Rabu, 18 Mac 2015

Laporan Kaki Bangku: Prebiu UCL 2014/15 FC Barcelona vs Manchester City


Memang tak ada masa nak mengolah ayat so pos kali ni memang direct. City kalau nak ada sebarang peluang untuk menang di Nou Camp, Pellegrini mesti berhenti guna 4-4-2 dan pakai 4-5-1. Pertandingan di bahagian tengah mesti dimenangi. Sekian.

Seleksi Blog Bulan Biru
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru

Isnin, 16 Mac 2015

Laporan Kaki Bangku: BPL 2014/15 Burnley (1) - Manchester City (0)

Tradisi Manchester City di Turf Moor lebur dengan persembahan longlai City. Gelaran juara BPL yang diidam semakin jauh dari tangan sambil pasukan Arsenal dan United semakin hampir di belakang. Kebuntuan mencari gol akhirnya dihukum oleh Burnley menerusi gol tunggal George Boyd.


Bermain lebih awal daripada Chelsea, City perlu memastikan jurang di antara mereka kekal. Lebih-lebih lagi Chelsea mempunyai kelebihan bermain kurang 1 perlawanan. Namun formasi 4-4-2 menyerang yang diturunkan Pellegrini gagal diterjemahkan. City kelihatan buntu mahu menembusi benteng Burnley yang kemas dan kental.

Sabtu, 14 Mac 2015

Laporan Kaki Bangku: Prebiu BPL 2014/15 Burnley vs Manchester City


Pagi Ahad 1.30 pagi menjadi tanda bermulanya minggu yang boleh menjadi titik tolak nasib City musim ini. Sebelum berdepan Barcelona 18 haribulan ini dalam perlawanan timbal balik Liga Juara-Juara, mereka perlu berhadapan dengan Burnley untuk kekal dalam perlumbaan juara BPL.

Burnley merupakan perlawanan terakhir City dalam kalendar 2014. Burnley berjaya mengikat City di Etihad dengan jaringan 2-2 biarpun ketinggalan 2-0 pada suatu ketika. Semenjak perlawanan itu, rentak permainan City jelas terganggu dan mereka melepaskan mata berharga liga serta tewas di pertandingan piala.

Rabu, 4 Mac 2015

Laporan Kaki Bangku: Prebiu BPL 2014/15 Manchester City vs Leicester City


Sang Musang mesti dikorbankan agar sang Helang mahu kembali terbang. Selepas terjatuh ditimpa tangga, takkan mahu tergolek dog pula? 3 mata pasti menjadi sasaran selepas peluang merapatkan jurang dengan Chelsea gagal diambil City.

Laporan Kaki Bangku: BPL 2014/15 Liverpool (2) - Manchester City (1)


Sudah jatuh, ditimpa tangga pula. Buat kali kedua berturut-turut City tewas 1-2 kepada lawan mereka. Kali ini City tewas di tangan Liverpool di Anfield sekali gus memanjangkan rekod tanpa menang City di Anfield kepada 13 perlawanan. Kedua-dua pasukan mahu menebus kekalahan di arena Eropah dan meletakkan mentaliti menyerang di atas kertas taktikal masing-masing.

Ahad, 1 Mac 2015

Laporan Kaki Bangku: Prebiu BPL 2014/15 Liverpool vs Manchester City

Dua pasukan yang tewas di pentas Eropah masing-masing bertembung mencari penawar duka. Mata BPL juga dicari untuk memenuhi misi mereka musim ini. City andainya menang akan buat sementara waktu merapatkan jurang mata dengan pendahulu liga Chelsea kepada 2 mata (Chelsea tidak bermain BPL minggu ini). Manakala Liverpool pula terus mengejar tiket Liga Juara-Juara Eropah.


Manchester City tidak berdepan dengan sebarang kecederaan dan akan kembali menurunkan Yaya Toure di bahagian tengah selepas tidak bermain menentang Barcelona tempohari. Berkemungkinan besar Toure akan digandingkan bersama Fernandinho. Perubahan lain termasuk Clichy ditukarkan dengan Kolarov dan Mangala di tempat Demichelis.

Laporan Kaki Bangku (Edisi Submit Lewat): UCL 2014/15 Manchester City (1) - FC Barcelona (2)


Lumrah alam pokok pisang hanya berbuah sekali tapi gamaknya baka dari Barcelona ini memang spesis boleh berbuah berkali-kali. Skrip yang sama berulang kembali dengan membawa hasil yang serupa. Barca menundukkan City di Etihad dengan keputusan 1-2 menerusi 2 gol oleh Luis Suarez manakala Aguero memotong defisit yang perlu City bawa ke Nou Camp.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.