Sabtu, 22 Disember 2012

Laporan Kaki Bangku: Prebiu Manchester City vs. Reading




Saturday 22nd December 2012
Etihad Stadium 3pm kickoff (Malaysia +8GMT)
Referee: Mike Dean

Di atas kertas perlawanan ini hanya membawa satu harapan kepada fans Man City; kenduri gol. Berdepan dengan pasukan tercorot BPL di halaman sendiri, ini sememangnya peluang Man City untuk menambah jumlah perbezaan gol. Jika terdapat satu pasukan yang menghargai goal difference sudah pasti ianya Man City. Masakan tidak, jika tidak kempunanlah nak jadi champions.

Khamis, 20 Disember 2012

Kenali MCFC - Kolarov dan Albania

Aleksandar Kolarov

Jika anda perasan ketika perlawanan antara Newcastle dan Manchester City yang berkesudahan 1-3, setiap kali Kolarov mendapat bola akan kedengaran bunyi "Booo" dari kalangan penyokong Newcastle. Mengapa beliau diejek sedemikian rupa? Adakah dia membawa ancaman besar kepada Newcastle ketika perlawanan tersebut? Sesiapa yang menonton match tempohari pasti akan menjawab tidak. Adakah dia ada membuat tackle bahaya kepada mana-mana pemain Newcastle? Juga tidak. Persoalan itu terungkai apabila selepas perlawanan itu beliau disiasat kerana terlibat dalam pertelingkahan dengan beberapa orang penyokong Newcastle.

Ahad, 16 Disember 2012

Laporan Kaki Bangku: Ulasan Newcastle vs. Manchester City

Group

Foto di atas secara tersirat merujuk kepada keputusan match semalam. Newcastle 1 Manchester City 3, itulah final score selepas wisel penamat kepada match yang boleh dirumuskan sebagai open dan entertaining. Seperti jangkaan aku di dalam post prebiu, Manchester City menang cuma aku punya score verdict off sikit (aku teka 0-2).

Sabtu, 15 Disember 2012

Laporan Kaki Bangku: Prebiu Newcastle vs. Manchester City

Newcastle United v Manchester City
Saturday 15th December 2012
12:45pm kickoff Live on Sky Sports 2
Referee: Andre Marriner (Reserve Taggart Acolyte: Phil Dowd)

NUFC vs. MCFC

Luka minggu lepas masih belum terubat. Free kick RVP di minit akhir, Samir Nasri yang mengecutkan diri di saat-saat akhir dan sifat murni penyokong Man City untuk bersedekah kepada Rio Ferdinand yang disalahertikan.. kesemuanya merobek jiwa. Tapi kita move on pasal life must go on.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.