Isnin, 24 Julai 2017

Isu Sanchez - Sejarah Mungkin Berulang?

Gol Sendiri Terhebat Sepanjang Zaman

Wow! Harap-harap Anugerah Puskas boleh terima pencalonan gol sendiri. Hebat tahap gaban.

Selamat Datang Mendy!

Benjamin Mendy sah menjadi pemain Manchester City selepas menyertai dari kelab AS Monaco dengan nilai perpindahan berjumlah £52 juta sekali gus menjadi pemain pertahanan termahal dunia. Beliau akan memakai jersi bernombor 22 kerana nombor 23 kesukaannya sudah digantung penggunaannya oleh City.


Yang Mana Satu Pilihan Mendy?


Berhenti Main Bola, Pemain Main Air

Perlawanan bolasepak di antara Queens Park Rangers dan FC Berlin terpaksa ditangguh kerana keadaan padang yang becak. Lalu para pemain pun bersuka ria di atas padang. Inilah namanya "Sambil gelongsor, minum air".

Mendy Sudah Mendarat Di LA

Benjamin Mendy dilihat sudah mendarat di lapangan terbang Los Angeles. Beliau dijangka akan menyempurnakan pemeriksaan kesihatan sebelum diumumkan sebagai pemain Manchester City dalam perpindahan bernilai £51.6 juta dari AS Monaco.

Ahad, 23 Julai 2017

Adakah Mendy Bakal Tiba Di LA?

Ke hadapan Manchester City yang diminati, mohon umumkan Benjamin Mendy pada kadar yang segera.

Sekian. Terima kasih.

- Yang ikhlas menyokong -


Selasa, 18 Julai 2017

Foto Janggal Steven Gerrard


Steven Gerrard beraksi dengan jersi Everton semasa menyertai sesi jelajah stadium Goodison Park.

City Bida £2.5 Juta Untuk Pepe Reina


Akhbar Guardian melaporkan yang Manchester City sudah membuat bidaan awal sebanyak £2.5 juta untuk mendapatkan penjaga gol, Pepe Reina dari Napoli.

Reina dilihat sebagai penjaga gol yang sesuai untuk bergandingan bersama Ederson kerana berpengalaman luas dalam pelbagai rancah liga Eropah selepas mewakili Liverpool, Barcelona, Villareal dan Bayern Munich.

Dengan berita ini, sekali gus menimbulkan tanda soal tentang nasib Claudio Bravo jika ia menjadi kenyataan.

Ahad, 9 Julai 2017

Foto Epik Penuh Legenda


Sila namakan legenda-legenda dalam foto di atas.

Isnin, 3 Julai 2017

Cadangan Rotasi Penjaga Gol City


Manchester City kini memiliki 3 orang penjaga gol utama dalam skuad mereka. Joe Hart ialah penjaga gol utama England, Claudio Bravo pula ialah penjaga gol utama Chile manakala Ederson yang baru menyertai City ialah penjaga gol termahal mereka dan dijangka akan menjadi penjaga gol utama pasukan Brazil menjelang Piala Dunia 2018 nanti.

Adalah sukar untuk memainkan ketiga-tiga penjaga gol utama ini dalam mengisi posisi yang begitu jarang diputarkan. Siapakah yang bakal disingkirkan? Bravo ataupun Hart?

Andai salah seorang daripada mereka meninggalkan City sekalipun, Pep Guardiola masih berdepan masalah untuk memuaskan hati 2 penjaga gol 'utama' dalam skuad City. Jika sebelum ini tugas penjaga gol City dibahagi di antara perlawanan liga tempatan bersama Liga Juara-Juara dan kejohanan piala tempatan, mungkin selepas ini skop itu akan diperbesarkan untuk 'penjaga gol piala' yang akan bermain untuk perlawanan Liga Juara-Juara bersama kejohanan piala tempatan.

Jadi persoalannya nanti siapakah yang sesuai menjadi penjaga gol liga dan siapa pula penjaga gol piala?

Rekod Kehadiran Stadium Etihad Sejak 2003

Benjamin Mendy Sertai City Selepas Tugasan Perancis


Menurut Sun Sport, persetujuan sudah dimeterai di antara AS Monaco dan Manchester City seawal hari Khamis lalu dalam hal perpindahan pemain bek kiri, Benjamin Mendy. Perpindahan bernilai £39.8 juta itu bakal melihat Mendy menerima gaji sekitar £100,000 seminggu bersama beberapa bonus piala.

Mendy akan menyertai City selepas selesai dalam tugasan bersama pasukan kebangsaan Perancis dan menjadi pemain kedua Monaco selepas Bernando Silva untuk menyertai pasukan biru dari Manchester itu.

Sabtu, 24 Jun 2017

Selasa, 20 Jun 2017

Sejarah Ringkas: City Football Group

Nolito Pilih Sevilla


Nolito yang baru-baru ini mendedahkan tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana Manchester sudah memilih destinasi seterus beliau iaitu Sevilla. Kegagalan Nolito menguasai bahasa Inggeris dan faktor cuaca sehinggakan warna wajah anaknya 'dikatakan' bertukar warna melihat pemain Sepanyol itu hanya bertahan selama satu musim bersama Manchester City. Kini City dan Sevilla perlu mencapai kata setuju dalam bentuk perpindahan Nolito pulang ke Sepanyol sama ada penjualan terus atau perjanjian pinjaman bersama jaminan membeli.

Oxlade-Chamberlain Jadi Rebutan 3 Penjuru


Alex Oxlade-Chamberlain dikatakan tidak berpuas hati dengan kemajuan di Arsenal dan sedang mempertimbangkan destinasi beliau yang seterusnya. Kontrak pemain berusia 23 tahun itu bersama Arsenal bakal tamat di penghujung musim 2017/18 nanti dan buat masa ini sebarang perbincangan untuk melanjutkan tempoh kontrak menemui jalan buntu. Kini Oxlade-Chamberlain sedang mendapat perhatian 3 kelab besar Liga Perdana Inggeris iaitu Chelsea, Liverpool dan Manchester City.

Dani Alves Mahu Tamatkan Kontrak Juventus


Pemain Juventus, Dani Alves (34 tahun) dikhabarkan mahu memulakan perbincangan dengan majikannya untuk menamatkan kontrak beliau bersama kelab Itali tersebut yang sepatutnya tamat pada 2018. Tindakan Alves ini menunjukkan niat beliau untuk mendapatkan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris secara percuma. Dua kelab yang kini dikaitkan sebagai destinasi Alves yang seterusnya ialah Manchester City dan Chelsea.

Isnin, 19 Jun 2017

Caballero Bakal Sertai Chelsea


Bekas penjaga gol Manchester City, Willy Caballero yang dilepaskan secara percuma selepas tamat tempoh kontrak sudah lulus dalam ujian kesihatan dan akan menyertai pasukan Chelsea untuk musim 2017/18. Penjaga gol yang terkenal dengan kepala botaknya itu akan menjadi penjaga gol kedua di belakang Thirbaut Courtois selepas Asmir Begovic dijual kepada Bournemouth.

Khamis, 15 Jun 2017

Donnarumma Sah Tak Perbaharui Kontrak Milan


AC Milan mengesahkan yang penjaga gol Gianluigi Donnarumma tidak akan memperbaharui kontrak beliau bersama kelab Itali tersebut. Kontrak Donnarumma akan tamat pada tahun 2018 dan ini bererti pasukan Milan berdepan dengan keputusan menjual Donnarumma dalam musim baru nanti atau melepaskan beliau secara percuma di penghujung musim.

Ke manakah destinasi Donnarumma seterusnya? Adakah beliau bakal berhijrah ke Juventus untuk mengisi gawang Gianluigi Buffon atau ke Manchester City seperti khabar angin sebelum ini?

Rabu, 14 Jun 2017

Senarai Penuh Jadual Liga Perdana Inggeris Manchester City Musim 2017/18


12/08/2017         15:00     Brighton & Hove A v Manchester City
19/08/2017         15:00     Manchester City v Everton
26/08/2017         15:00     Bournemouth v Manchester City
09/09/2017         15:00     Manchester City v Liverpool
16/09/2017         15:00     Watford v Manchester City
23/09/2017         15:00     Manchester City v Crystal Palace
30/09/2017         15:00     Chelsea v Manchester City
14/10/2017         15:00     Manchester City v Stoke City
21/10/2017         15:00     Manchester City v Burnley
28/10/2017         15:00     West Bromwich Albion v Manchester City
04/11/2017         15:00     Manchester City v Arsenal
18/11/2017         15:00     Leicester City v Manchester City
25/11/2017         15:00     Huddersfield Town v Manchester City
29/11/2017         20:00     Manchester City v Southampton
02/12/2017         15:00     Manchester City v West Ham United
09/12/2017         15:00     Manchester United v Manchester City
12/12/2017         19:45     Swansea City v Manchester City
16/12/2017         15:00     Manchester City v Tottenham Hotspur
23/12/2017         15:00     Manchester City v Bournemouth
26/12/2017         15:00     Newcastle United v Manchester City
30/12/2017         15:00     Crystal Palace v Manchester City
01/01/2018         15:00     Manchester City v Watford
13/01/2018         15:00     Liverpool v Manchester City
20/01/2018         15:00     Manchester City v Newcastle United
31/01/2018         20:00     Manchester City v West Brom
03/02/2018         15:00     Burnley v Manchester City
10/02/2018         15:00     Manchester City v Leicester City
24/02/2018         15:00     Arsenal v Manchester City
03/03/2018         15:00     Manchester City v Chelsea
10/03/2018         15:00     Stoke City v Manchester City
17/03/2018         15:00     Manchester City v Brighton & Hove A
31/03/2018         15:00     Everton v Manchester City
07/04/2018         15:00     Manchester City v Manchester United
14/04/2018         15:00     Tottenham Hotspur v Manchester City
21/04/2018         15:00     Manchester City v Swansea City
28/04/2018         15:00     West Ham United v Manchester City
05/05/2018         15:00     Manchester City v Huddersfield Town
13/05/2018         15:00     Southampton v Manchester City

Rabu, 7 Jun 2017

Nolito Tak Serasi Tinggal Di Manchester


Nolito nampaknya akan meninggalkan Manchester City di masa terdekat ini. Selepas aksi memberangsangkan di awal musim 2016/17, persembahan Nolito mulai suram dan beliau akhirnya kehilangan tempat di dalam kesebelasan utama kepada Leroy Sane di sayap kiri.

Namun prestasi di atas padang bukanlah penyebab kepada kehendak Nolito untuk berpindah sebaliknya ia disebabkan oleh beliau yang tidak dapat menyesuaikan diri tinggal di Manchester.

Antaranya faktor cuaca. Berbanding Sepanyol yang sering dilimpahi cahaya matahari, Manchester memang terkenal dengan cuaca hujannya. Ujar Nolito, "Warna wajah anak perempuan saya sudah bertukar dan ia seperti dia tinggal di dalam gua".

Nolito juga mengakui sukar untuk menguasai pertuturan bahasa Inggeris. Hampir setahun di England, Nolito hanya menggunakan beberapa frasa sahaja. Menurut Nolito, "Saya hanya belajar sangat sedikit perkataan bahasa Inggeris - sungguh rumit. Hanya 'pagi', 'selamat pagi', 'selamat tengah hari' dan beberapa lagi".

Dalam pada itu, Manchester City hanya berminat menjual semula Nolito dengan harga lingkungan £12 juta dan tidak mahu meminjamkan beliau keluar.

Sah! Angus Gunn Sertai Norwich Secara Pinjaman


Penjaga gol ketiga Manchester City, Angus Gunn disahkan akan menyertai kelab liga Championship, Norwich City untuk musim 2017/18 secara pinjaman. Gunn akan ke Norwich sekembalinya beliau dari tugas bersama skuad bawah-21 England di Poland.

Perpindahan ini akan menyaksikan Gunn kembali ke laman Carrow Road selepas bersama skuad akademi Norwich sebelum berpindah ke Manchester City pada 2011. Kata Gunn, "Saya membesar sebagai peminat Norwich dan semenjak kecil saya datang ke Carrow Road untuk setiap perlawanan. Saya berbesar hati untuk kembali ke sini secara pinjaman. Perkara utama untuk saya ialah datang dan menimba pengalaman. Jadi campurkan ia bersama kembali semula ke Norwich merupakan perasaan yang sangat hebat".

Perpindahan ini akan menyaksikan hanya Claudio Bravo yang tinggal sebagai penjaga gol skuad senior di Manchester City sambil para peminat masih ternanti-nanti kehadiran Ederson dari Benfica. Adakah ini bererti Pep Guardiola akan mencari seorang lagi penjaga gol atau ada sinar harapan buat Joe Hart di Stadium Etihad?

Ahad, 4 Jun 2017

Benarkah Ederson Bakal Pecah Rekod Buffon?

Para peminat Manchester City masih ternanti-nanti pengumuman Ederson Moraes sebagai penjaga gol terbaharu mereka. Rekod mantap beliau di liga Portugal bersama Benfica (kedua terbaik selepas Iker Casillas) didambakan segera oleh penyokong-penyokong City. Ini ditambah pula dengan kebolehan Ederson untuk melakukan sepakan gol yang begitu kuat sehingga boleh sampai kotak penalti pihak lawan.
Jika perpindahan Ederson berjalan lancar, beliau diwar-warkan bakal memecahkan rekod Gianluigi Buffon sebagai penjaga gol termahal dunia. Buffon berpindah dari Parma ke Juventus pada 2001 dengan nilai perpindahan berjumlah £32.6 juta. Ederson pula bakal berpindah ke Manchester City dengan bayaran £34.9 juta.
Namun begitu benarkah fakta ini? Di kala banyak media UK mengatakan demikian, media dari negara Eropah yang lain menyatakan Ederson hanyalah penjaga gol kedua termahal dunia.
Mengapa terjadi kekeliruan ini? Jawapannya ialah kerana matawang. Perpindahan Buffon tidak dijalankan dalam matawang pound sterling tetapi sebaliknya Juventus membayar €53 juta kepada Parma untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut. Begitu juga dengan transaksi di antara Manchester City dan Benfica yang melihat €40 juta bakal bertukar tangan. Kedua-dua transaksi perpindahan ini dijalankan dalam matawang euro. Nilai bersamaan dalam pound sterling hanya digunakan oleh media dari UK.
Jadi ternyatalah rekod penjaga gol termahal dunia masih lagi kekal milik Buffon dan Ederson pula ketinggalan €13 juta di tangga kedua.

Khamis, 1 Jun 2017

Ederson Bosan, Umum Sendiri Perpindahan


Mungkin bosan menunggu pihak Manchester City yang masih belum mengumumkan beliau sebagai pemain Manchester City, Ederson mendedahkan hal itu sendiri kepada pihak media A Bola.

Ederson memberitahu kepada A Bola yang beliau sudah menandatangan kontrak selama 5 tahun bersama City. Ujar Ederson, "Saya sangat gembira dan pandangan awal saya ialah sangat bagus".

Rabu, 31 Mei 2017

City Setuju Tawaran Villareal Untuk Enes Unal


Enes Unal dijangka akan beraksi di Sepanyol musim hadapan selepas Manchester City bersetuju dengan tawaran Villareal sebanyak £12 juta. Perjanjian ini turut melibatkan klausa pembelian semula bernilai £17.5 juta.

Buat masa ini kedua-dua kelab sudah mencapai kata putus dan sedang menanti hasil perbincangan terma peribadi bersama Enes Unal.

Ini mungkin keputusan yang adil buat semua pihak selepas Enes Unal berjaya menyinar di liga Belanda. Biarpun pulang dengan rekod yang bagus, Enes Unal masih belum boleh bermain untuk City memandangkan beliau belum layak untuk memohon permit kerja UK. Oleh itu perpindahan ke Sepanyol ini boleh dilihat sebagai langkah penyediaan yang sesuai untuk mengasah bakat pemain Turki tersebut.

Rabu, 17 Mei 2017

Simpan Tarikh 25.5.2017


Tarikh perasmian jersi baharu Manchester City musim 2017/18.

Isnin, 15 Mei 2017

Selamat Tinggal Zabaleta - Apa Kata Guardiola?


Apakah pandangan Pep Guardiola terhadap Pablo Zabaleta bakal meninggalkan Manchester City selepas sudah berbakti selama 9 tahun? Berikut ialah kata-kata beliau:

"Pablo (Zabaleta) ialah seorang legenda sejati dalam ertikata apa yang telah beliau lakukan di kelab ini. Dia telah membantu kami, bersama kelab untuk melangkah bersama ke hadapan. Inilah sebabnya mengapa Pablo Zabaleta tersangat-sangatlah penting. Ianya pasti akan sukar (untuk menggantikan beliau)."

Selepas 9 Tahun Bersama - Apa Kata Zabaleta?


Selepas 9 tahun menaburkan bakti kini sudah tiba masanya untuk Pablo Zabaleta mengucapkan selamat tinggal kepada Manchester City. Berpindah ke kota Manchester dari kelab Espanyol dengan nilai perpindahan £6,450,000, Zabaleta sudah tampil lebih 300 kali mewakili kelab biru Manchester itu dan melakar nama sebagai antara legenda era moden Manchester City. Jadi apa kata Zabaleta tentang karier beliau bersama The Citizens?

"Semasa kali pertama saya tiba ke Manchester, saya rasakan kami (City) bukan kelab utama di bandar Manchester. Perkara yang sama tidak boleh diperkatakan di masa sekarang."


"Saya masih ingat Sir Alex Ferguson berkata tentang 'jiran bising'. Saya tak boleh biarkan orang berkata sesuatu seperti itu tentang kami. Lalu saya berfikir, 'Jika mereka memanggil kami jiran bising, jadi ayuh kita terus bisingkan bandar ini. Ayuh kita buktikan yang kita ialah kelab yang mahu membuat pencapaian penting, mungkin suatu hari nanti menjadi kelab utama di bandar (Manchester).'"



"Jika anda benar-benar mengambil berat tentang kelab, anda dapat rasakan sesuatu di dalam diri anda yang anda mahu mencipta sesuatu yang besar. Kami telah bekerja keras dan lihat di mana kami berada hari ini. Saya sangat gembira dan berbangga dapat menjadi sebahagian daripada kelab bolasepak ini."


(Tentang penampilan terakhir di Stadium Etihad): "Ia akan menjadi sesuatu yang penuh emosi buat saya. Ianya ialah 9 tahun yang menakjubkan. Saya tidak menyangka ianya akan menjadi begitu lama. Sebagai seorang pemain bolasepak, seorang peminat bolasepak, ianya suatu impian untuk datang dan memiliki peluang bermain di Liga Perdana Inggeris. City telah memberikannya kepada saya."

Sanchez Berhubung Dengan Guardiola


Menurut portal sukan Don Balon, Alexis Sanchez berminat untuk berpindah ke Manchester City di jendela perpindahan akan datang dan telah melakukan perbincangan dengan Pep Guardiola.

Sanchez percaya perpindahan ke Manchester City akan memberikan peluang terbaik kepada beliau untuk memenangi kejuaraan besar. Guardiola pula dikatakan sudah menghubungi Sanchez secara peribadi.

Ahad, 14 Mei 2017

Donnarumma Mahu Ke England


Menurut akhbar The Sun, Gianluigi Donnarumma sudah memberitahu kepada rakan-rakan bahawa beliau akan berpindah ke Liga Perdana Inggeris.

Donnarumma yang boleh dibeli dengan harga serendah £20 juta kini menarik minat banyak kelab termasuk Manchester City. City dikatakan sanggup menawarkan gaji sebanyak £70,000 seminggu kepada penjaga gol berusia 18 tahun itu. Namun City mungkin akan mendapat tentangan daripada Manchester United yang mahu mendapatkan Donnarumma jika mereka kehilangan David De Gea.

Kit Home Penuh Manchester City 2017/18


Dengan Nike kini di tahun terakhir mereka sebagai penaja jersi Manchester City, dilaporkan bahawa mereka akan mengumumkan kit penuh terbaru laman sendiri City sebelum tamat musim 2016/17. Malah ada khabar angin mengatakan kit terbaru itu akan dirasmikan dalam perlawanan terakhir di Stadium Etihad musim ini menentang West Bromwich Albion. 

Sabtu, 6 Mei 2017

Jersi City Terakhir Nike?

Jika Manchester City tidak memperbaharui kontrak mereka bersama Nike maka ini mungkin menjadi jersi City terakhir rekaan Nike.
 

Under Armour - Selamat Datang Ke Manchester


Syarikat pakaian sukan dan kasual Amerika Syarikat, Under Armour dijangka akan menjadi pembekal jersi baharu Manchester City menggantikan Nike yang kontraknya bersama City bakal tamat pada hujung musim hadapan.

Walaupun belum ada sebarang berita rasmi dari mana-mana pihak, spekulasi ini diperkuatkan dengan pembukaan pejabat Under Armour di Manchester tahun lalu.

Buat masa ini, kelab bolasepak Inggeris yang ditaja oleh Under Armour ialah Tottenham Hotspur, Aston Villa dan Southampton.

City Disekat Ambil Pemain Tempatan Bawah 18 Tahun


Pihak Persatuan Bolasepak (FA) England telah menjalankan siasatan ke atas urusan pengambilan pemain akademi Manchester City dan mendapati City telah melanggar Peraturan Pembangunan Belia. Antara bukti yang diserahkan ialah bukti pihak City menghubungi keluarga pemain dalam urusan perpindahan mereka tanpa pengetahuan kelab asal mereka. Pemain yang terlibat dalam siasatan ialah pemain dari kelab Wolverhampton (15 tahun) dan Everton (11 tahun).

Akibat kesalahan tersebut, City akan dikenakan sekatan daripada menandatangan sebarang pemain yang berumur di antara 10 hingga 18 tahun selama dua tahun. Selain daripada itu, City turut didenda sebanyak £300,000.

Namun harus ditekankan sekatan yang dikenakan ke atas City itu hanya meliputi pemain akademi yang berdaftar dengan kelab Liga Perdana atau EFL sahaja. City masih bebas untuk mengambil pemain akademi dari kelab di luar England.

Manakala walaupun tempoh sekatan yang dinyatakan ialah dua tahun namun cara perlaksanaannya ialah City disekat dari sebarang urusan pengambilan pemain akademi sehingga Jun 2018 iaitu selama setahun sahaja. Baki setahun lagi tempoh sekatan akan teraktif jika City melakukan kesalahan yang sama dalam tempoh tiga tahun.

Jumaat, 5 Mei 2017

City, Arsenal Tawar £140,000 Seminggu Untuk Kolasinac


Manchester City dan Arsenal kini dalam perlumbaan merebut pemain bek kiri Schalke 04, Sead Kolasinac. Kontrak pemain Bosnia itu bersama Schalke yang bakal tamat hujung musim ini bererti City atau Arsenal boleh mendapatkan khidmat Kolasinac secara percuma melalui peraturan Bosman.

Perebutan begitu sengit sekali di antara City dan Arsenal sehinggakan kedua-dua kelab dikatakan sanggup menawarkan gaji sebanyak £140,000 seminggu kepada Kolasinac.

Selain City dan Arsenal, AC Milan turut menunjukkan rasa minat mereka namun Kolasinac lebih berminat untuk bermain di Liga Perdana Inggeris.

Khamis, 4 Mei 2017

Infovideo - Taktikal Julian Nagelsmann Di Hoffenheim

City Beri Lampu Hijau Kepada Hoffenheim


Menurut portal sukan Our Own Nigeria, Manchester City bakal beri kebenaran kepada kelab Bundesliga, Hoffenhaim untuk membuat tawaran ke atas Kelechi Iheanacho. Iheanacho yang mempunyai potensi untuk menjadi bintang besar kini sukar mendapatkan tempat di dalam skuad Pep Guardiola. Oleh itu City melihat perpindahan ke Hoffenheim membolehkan potensi Iheanacho itu dipenuhi lebih-lebih lagi Hoffenheim sudah memastikan tempat mereka dalam Liga Juara-Juara UEFA musim hadapan. Namun City tidak akan melepaskan Iheanacho begitu sahaja. Jika dijual kepada Hoffenheim, syarat pembelian semula akan diselitkan dalam perjanjian tersebut. Dikhabarkan Iheanacho akan bertemu dengan pengarah sukan Hoffenheim, Alexander Rosen untuk berbincang tentang hal ini di hujung bulan Mei nanti.

Rabu, 26 April 2017

Joey Barton Bersara Awal Gara-Gara Pertaruhan

Sumber: ESPN
Joey Barton sedang mempertimbangkan akan bersara dari dunia bolasepak selepas pihak FA England menjatuhkan hukuman gantung selama 18 bulan terhadap pemain Burnley tersebut di atas kesalahan terlibat dalam pertaruhan bolasepak. 

Barton yang berusia 34 tahun didakwa telah meletakkan 1260 pertaruhan perlawanan bolasepak di antara Mac 2006 sehingga Mei 2013.

Akibat tempoh hukuman gantung yang terlalu panjang, Barton yang memulakan kariernya bersama Manchester City berkata beliau mungkin terpaksa melupakan bolasepak buat selama-lamanya.

Khamis, 20 April 2017

Jersi Away City 2017/18 - Siam vs Tertiris

Foto sebelum ini rupa-rupanya diedit daripada produk Thailand.


Namun kini Voetbalshirtjes juga ada melepaskan foto dari sumber mereka.

Rabu, 19 April 2017

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.