Ahad, 31 Julai 2016

Sane - 2 Jam Lagi


Leroy Sane kini sedang menjalani pemeriksaan kesihatan di Manchester. Berita tentang pengumuman beliau mungkin seawal 2 jam lagi.

- Bulan Biru

Gempar - Sane Ucap Selamat Tinggal Schalke


Berita menggemparkan dari Jerman. Menurut wartawan Sky Deutschland, Dirk g. Schlarmann, Leroy Sane sudah mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sepasukan dan terbang ke Manchester untuk melengkapkan urusan perpindahan beliau ke Manchester City.

Nampaknya City sudah bersetuju dengan tawaran €37 juta (boleh meningkat ke €55 juta) Schalke 04.

- Bulan Biru

Sabtu, 30 Julai 2016

City Hanya Perlu Kata 'Ya'


Schalke 04 akhirnya terpaksa akur dengan kehendak Leroy Sane untuk berpindah ke Manchester City. Mereka akan menawarkan Sane kepada City pada harga perpindahan €55 juta.

Khamis, 28 Julai 2016

Jersi Manchester City Edisi Khas

Susah nak cari ni. Rare betul.


- Bulan Biru

Gempar - Moreno Sahkan Sertai City


Selesai sahaja membantu pasukan Atletico Nacional memenangi Piala Copa Libertadores, Marlos Moreno mengumumkan yang beliau akan menjadi pemain Manchester City Sabtu ini.

Rabu, 27 Julai 2016

Dialog ManCity - Fernandinho & Guardiola


- Bulan Biru

Dilemma Schalke - Jual Mahal Sekarang Atau..


Cerita Leroy Sane belum lagi mencapai konklusi namun ramai pihak mengagak Sane hanya menunggu masa untuk menyarung jersi Manchester City.

Lulus! - Padang Shenzhen Terbaik


Kalau padang di Beijing ibarat seperti diserang garuda, risikan awal mendapati padang di Shenzhen dilihat berada dalam keadaan hijau sehijau-hijaunya. Maka rasanya perlawanan di antara Manchester City dan Borussia Dortmund boleh diteruskan seperti yang dirancang.

Selasa, 26 Julai 2016

Bonucci Kekal Di Turin


Tuttosport melaporkan Leonardo Bonucci sudah menetapkan keputusan untuk terus kekal di kota Turin bersama Juventus. Biarlah sehebat mana godaan Pep Guardiola namun Bonucci akan tetap setia bersama Juventus.

- Bulan Biru

Isnin, 25 Julai 2016

Derbi Manchester Batal - Gambar Padang Di Sarang Burung


Sah perlawanan derbi Manchester pertama di luar United Kingdom terpaksa dibatalkan kerana faktor cuaca dan kualiti padang yang terlalu buruk. Silalah lihat sendiri.

Sabtu, 23 Julai 2016

Dedah - Gaji Pemain City 2016/17


Manchester City menolak tuntutan gaji Kroos sebanyak £240,000 seminggu kerana terlalu tinggi. Jadi mari kita lihat gaji para pemain City setakat  Julai 2016. Siapakah Raja Gaji City? Siapa pula gajinya tak sepadan dengan kualiti dan siapa pula yang makan gaji buta?

Gaji Kroos Terlalu Tinggi


Manchester City mungkin tawar hati untuk mendapatkan khidmat Toni Kroos kerana tuntutan gaji yang terlalu tinggi. Biarpun City sanggup membayar sehingga £60 juta namun mereka tidak mahu memenuhi tuntutan gaji Kroos sebanyak £240,000 seminggu. Gaji tertinggi pemain City kini dimiliki Sergio Aguero dan Yaya Toure iaitu sebanyak £220,000 seminggu.

- Bulan Biru

Khamis, 21 Julai 2016

Manolas Alternatif Bonucci


Sportmediaset melaporkan yang pertahanan tengah AS Roma, Kostas Manolas kini tersenarai sebagai sasaran alternatif jika Manchester City gagal membeli Leonardo Bonucci.

Gabriel Jesus Bintang Muda Terbaru Sertai City


Selepas Oleksandr Zinchenko dan Marlos Moreno kini giliran seorang lagi pemain muda berbakat besar, Gabriel Jesus pula memeterai persetujuan menyertai Manchester City.

£50 Juta Untuk Kroos


Akhbar Mirror melaporkan Manchester City sudah membuat tawaran sebanyak £50 juta kepada Real Madrid untuk mendapatkan khidmat pemain tengah mereka, Toni Kroos. Pep Guardiola dikatakan berminat untuk bekerja semula dengan pemain yang pernah bersama beliau semasa di Bayern Munich. Kroos berpindah ke Real Madrid pada 2014 dengan harga £24 juta.
 
- Bulan Biru

Guardiola Puji 2 Bintang Muda

 
Biarpun Manchester City tewas 0-1 kepada Bayern Munich, prestasi yang ditunjukkan oleh pemain muda yang diturunkan City harus mendapat kepujian. 2 pemain yang mendapat tumpuan khusus oleh Pep Guardiola ialah bek kanan dan kiri City, Pablo Maffeo dan Angelino Tasende.

Rabu, 20 Julai 2016

Bayern Turunkan Skuad Kuat?


Akhbar BILD membayangkan Bayern Munich akan menurunkan skuad kuat sebagai hadiah menyambut kepulangan bekas pengurus mereka, Pep Guardiola dalam perlawanan persahabatan menentang Manchester City.

- Bulan Biru

Aguero Lanjut Kontrak City?


Berdasarkan dokumen rasmi FIFA didapati Sergio Aguero sudah menandatangan lanjutan kontrak beliau bersama Manchester City.

Nolito Dan No. 9 City


Jersi nombor 9 sudah sah menjadi milik Nolito. Nolito yang biasanya beroperasi di sayap kiri semasa di Celta Vigo  juga boleh dimainkan di bahagian penyerang tengah. Mungkin inilah perancangan dalam kepala Pep Guardiola yang akan menukar peranan Nolito ke posisi itu. Lagipun ini bukanlah kali pertama Nolito bermain di bawah kendalian Guardiola. Nolito yang merupakan hasil skuad akademi Barcelona B pernah bermain dalam skuad Guardiola ketika musim 2010/11. Jadi Guardiola sememangnya mengetahui kebolehan Nolito. 


Semenjak pengenalan Liga Perdana Inggeris 8 pemain City sudah memakai jersi nombor 9 menjadikan Nolito pemain ke-9 memakai jersi nombor 9:

1. Niall Quinn (1993-1996)

2. Paul Dickov (1997-2001)

Gempar - Schalke Sahkan Sane Mahu Tinggalkan Kelab


Pengarah sukan Schalke 04, Christian Heidel mengesahkan Leroy Sane berhasrat mahu meninggalkan kelab itu di musim panas ini.

Selasa, 19 Julai 2016

Panas - City Buat Tawaran Rasmi Beli Oxford


Manchester City sudah membuat tawaran rasmi kepada West Ham United untuk membeli pemain berusia 17 tahun mereka, Reece Oxford.

Isnin, 18 Julai 2016

Panas - Bellerin Sedia Pertimbang City


Mundo Deportivo melaporkan pemain bek kanan idaman ramai, Hector Bellerin sedia mempertimbang tawaran untuk menyertai Manchester City kerana beliau sangat meminati Pep Guardiola.

Khamis, 14 Julai 2016

City Naik Satu Anak Tangga Dalam Senarai Forbes


Manchester City naik dari anak tangga ke-29 ke anak tangga ke-28 dalam senarai pasukan sukan paling bernilai dunia 2016 yang disusun oleh Forbes. City kini dianggar bernilai $1.92 billion. Di kalangan pasukan Liga Perdana Inggeris, City berada di bawah Manchester United (tangga ke-5, $3.32 billion) dan Arsenal (tangga ke-23, $2.02 billion).

4 Bintang Muda City Intai Peluang

Peminat Manchester City boleh menilai bakat-bakat muda City yang akan diketengahkan ketika siri perlawanan pra-musim menentang Manchester United, Bayern Munich, Borussia Dortmund dan Arsenal.
 
Brahim Diaz

Panas - Sane Tinggalkan Schalke


Akhbar Jerman, Bild melaporkan yang Leroy Sane sudah bersetuju untuk menyertai Manchester City selama 4 tahun.

Rabu, 13 Julai 2016

Zaba, Kola Mungkin Tak Ke Mana


Desas-desus yang mengiringi 2 pemain bek Manchester City yang dikatakan akan meninggalkan kelab beralih ke muka baru. Barangkali mereka berdua tidak akan ke mana-mana.

Peres Semakin Jauh Dengan Torino


Pemain bek kanan, Bruno Peres dikatakan semakin 'jauh' dengan kelabnya, Torino di kala berita kencang yang beliau akan berpindah ke Manchester City.

Orang Lain Pinjam & Beli Tapi City..

 
Edin Dzeko, Stevan Jovetic dan Alvaro Negredo. Nama-nama ini adalah milik pemain yang dipinjamkan keluar oleh Manchester City dan di akhir tempoh pinjaman pasukan yang meminjam akan membeli pemain tersebut. Senang cakap ini namanya sistem 'pinjam & beli'.

Galatasaray Tawar Pinjam & Beli Bony


Penyerang terhangat Manchester City, Wilfried Bony boleh menjadi pemain City kedua selepas Aleksandar Kolarov yang akan bermain di Liga Super Turki musim baru nanti apabila mendapat tawaran daripada Galatasaray.

Selasa, 12 Julai 2016

Ter Stegen Kini Dijamin No. 1 Barca


Menurut media TV3 Sepanyol, cerita persetujuan Marc-Andre Ter Stegen ke Manchester City sebelum ini ada asasnya.

Peres! Gelecek Jangan Tak Gelecek


Patutlah Manchester City minat sangat dengan Bruno Peres. Lihat sahaja statistik gelecekan beliau. Jauh meninggalkan pencabar-penacabar yang lain. Hector Bellerin yang semua orang suka sangat itu pun makan asap kalau jumpa Peres. Seruan kepada pihak pengurusan City, "Sila bayar sahaja berapa yang diminta oleh Torino". Berbaloi beli Peres ini. Percayalah.
 
- Bulan Biru

City Dan Juventus Dalam Perang Gaji

 
Manchester City bersedia untuk menawarkan gaji sebanyak €8 juta setahun kepada Leonardo Bonucci dalam usaha memancing pemain pertahanan itu ke Stadium Etihad. Namun Juventus tidak akan berpeluk tubuh sahaja kerana mereka juga bersedia untuk membalas tawaran City dengan gaji €6 juta setahun.

Lucas Hernandez Sasaran Terbaru City

 
Manchester City yang kini sedang mengejar pemain pertahanan baru sudah dikaitkan dengan John Stones dan Leonardo Bonucci. Pemain terbaru yang menyertai senarai pemain pertahanan tengah sasaran City ialah pemain Atletico Madrid, Lucas Hernandez.

Barca Isytihar Status Ter Stegen

 
Selepas laporan yang mengatakan Barcelona bersetuju secara dasar tentang penjualan Marc-Andre Ter Stegen kepada Manchester City, kelab Sepanyol itu mengisytiharkan yang penjaga gol itu tidak akan berpindah ke mana-mana.

Bruno Peres Tidak Berlatih Bersama Torino

 
Bek kanan sasaran Manchester City, Bruno Peres didapati terlepas sesi latihan bersama pasukan Torino. Bukan setakat sehari malahan 2 hari Peres tidak datang berlatih.

Adakah Ini Jersi Ketiga City?


Satu gambar jersi City mula tersebar di ruangan internet. Adakah ini jersi ketiga City atau sekadar baju latihan?

- Bulan Biru

Isnin, 11 Julai 2016

Besiktas Berangan Mat Jenin


Sudah dapat Aleksandar Kolarov, Besiktas mencuba nasib untuk mendapatkan seorang lagi pemain Manchester City tapi rasanya terlalu besar impian mereka itu.

Gempar - City Dan Besiktas Capai Kata Setuju


Besiktas dan Manchester City sudah mencapai kata setuju yang akan melihat Aleksandar Kolarov beraksi di liga Turki musim depan.

Ahad, 10 Julai 2016

Gempar - Marlos Moreno Milik City


Manchester City sudah berjaya memenangi perlumbaan dengan seteru tempatan, Manchester United dalam mendapatkan tandatangan penyerang muda Colombia, Marlos Moreno.

Panas - Barca Setuju Jual Ter Stegen?


Perbincangan sedang dijalankan di antara Manchester City dan Barcelona tentang perpindahan penjaga gol, Marc-Andre Ter Stegen.

Panas - Stones Bersedia Jadi Pemain City


John Stones sudah bersetuju secara peribadi untuk menjadi pemain Manchester City musim baru nanti.

Penampakan 2 Jersi City


Jersi laman sendiri dan laman lawan Manchester City dilihat sudah dijual di sebuah kedai sukan di Toronto, Kanada.

Bonucci Tolak Lamaran City


Lamaran Manchester City untuk mendapatkan khidmat pemain 29 tahun Juventus, Leonardo Bonucci telah ditolak oleh kedua-dua kelab dan pemain.

Jumaat, 8 Julai 2016

Berita Baik Dan Buruk Dari Juventus


2 bintang Juventus sedang kuat dikaitkan dengan perpindahan ke 2 kelab Manchester. Leonardo Bonucci ke Manchester City dan Paul Pogba ke Manchester United.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.