pinjaman. Perkara utama untuk saya ialah datang dan menimba pengalaman. Jadi campurkan ia bersama kembali semula ke Norwich merupakan perasaan yang sangat hebat".

Perpindahan ini akan menyaksikan hanya Claudio Bravo yang tinggal sebagai penjaga gol skuad senior di Manchester City sambil para peminat masih ternanti-nanti kehadiran Ederson dari Benfica. Adakah ini bererti Pep Guardiola akan mencari seorang lagi penjaga gol atau ada sinar harapan buat Joe Hart di Stadium Etihad?

Ahad, 4 Jun 2017

Benarkah Ederson Bakal Pecah Rekod Buffon?

Para peminat Manchester City masih ternanti-nanti pengumuman Ederson Moraes sebagai penjaga gol terbaharu mereka. Rekod mantap beliau di liga Portugal bersama Benfica (kedua terbaik selepas Iker Casillas) didambakan segera oleh penyokong-penyokong City. Ini ditambah pula dengan kebolehan Ederson untuk melakukan sepakan gol yang begitu kuat sehingga boleh sampai kotak penalti pihak lawan.
Jika perpindahan Ederson berjalan lancar, beliau diwar-warkan bakal memecahkan rekod Gianluigi Buffon sebagai penjaga gol termahal dunia. Buffon berpindah dari Parma ke Juventus pada 2001 dengan nilai perpindahan berjumlah £32.6 juta. Ederson pula bakal berpindah ke Manchester City dengan bayaran £34.9 juta.
Namun begitu benarkah fakta ini? Di kala banyak media UK mengatakan demikian, media dari negara Eropah yang lain menyatakan Ederson hanyalah penjaga gol kedua termahal dunia.
Mengapa terjadi kekeliruan ini? Jawapannya ialah kerana matawang. Perpindahan Buffon tidak dijalankan dalam matawang pound sterling tetapi sebaliknya Juventus membayar €53 juta kepada Parma untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut. Begitu juga dengan transaksi di antara Manchester City dan Benfica yang melihat €40 juta bakal bertukar tangan. Kedua-dua transaksi perpindahan ini dijalankan dalam matawang euro. Nilai bersamaan dalam pound sterling hanya digunakan oleh media dari UK.
Jadi ternyatalah rekod penjaga gol termahal dunia masih lagi kekal milik Buffon dan Ederson pula ketinggalan €13 juta di tangga kedua.

Khamis, 1 Jun 2017

Ederson Bosan, Umum Sendiri Perpindahan


Mungkin bosan menunggu pihak Manchester City yang masih belum mengumumkan beliau sebagai pemain Manchester City, Ederson mendedahkan hal itu sendiri kepada pihak media A Bola.

Ederson memberitahu kepada A Bola yang beliau sudah menandatangan kontrak selama 5 tahun bersama City. Ujar Ederson, "Saya sangat gembira dan pandangan awal saya ialah sangat bagus".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.