Khamis, 30 Julai 2015

Khabar Angin Bisnes Perpindahan: John Stones

John Stones kini dikaitkan dengan dua kelab besar BPL, Chelsea dan Manchester City. Manchester City dikatakan lebih berminat membiarkan Stones menghabiskan satu lagi musim bersama Everton. Namun minat serius yang ditunjukkan Chelsea mungkin memaksa City untuk menyertai perlumbaan mendapatkan tandatangan pertahanan muda tersebut dalam musim ini. City meminta Everton untuk memberitahu City jika Chelsea ada membuat tawaran rasmi supaya City boleh membuat tawaran lawan.




Superbia in proelio - Blog Bulan Biru

Kenali City - Steve Daley

Siapakah pemain pertama Manchester City yang berjaya memecahkan rekod pembelian termahal British? Jika anda menjawab Robinho, minta maaf anda silap.

Perpindahan Robinho dari Real Madrid ke Manchester City yang bernilai £32 juta sememangnya mengejutkan ramai pihak sekaligus memecahkan rekod British ketika itu. Tetapi beliau bukanlah pemain City pertama yang berbuat demikian.

Rabu, 29 Julai 2015

Selamat Maju Jaya Stevan Jovetic - Kembali Ke Itali

Hari ini Stevan Jovetic sudah menamatkan urusan ujian kesihatan untuk melengkapkan perpindahan beliau ke kelab Nerazzurri, Inter Milan. Selepas 2 tahun bersama City, Jovetic membuat 43 penampilan dan mencatatkan 11 gol. 2 tahun di Etihad, Jovetic dibelenggu masalah kecergasan yang membantutkan peluang bermain beliau dan akhirnya terpaksa dilepaskan.

Selasa, 28 Julai 2015

Lagenda City Pilih Darah Sertai Musuh Ketat Kelab Francais City

Semalam kelab New York Red Bulls mengumumkan lagenda City, Shaun Wright-Phillips bakal menyertai mereka. Ini bererti Shaun akan kembali bermain bersama adik beliau Bradley Wright-Phillips yang terlebih dahulu menyertai New York Red Bulls pada tahun 2013. Kedua-dua adik-beradik Wright-Phillips ini adalah hasil dari akademi Manchester City. Karier Shaun meliputi bermain bersama City sebelum berpindah ke Chelsea. Shaun kemudian kembali ke pangkuan City sebelum berpindah ke QPR. Selepas kontrak beliau tamat, nampaknya Shaun telah memilih tali persaudaraan dengan menyertai pasukan NYRB yang merupakan musuh tempatan kelab francais City, New York City FC.



Superbia in proelio - Blog Bulan Biru

Ahad, 26 Julai 2015

Di Mana Jurang City? (Bahagian I)

Pasukan City mencatatkan diri sebagai penjaring gol terbanyak di dalam liga BPL musim lepas namun hanya mampu menduduki tangga kedua di belakang Chelsea. Permainan menekan dan menyerang yang diamalkan City tidak mampu menjanjikan kemenangan dalam setiap perlawanan mereka. Di sini penulis ingin berkongsi pandangan peribadi tentang jurang di dalam pasukan City musim lepas.

1. Formasi


Pellegrini sememangnya meminati formasi 4-4-2. Sepanjang musim lepas, formasi inilah yang menjadi pilihan utama beliau selepas berjaya merebut gelaran juara BPL pada musim 2013/14. Namun formasi 4-4-2 menjadi goyah musim lalu apabila prestasi Toure begitu merudum dan gandingan beliau dengan Fernando mahupun Fernandinho kurang menjadi di bahagian tersebut melihatkan pihak lawan seringkali berjaya menguasai permainan bahagian tengah. Permainan tengah yang lemah menyaksikan pemain serangan terasing di bahagian atas manakala pemain pertahanan pula hilang perlindungan dari pihak lawan. Hasilnya di penghujung musim Pellegrini mula mengubah formasi City dengan bermain 4-2-3-1 dan menekankan penguasaan bahagian tengah dan City kembali mantap namun ketika itu sudah terlalu lewat untuk mengejar Chelsea. Mungkin Pellegrini sepatutnya boleh membaca situasi ini lebih awal ketika City dilanda krisis penyerang kerana City langsung tidak kalah semasa bermain tanpa penyerang malah berjaya mengejar Chelsea di separuh musim. Nampak gaya musim akan datang ini Pellegrini akan terus memperbaiki formasi 4-2-3-1 dan ini boleh dilihat dengan penambahan pemain-pemain baru yang lebih menjurus kepada menguatkan bahagian tengah manakala pemain serangan yang sedia ada pula dalam rancangan pengurangan.


Dalam formasi baru ini, bahagian tengah City akan bermain lebih sempit dengan pemain sayap akan lebih ke tengah berbanding bermain lebar. Jesus Navas yang merupakan seorang pemain sayap klasik (suka bermain lebar) dalam pengamatan penulis sudah mula menyesuaikan diri dengan peranan baru itu dalam perlawanan persahabatan baru-baru ini.

bersambung..

Superbia in proelio - Blog Bulan Biru

Rabu, 15 Julai 2015

Selasa, 14 Julai 2015

Reaksi Peminat City Ke Atas Raheem Sterling

Semalam kita dah baca cemuhan dari peminat The Reds di atas perpindahan Raheem Sterling ke Manchester City. Hari ini kita lihat bagaimana pula reaksi dari peminat The Blues. Rata-rata peminat menerima perpindahan Sterling dengan positif dan menyambut beliau dengan tangan terbuka. Sumber asal: Manchester Evening News (MEN).


Homar

Unquestionably overpriced, but necessary to improve on last season. I hope that the club will not rest on their laurels but rather accelerate the pursuit of Isco, Pogba, De Bruyne and perhaps a quality left-back. Finally, promote Kelechi Iheanacho so that we don't need to sign a replacement for Jovetic.

Isnin, 13 Julai 2015

Cemuhan Peminat Liverpool Kepada Sterling Di Media Maya

Belum pun perpindahan Raheem Sterling dari Liverpool ke Manchester City menjadi rasmi nampaknya pemain itu sudah mendapat cemuhan daripada segelintir peminat The Reds. Diharap Sterling bersabar dan semoga sikap sebegini dijadikan sempadan oleh peminat-peminat City sekalian.

Amaran: mesej berbaur rasis dan keganasan.

Misteri Pemain Termahal Manchester City (Pra-Sterling)

Seandainya urusan perpindahan Raheem Sterling berjalan lancar dan beliau tidak membuat pusingan-U ala Delph maka akan termaktublah beliau sebagai pemain Inggeris termahal merangkap pemain termahal Manchester City.

Ahad, 12 Julai 2015

Hikmah Di Sebalik Penolakan Delph

Ramai peminat terkejut dengan berita penolakan Delph untuk menyertai City di saat-saat akhir. Di kala hanya tinggal formaliti ujian medikal yang dijangka dijalankan semalam (Sabtu) tiba-tiba Delph mengumumkan beliau bakal terus kekal di Villa Park. Reaksi para peminat bercampur-baur. Ada yang lega kerana bagi mereka Delph bukanlah nama besar sekadar pemain picisan pelengkap kuota. Tak kurang juga yang risau kerana kalau Fabian Delph pun gagal dibawa masuk apatah lagi nama-nama pemain lain yang lebih besar. Malah ramai peminat mula mempersoalkan kewibawaan pengurusan Manchester City dalam menangani urusan jual beli pemain. Pellegrini dan Begiristain mula dibandingkan dengan Mancini dan Marwood. Apakah yang telah membuat Manchester City hilang daya penarik walaupun memiliki sokongan modal duit yang kukuh?

Sabtu, 11 Julai 2015

Khabar Angin Bisnes Perpindahan: Ousmane Dembele

Begitu ramai pemain muda sedang dikaitkan dengan Manchester City. Selepas Enes Unal dan David Faupala, khabar angin sepoi-sepoi mengatakan City sudah membuat bidaan ke atas pemain muda Rennes, Ousmane Dembele. Pemain ini bermain di bahagian serangan di posisi sayap. Namun City mendapatkan cabaran dari Chelsea yang juga berminat kepada pemain tersebut.

Selamat Datang Ke Manchester!!: David Faupala

Manchester City sudah mengumumkan perpindahan masuk kedua mereka dalam tingkap perpindahan kali ini. Sekali lagi ianya adalah seorang pemain muda. Selepas Enes Unal, City berjaya mengikat penyerang 18 tahun dari Perancis, David Faupala dengan kontrak 3 tahun dalam satu transaksi percuma. Faupala yang sebelum ini  bermain untuk kelab RC Lens bertindak tidak menyambung kontrak beliau selepas dikatakan merajuk dengan kelab itu yang menghalang keinginan beliau untuk berpindah ke Watford musim lepas. Musim lepas RC Lens tersingkir dari Ligue 1 selepas menduduki tempat ke-20 sementara Watford berjaya mendapatkan tempat dalam persaingan BPL musim baru nanti. Mungkin impian Faupala bermain bersama Watford masih boleh tercapai andai City meminjamkan beliau kepada mereka. Faupala tidak pernah bermain di peringkat senior ketika di Lens. Gaya permainan beliau lebih menjurus kepada penyerang klasik seperti Edin Dzeko, Olivier Giroud atau Filippo Inzaghi.


Khamis, 9 Julai 2015

Super Guidetti Jatuh Kerana Ayam

Sayang seribu kali sayang akhirnya jodoh John Guidetti dan Manchester City terputus bila kontrak beliau tidak disambung dan dilepaskan secara percuma. Apakah City begitu gila melepaskan pemain yang pernah digelar "The Next Ibrahimovic" ini secara percuma? Mari kita imbas cerita malapetaka yang menimpa Guidetti.

Kit Penjaga Gol Citizens 2015/16

Semua sudah melihat jersi pemain padang Manchester City. Apa kata kita layan pula jersi pemain gawang City. Buat pengetahuan jersi yang diperagakan Joe Hart di hari perasmian tempohari adalah jersi away.



Jumaat, 3 Julai 2015

Kit Laman Sendiri Citizens 2015/16

Hari ini jersi laman sendiri Manchester City untuk musim 2015/16 sudah dirasmikan. Nah layan puas-puas bajunya.. seluarnya.. stokinnya.. (kasut but dijual berasingan).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.