Khamis, 30 Oktober 2014

Laporan Kaki Bangku: COC 2014/15 Manchester City (0) - Newcastle United (2)

Newcastle United menendang keluar juara bertahan Manchester City daripada kejohanan Piala Liga dengan kemenangan 0-2 di Etihad Stadium. Gol-gol Newcastle dijaringkan Rolando Aarons di minit ke-5 dan Moussa Sissoko di minit ke-74. Ini adalah kemenangan pertama Newcastle di Etihad dan yang pertama dalam pertembungan ini semenjak tahun 2004.

City pula yang terkena Poznan

Rabu, 29 Oktober 2014

Laporan Kaki Bangku: Prebiu COC 2014/15 Manchester City vs Newcastle United

Manchester City meneruskan misi mempertahankan kejuaraan Piala Liga. Untuk itu mereka perlu mengatasi pasukan Newcastle di peringkat pusingan ke-4. Kemenangan adalah kemestian di dalam pertandingan kalah mati seperti ini tetapi bukan itu sahaja kerana pasukan City sangat memerlukan suntikan moral sebelum bertemu jiran seteru Manchester United di hujung minggu.

Isnin, 27 Oktober 2014

Laporan Kaki Bangku: BPL 2014/15 West Ham United (2) - Manchester City (1)

Di Moscow City kena beku, di London pula City kena paku. Persembahan bersemangat pasukan Hammers berjaya menyuramkan sinaran para bintang pasukan City dan mengaut kemenangan 2-1. Gol cantik David Silva di penghujung babak kedua tidak mampu menyemarakkan kebangkitan City.

Sabtu, 25 Oktober 2014

Laporan Kaki Bangku: Prebiu BPL 2014/15 West Ham United vs Manchester City

*Posting ala kadar kerana kesuntukan masa dan akses internet terbatas.

Selepas Moscow pasukan City singgah ke London pula bertemu pasukan di tangga keempat, West Ham.


City masih dengan ketiadaan Nasri dan Lampard. Beberapa perubahan mungkin dilakukan di bahagian tengah selepas aksi di Moscow. Fernandinho mungkin bermula sebagai ganti Fernando dan Navas bermula di sayap kanan.

Khamis, 23 Oktober 2014

Ched Evans Bebas Dari Penjara

Bekas pemain akademi dan pasukan senior Manchester City, Ched Evans dibebaskan dari Penjara Wymott pada 17 Oktober 2014 selepas menjalani hukuman penjara selama 2 tahun 6 bulan kerana disabitkan kesalahan merogol.

Laporan Kaki Bangku: UCL 2014/15 CSKA Moscow (2) - Manchestery City (2)

2 corak permainan berbeza di setiap separuh dan 2 keputusan penalti yang tidak adil memberikan keputusan 2-2 untuk dikongsi bersama 2 pasukan terbawah kumpulan E. Mempersalahkan pengadil perlawanan semalam memang mudah tetapi pemain City dan Pellegrini seharusnya mencermin kembali aksi pasif yang dipertontonkan mereka.

Selasa, 21 Oktober 2014

Laporan Kaki Bangku: Prebiu UCL 2014/15 CSKA Moscow vs Manchester City

CSKA Moscow dan Manchester City akan bermain di dalam suasana bisu memandangkan pasukan Moscow masih menjalani hukuman UEFA ke atas insiden perkauman (vs Vikter Plzen) musim lepas.


Hanya Nasri dan Lampard yang masih tercedera untuk seleksi City. Pellegrini mungkin mengubah kembali taktik City kepada formasi 4-4-2 selepas menggunakan 4-5-1 ketika menentang Tottenham Hotspurs tempohari.

Isnin, 20 Oktober 2014

BPL 2014/15 Manchester City vs Tottenham Hotspurs - Lagi Fakta Menarik


1. Sergio Aguero sudah menjaringkan 9 gol dalam 6 perlawanan BPL menentang Tottenham, lebih banyak berbanding menentang pasukan lain.
2. Aguero (61) sudah mengatasi Carlos Tevez (58) sebagai penjaring terbanyak BPL untuk Manchester City.
3. Aguero sudah menjaringkan 61 gol dalam hanya 95 kemunculan BPL. Penjaring terbanyak dengan kemunculan BPL kurang daripada 100 selepas beliau ialah Demba Ba (43 gol).

Aguero Penyerang Terhebat Era BPL


Sergio Leonel Aguero del Castillo atau nama profesionalnya Sergio Aguero atau nama manjanya Kun kini sudah terpahat sebagai penyerang paling prolifik di dalam era BPL. 4 gol jaringan beliau ke atas Tottenham Spurs membawa nisbah gol per minit beliau kepada satu gol setiap 108.3 minit; nisbah tertinggi di kalangan pemain era BPL.

Superbia in proelio - Blog Bulan Biru

Rujukan: Twitter

Ahad, 19 Oktober 2014

Jurnal Peminat - Tuah Rasmi Baju Baru

Berbaloi betul rasmi baju baru bila dapat tengok City menang besar. #PuasHati


City till I die - Blog Bulan Biru

Statistik 2014/15 - Aguero vs Soldado (3 Gambar)

Pasukan City dan Spurs mengamalkan ideologi strategi bermain secara menyerang dan menarik (attractive attacking football). Namun keputusan semalam membuktikan Manchester City berada di dalam kelas mereka yang tersendiri. Jadi di manakah perbezaan di antara dua 2 darjat mereka itu? Ramai yang menuding jari kepada perbezaan kelas penggempur gawang masing-masing; Aguero dan Soldado. Mari kita lihat statistik mereka:

Aguero Merampas Takhta

Taraf lagenda Aguero semakin kukuh di Manchester City dengan 4 jaringan gol menentang Spurs semalam. Kini Aguero sudah dinobatkan sebagai penjaring gol BPL terbanyak Manchester City dengan 61 gol. Pemegang rekod sebelum ini ialah Carlos Tevez dengan 58 gol. Memandangkan Tevez sudah tidak bermain untuk City nampak gayanya Aguero bakal terus kekal di atas takhta.

Laporan Kaki Bangku: BPL 2014/15 Manchester City (4) - Tottenham Hotspurs (1)


Spurs sekali lagi menjadi lubuk gol pasukan City. Kali ini papan skor memaparkan 4-1 pada wisel penamat. Permainan yang terbuka dan gerakan berbalas serangan kedua pasukan memberi kepuasan kepada mereka yang menonton. Akhirnya perlawanan ditentukan oleh beberapa penalti dan seorang insan bernama Sergio Aguero.

Kredit: thelgx.devianart.com

Sabtu, 18 Oktober 2014

Kenali City - Navas dan Gol-Gol Terpantas EPL

Pada musim 2013/14, City berpesta gol dalam pertembungan menentang Tottenham Hotspurs dengan melakar kemenangan besar 6-0 di Etihad. Siapa boleh melupakan aksi Navas melonjak tinggi melewati bendera sudut meraikan gol pembukaan? Manakan tidak, gol tersebut dijaringkan hanya selepas 13 saat perlawanan bermula.


Laporan Kaki Bangku: Prebiu BPL 2014/15 Manchester City vs Tottenham Hotspurs

Kembali dari rehat antarabangsa dan Manchester City akan menerima kunjungan Tottenham Hotspur dalam perlawanan pembukaan hujung minggu ini. Spurs sejak kebelakangan ini adalah antara pasukan lubuk buat City. Adakah mereka bakal menjadi lubuk lagi?

Rabu, 15 Oktober 2014

Bendera Yang Menggegarkan Serbia


Inilah bendera yang telah menyebabkan perlawanan kelayakan Euro 2016 di antara Serbia dan Albania terbengkalai.

Kolarov Si Penjaga Keamanan

Pada tahun 2012 Kolarov terlibat dalam pertelingkahan lidah dengan beberapa penyokong Albania ketika perlawanan menentang Newcastle. Kolarov dituduh mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman kepada para penyokong Albania. Semalam sekali lagi Kolarov terlibat di dalam isu Serbia-Albania ketika perlawanan kelayakan Euro 2016. Tetapi kali ini Kolarov bertindak sebagai penjaga keamanan dengan menenangkan para penyokong Serbia dan juga memberi perlindungan kepada pemain Albania semasa mereka keluar dari padang.


Fakta menarik perlawanan:
1. Ini adalah kali pertama Albania bertandang ke Belgrade semenjak tahun 1967.
2. 7 pemain skuad Albania berasal dari Kosovo (wilayah konflik Serbia-Albania).

Superbia in proelio - Blog Bulan Biru

Ada Apa Dengan Albania Dan Kolarov? (12 Gambar)

Perlawanan kelayakan Euro 2016 di antara Serbia dan Albania terpaksa dihentikan selepas 40 minit apabila kekecohan berlaku sesama pemain dan para penyokong kedua pasukan. Kekecohan yang berlaku adalah disebabkan sebuah dron yang membawa bendera Albania terbang melintasi padang permainan. Pemain City yang terlibat dalam perlawanan tersebut adalah Aleksandar Kolarov dan Matija Nastasic.



Khamis, 9 Oktober 2014

Koleksi Lompatan Tapak Sulaiman (23 Gambar)

Joe Hart mengakui teknik tapak sulaiman beliau diinspirasikan oleh Schmeichel anak-beranak. Mari kita nikmati koleksi gambar-gambar gaya lompatan tapak sulaiman daripada 3 (2 bekas) penjaga gol Manchester City itu:

Peter Schmeichel

Kenali City - Schmeichel Inspirasi Joe Hart

Apakah persamaan dan perkaitan di antara 3 individu dalam gambar di bawah? (Selain ketiga-tiga membuat gaya tunjuk ke depan)

Rabu, 8 Oktober 2014

Laporan Kaki Bangku: BPL 2014/15 Aston Villa (0) - Manchester City (2)

City mengambil sedikit masa untuk mematahkan pertahanan Villa tetapi ia merupakan antara permainan terbaik yang ditunjukkan City musim ini. City mempamerkan penguasaan permainan di sepanjang perlawanan dan pulang dengan habuan 3 mata.

Sabtu, 4 Oktober 2014

Laporan Kaki Bangku: Prebiu BPL 2014/15 Aston Villa vs Manchester City

Manchester City diramal akan kembali ke lorong kemenangan berdepan dengan pasukan Aston Villa di Villa Park hari ini.

Laporan Kaki Bangku: UCL 2014/15 Manchester City (1) - AS Roma (1)

*Blog Bulan Biru lambat update atas sebab kesibukan kerja.


Harapan belum berakhir cuma City kini tidak boleh melepaskan sebarang mata pada perlawanan baki untuk memastikan tempat ke pusingan seterusnya Liga Juara-Juara Eropah. City bermula cemerlang menjaringkan gol awal di minit ke-4 menerusi sepakan penalti Aguero yang dibatalkan serigala tua Francesco Totti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.