Foto di atas secara tersirat merujuk kepada keputusan match semalam. Newcastle 1 Manchester City 3, itulah final score selepas wisel penamat kepada match yang boleh dirumuskan sebagai open dan entertaining. Seperti jangkaan aku di dalam post prebiu, Manchester City menang cuma aku punya score verdict off sikit (aku teka 0-2).
Seawal minit pertama Newcastle mempamerkan permainan pantas dan pressing. Mungkin mereka selesa kerana bermain di home atau mungkin kerana mereka mahu memperbaiki rekod home mereka musim ini (W3 D1 L4+1) dan menghapuskan badi Manchester City mereka (kali terakhir mereka mengalahkan City adalah pada tahun 2005). Newcastle banyak membuat hantaran tinggi dan lintang ke dalam petak penalti City mencari Ba dan Cisse. Ketiadaan Captain Marvel Kompany yang digantikan oleh Kolo Toure dilihat membuka ruang untuk Newcastle mengeksploitasi hantaran-hantaran tinggi ditambah pula musim ini sememangnya City kelihatan goyah dalam menghadapi hantaran-hantaran lintang. Hasilnya Papiss Cisse berjaya menanduk bola ke bucu gol City yang memaksa Hart membuat diving save. Dalam minit-minit seterusnya, Newcastle terus menguasai permainan dan menekan pemain-pemain City ke dalam kawasan mereka. Joe Hart beberapa kali terpaksa beraksi menyelamatkan gawang City daripada dibolosi. City pula sekali-sekala membuat counter attack bila mendapat possession. Akhirnya, strategi City membuahkan hasil di minit ke-10. Taktik pressing Newcastle dengan defense line yang tinggi membolehkan Yaya Toure membuat through pass kepada Samir Nasri yang kemudian melorong bola kepada Aguero untuk menempek bola ke gawang Newcastle secara aman. Selepas gol itu, City mula menunjukkan keyakinan mereka dan menguasai permainan. 2 kali Tevez dihidangkan peluang untuk menjaringkan gol tapi gagal difinishkan, percubaan Nasri pula terkena tiang dan cubaan susulan Aguero dihadang pemain lawan.
Suasana permainan sudah berubah. Kini City yang menguasai permainan dan menekan pasukan Newcastle sementara pihak lawan pula sekali-sekala membuat counter. Setakat ini, antara pemain City yang paling menyerlah adalah Samir Nasri. Beliau kelihatan sangat rajin mengejar bola dan membuat pergerakan bijak mencari opening. Berkemungkinan besar beliau sudah dibeleberi oleh Mancini selepas insiden mengecutkan diri ketika Manchester derby minggu lepas. Namun kerajinan beliau berakhir apabila dilanda kecederaan dan digantikan dengan Kolarov di minit ke-37. Berita buruk buat City yang sudah kehilangan ramai pemain kepada kecederaan. Tetapi City kembali ceria apabila mendapat gol kedua hasil tandukan Javi Garcia yang berpunca daripada sepakan penjuru David Silva. Separuh masa pertama berkesudahan dengan jaringan 0-2.
Di second half Newcastle mengatur semula langkah mereka dan kembali bermain pantas untuk mencari peluang merapatkan jurang. Usaha mereka berhasil di minit ke-51, City yang lewat membuat perangkap offside membolehkan Demba Ba menanduk melepasi Joe Hart yang terkapai-kapai keseorangan. Newcastle mengorak langkah mencari gol penyamaan. Possession terus berada di pihak Newcastle dan beberapa percubaan bahaya berjaya dilakukan. Newcastle menumpukan gerakan mereka dari bahagian kiri. Davide Santon dan Gutierrez terus-menerus bergandingan mengoverload bahagian kanan Manchester City. Masakan tidak, selepas Nasri digantikan dengan Kolarov bermakna David Silva terpaksa berpindah ke bahagian kanan secara permanent dan memandangkan defending bukanlah forte Silva ini bermakna hanya Zabaleta yang mempertahankan bahagian kanan City dan Kolo Toure acap kali terpaksa datang membackup. Situasi ini tidak dibantu dengan pergerakan Kolarov yang tidak dinamik (hanya berlegar di bahagian sayap kiri), membolehkan Newcastle mengcommit lebih ramai pemain ke bahagian hadapan permainan. Akhirnya pemain sub terpaksa disubkan, Kolarov keluar untuk digantikan dengan Edin Dzeko. Kehadiran Dzeko membolehkan City membuat gerakan yang lebih dinamik dengan Silva, Aguero dan Tevez bertukar posisi secara roaming sesuka hati. Pertukaran strategi ini membuahkan hasil apabila Zabaleta berjaya meloloskan diri untuk membuat hantaran lintang kepada Yaya Toure menjadikan scoreline 3-1 berpihak kepada City.
Secara keseluruhan, inilah permainan City yang diinginkan oleh fan mereka walaupun masih terserlah kepincangan mereka dalam membiarkan pihak lawan terus membuat hantaran lintang yang membahayakan. City bermain free attacking.. bermain lagak champion.
Superbia in Proelio
Sumber rujukan: http://www.mcfc.co.uk