Perlawanan panas di awal musim BPL 14/15 menyaksikan Liverpool akan bertandang ke kubu besi Manchester City; The Etihad Stadium. Masing-masing mencatatkan kemenangan dalam perlawanan pembuka musim. City menundukkan Newcastle 2-0 di St. James' Park dan Liverpool menewaskan Southampton 2-1 di laman sendiri. City dengan bebanan sebagai penyandang juara semestinya tidak mahu kehilangan momentum di awal musim lebih-lebih lagi kepada pencabar kejuaraan Liverpool yang hanya mampu bermimpi menjadi juara BPL musim lepas. Tak mengapalah memang kempen mereka #MakeUsDream so dapat mimpi pun dah meet target dah (uhuk.. uhuk..)
Dijangkakan perlawanan ini akan dimainkan secara open dan attacking. City berkemungkinan besar akan menurunkan pasukan yang amat attacking oriented. Aguero bakal kembali bergandingan bersama Dzeko di bahagian serangan. Negredo masih lagi cedera meninggalkan hanya option Jovetic sebagai penyerang simpanan. Silva dan Nasri akan bermain di bahagian tengah secara roaming dan Kolarov dan Clichy akan membuat overlap di bahagian sayap. Berdasarkan prestasi defending Fernando dalam perlawanan lepas Yaya Toure akan memperoleh lebih banyak kebebasan untuk naik ke atas membantu jentera serangan melakukan gerakan. Ketiadaan Mangala yang masih belum cergas membawa sedikit kerisauan memandangkan Demichelis perlu berhadapan dengan pemain Liverpool yang kebanyakannya berkelajuan tinggi belaka. Di sini sememangnya ketangkasan Kompany dan Fernando diharap dapat mengimbangi kelemahan Demichelis. Mujur City mempunyai kelebihan dalam seleksi pemain yang fleksibel. Seandainya bahagian pertahanan masih pincang, Fernandinho boleh dibawa masuk sebagai defensive midfielder kedua dengan mengorbankan salah seorang midfielder (biasanya Nasri) dan Toure akan naik lebih atas di bahagian serangan. Pemain utiliti James Milner juga sedia dimasukkan sebagai pemain tengah, sayap mahupun bek kanan. Malahan pemain berpengalaman Frank Lampard juga sudah cukup cergas untuk bermain dalam perlawanan ini.
Liverpool di bawah kendalian Rodgers memang terkenal dengan approach permainan menyerang dan pantas. Berbanding dengan City yang dijangka akan menyerang dari bahagian sayap Liverpool mungkin akan bermain secara lebih sempit dan menumpukan serangan melalui kawasan tengah. Mereka mungkin akan cuba mengeksploitasi kelemahan Demichelis dalam menandingi kelajuan pemain mereka. Satu lagi titik lemah City adalah di bahagian bek kanan dengan ketiadaan Zabaleta dan prestasi Richards yang tidak konsisten menyaksikan Pellegrini terpaksa menurunkan Clichy di posisi tersebut. Liverpool mungkin akan menekankan serangan di bahagian tersebut memandangkan itu bukan posisi semulajadi Clichy. Tetapi Liverpool pula tidak memiliki kedalaman di bangku simpanan dengan kecederaan yang dialami Lallana, Agger, Flanagan dan Assaidi. Pemain baru Markovic dikhabarkan sudah cergas dan mungkin bakal membuat debut. Mujurlah bekas badboy City saudara Balotelli kita tidak sempat menyempurnakan perpindahan beliau untuk bermain dalam perlawanan ini. Goyah juga jika berhadapan dengan Balotelli dan Sturridge; 2 penyerang yang merupakan bekas pemain City.
Konklusinya kedua-dua pasukan dijangka bakal mempamerkan permainan menyerang, pantas dan terbuka. Tetapi pasukan City yang mempunyai disiplin yang lebih utuh dalam gerakan menyerang dan bertahan akan menyaksikan pasukan Liverpool menggigit jari jemari selepas tewas 3-1 di Etihad Isnin ini.
Superbia in proelio.