Selasa, 24 Februari 2015

Laporan Kaki Bangku: Prebiu UCL 2014/15 Manchester City vs FC Barcelona


Perjalanan Liga Juara-Juara Eropah Manchester City musim ini seakan-akan seperti salinan karbon musim lepas. Selepas bertemu dengan Bayern dan CSKA Moscow di peringkat kumpulan, City sekali lagi diundi bertemu Barcelona di peringkat pusingan kedua. Persoalannya kini adakah pisang akan berbuah buat kedua kali? Atau adakah Barca bakal menjadi goreng pisang buat santapan City?

Isnin, 23 Februari 2015

Laporan Kaki Bangku: BPL 2014/15 Manchester City (5) - Newcastle United (0)


Persembahan 5 bintang dipertontonkan oleh Manchester City di Etihad. Barangkali masih lapar kerana lama 'berpuasa' 5 perlawanan, City dengan rakusnya meratah Newcastle selepas melantak Stoke dua minggu lalu. Keputusan yang lebih baik kali ini melihatkan City mencatat 5 gol tanpa balas dengan gol-gol oleh Aguero, Nasri dan Dzeko di separuh masa pertama dan ditambah dengan 2 gol oleh Silva di separuh masa kedua. Perlawanan ini turut menjadi pentas debut untuk penyerang baru City, Wilfried Bony.

Sabtu, 21 Februari 2015

Laporan Kaki Bangku: Prebiu BPL 2014/15 Manchester City vs Newcastle United


Kemarau Brittania sudah ditamatkan dalam perlawanan lalu bersama-sama dengan kemarau gagal menang tanpa Toure. Kini satu lagi kemarau yang perlu diakhiri City iaitu kemarau menang di Etihad yang sudah mencecah kepada 3 perlawanan. 2 daripada 3 perlawanan itu berakhir dengan kekalahan (Arsenal dan Middlesbrough) dan keputusan seri dengan Hull City hanya hadir pada masa tambahan apabila Milner menjadi penyelamat.

Sabtu, 14 Februari 2015

Laporan Kaki Bangku: BPL 2014/15 Stoke City (1) - Manchester City (4)

*Kita mulakan pos kali ini dengan Al-Fatihah di atas pemergian 2 insan yang hebat; Allahyarham Datuk Hasbullah Awang dan Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Innalillahi wa inna ilaihi rojiun.

Siapa cakap Manchester City tak boleh menang tanpa Yaya Toure? 2 badi ditamatkan sekaligus apabila City membelasah Stoke 1-4 di stadium Britannia. Kali terakhir City melakar kemenangan di Britannia adalah pada tahun 1999 ketika kedua-dua pasukan bermain di dalam Divisyen 2 dan tanpa Toure dalam 5 perlawanan sebelum ini, City gagal melakar sebarang kemenangan walaupun skuad mereka meyambut kembali kehadiran Aguero, Kompany dan Nasri.

Rabu, 11 Februari 2015

Laporan Kaki Bangku: Prebiu BPL 2014/15 Stoke City vs Manchester City

Adakah City dilanda sumpahan Toure? 5 perlawanan terakhir tanpa Toure semuanya berakhir tanpa 3 mata. City seri sebanyak 3 kali dan kalah 2 kali yang turut melihat mereka ditendang keluar dari pertandingan Piala FA. Walaupun Piala Negara-Negara Afrika sudah tamat, Toure dan Bony masih meraikan kemenangan Ivory Coast di negara mereka. Maka mungkin inilah peluang terakhir City untuk mengakhirkan badi kemarau menang mereka.

Isnin, 9 Februari 2015

Laporan Kaki Bangku: BPL 2014/15 Manchester City (1) - Hull City (1)

Ku sangkakan panas berpanjangan. Rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang. Rasanya beginilah cuaca di dalam hati para peminat City kini. Ulangan aksi di Stamford Bridge nampaknya tidak kesampaian di Etihad. City meneruskan rentetan kemarau kemenangan tanpa Toure dengan sekadar seri 1-1 bersama Hull City. Itupun mujur James Milner menjadi penyelamat saat akhir dengan jaringan di waktu tambahan separuh masa kedua dengan tendangan bebas yang cantik.

Berseri-seri City dan Hull

Sabtu, 7 Februari 2015

Laporan Kaki Bangku: Prebiu BPL 2014/15 Manchester City vs Hull City


Harapnya aksi bersemangat menentang Chelses minggu lepas akan diteruskan dan menjadi titik pemangkin kebangkitan pasukan City. Pasukan yang menunggu merek kali ini ialah Hull City yang tewas dalam 3 perlawanan BPL terakhir mereka. City pula tidak menang dalam 3 perlawanan terakhir mereka (D2 L1). Kedua-dua pasukan semestinya mahu mengakhirkan rentetan rekod yang tidak diingini ini. Berita Nasri dan Mangala yang sudah kembali cergas membolehkan Pellegrini mengatur strategi dengan skuad yang hampir lengkap kecuali ketiadaan Bony dan Toure yang masih bertugas untuk negara. Rekod di Etihad perlu segera diperbaiki supaya kembali menjadi kubu sang juara. Ramalan Blog Bulan Biru: City 3 - Hull 0.

Seleksi Blog Bulan Biru
Fakta menarik pra-perlawanan:
1. Hull gagal menjaringkan gol dalam 7 daripada 9 perlawanan BPL terakhir mereka.
2. Rekod 3 pertemuan terakhir berpihak kepada City.
3. City memboloskan 2 gol dalam 3 perlawanan terakhir di Etihad.

Superbia in proelio - Blog Bulan Biru

Isnin, 2 Februari 2015

Laporan Kaki Bangku: BPL 2014/15 Chelsea (1) - Manchester City (1)

Pertembungan dua ombak biru membatalkan kuasa masing-masing. 1 mata dikongsi bersama Chelsea dan City selepas keputusan 1-1 di Stamford Bridge. Kempunanlah hendak mendengar ayunan lagu "Stamford Bridge is falling down". Keputusan seri ini lebih dihargai pihak Chelsea yang mengekalkan jurang 5 mata dengan City jika dibandingkan dengan City yang merasakan mereka sepatutnya pulang membawa lebih daripada itu. City mempamerkan aksi bertenaga yang sudah jarang dilihat dalam beberapa perlawanan terdahulu. Bak kata Pellegrini, "Saya tidak gembira dengan 1 mata, tetapi gembira dengan persembahan (City)".


Kedua-dua pasukan bermain dengan mantap sepanjang perlawanan dengan formasi permainan yang penuh disiplin menjadi tontonan. Gol-gol terhasil daripada kesilapan individu di hadapan gol kedua-dua pihak. Gol Chelsea dijaringkan Loic Remy manakala David Silva menjadi penyelamat City.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.