Ahad, 15 Januari 2017

Messi Ke City Dengan Gaji £800,000 Seminggu?


Cerita Lionel Messi dan Manchester City tak pernah lekang dari media. Terbaru akhbar Sun menerbitkan berita kemungkinan Messi bakal berpindah ke City dari Barcelona kerana kelab Sepanyol itu sudah tidak mampu menampung kos gaji Messi.

Buat masa ini Messi dibayar gaji £500,000 seminggu dan mahukan kontrak baharu dengan gaji £800,000 seminggu. Namun presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu mengakui kos gaji yang ditanggung kelab sudah terlalu tinggi.

Komen Bartomeu tentang pembaharuan kontrak Messi, "Kami tidak dapat memperbaharui pada sebarang harga pun".

"Kami kini sedikit melampaui 65% di atas kos gaji maksimum yang dinasihatkan, realitinya kami tidak boleh membenarkannnya. Kami tiada sumber tanpa had dan ia adalah faktor yang merisaukan."

"Jika gaji keseluruhan adalah terlalu tinggi ia akan membantutkan perkembangan seluruh kelab."

Kontrak Messi memiliki klausa pelepasan bernilai £250 juta tetapi Barcelona dikatakan sanggup mempertimbangkan tawaran dalam lingkungan £100 juta.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.