Ahad, 31 Ogos 2014

Laporan Kaki Bangku: BPL 2014/15 Manchester City (0) - Stoke City (1)


Dalam kegembiraan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-57 terselit sekelumit rasa kecewa dengan kekalahan 0-1 City kepada Stoke di laman sendiri. Jauh betul dengan prediksi konon-konon boleh tapau 3-0. Apapun life must go on, itulah lumrah dunia bolasepak. Taktik yang digunakan Stoke dalam perlawanan ini memang berjaya mengekang serangan bertalu-talu City dan juga menyerlahkan beberapa kelemahan City.

Sabtu, 30 Ogos 2014

Laporan Kaki Bangku: Prebiu Manchester City vs Stoke City


Belum habis kenyang meratah burung liver goreng ala KFC, Manchester City akan menyambut kunjungan Stoke City di Etihad Sabtu ini. Berbekalkan morale para pemain yang sedang tinggi dan momentum 2 kemenangan berturut-turut musim ini, The Citizens dijangka tidak berhadapan sebarang masalah menentang The Potters. Apa yang menarik untuk perlawanan ini ialah pada kemungkinan Pellegrini akan membuat rombakan dalam pemilihan pemain.

Selasa, 26 Ogos 2014

Laporan Kaki Bangku: BPL 2014/15 Manchester City (3) - Liverpool (1)


Ternyata jangkaan keputusan perlawanan dalam post prebiu sebelum ini menjadi kenyataan. Manchester City dengan penuh bergaya menundukkan pasukan Liverpool dengan keputusan 3-1. Bermain di hadapan peminat sendiri memberi kelebihan kepada Manchester City untuk mencatatkan kemenangan selesa setelah mereka menunjukkan permainan penuh disiplin dan konsentrasi dari segi gerakan serangan mahupun formasi pertahanan. Daripada perlawanan ini juga kita dapat menyaksikan kedalaman senarai pemain dalam skuad City yang terbukti dengan kepelbagaian formasi serta strategi permainan.

Isnin, 25 Ogos 2014

Laporan Kaki Bangku: Prebiu Manchester City vs. Liverpool

Perlawanan panas di awal musim BPL 14/15 menyaksikan Liverpool akan bertandang ke kubu besi Manchester City; The Etihad Stadium. Masing-masing mencatatkan kemenangan dalam perlawanan pembuka musim. City menundukkan Newcastle 2-0 di St. James' Park dan Liverpool menewaskan Southampton 2-1 di laman sendiri. City dengan bebanan sebagai penyandang juara semestinya tidak mahu kehilangan momentum di awal musim lebih-lebih lagi kepada pencabar kejuaraan Liverpool yang hanya mampu bermimpi menjadi juara BPL musim lepas. Tak mengapalah memang kempen mereka #MakeUsDream so dapat mimpi pun dah meet target dah (uhuk.. uhuk..)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.