Isnin, 3 Julai 2017

Cadangan Rotasi Penjaga Gol City


Manchester City kini memiliki 3 orang penjaga gol utama dalam skuad mereka. Joe Hart ialah penjaga gol utama England, Claudio Bravo pula ialah penjaga gol utama Chile manakala Ederson yang baru menyertai City ialah penjaga gol termahal mereka dan dijangka akan menjadi penjaga gol utama pasukan Brazil menjelang Piala Dunia 2018 nanti.

Adalah sukar untuk memainkan ketiga-tiga penjaga gol utama ini dalam mengisi posisi yang begitu jarang diputarkan. Siapakah yang bakal disingkirkan? Bravo ataupun Hart?

Andai salah seorang daripada mereka meninggalkan City sekalipun, Pep Guardiola masih berdepan masalah untuk memuaskan hati 2 penjaga gol 'utama' dalam skuad City. Jika sebelum ini tugas penjaga gol City dibahagi di antara perlawanan liga tempatan bersama Liga Juara-Juara dan kejohanan piala tempatan, mungkin selepas ini skop itu akan diperbesarkan untuk 'penjaga gol piala' yang akan bermain untuk perlawanan Liga Juara-Juara bersama kejohanan piala tempatan.

Jadi persoalannya nanti siapakah yang sesuai menjadi penjaga gol liga dan siapa pula penjaga gol piala?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.