Rabu, 29 Mac 2017

Pilihan Warna Jersi Away Manchester City 2017/18

Manchester City akan kembali kepada warna tradisi biru dan putih dalam rekaan jersi laman sendiri mereka untuk musim hadapan.

Bagaimana pula dengan jersi laman lawan mereka yang tidak terikat dengan sekatan tradisi?

Belum ada lagi gambar rekaan yang tertiris tetapi pilihan warna yang akan digunakan sudah pun diketahui semenjak hujung tahun lepas. 

Untuk baju laman lawan yang pertama warna yang digunakan ialah warna maroon. 

Sumber: Footyheadlines
Untuk baju ketiga atau laman lawan kedua pula terdapat dua pilihan. Warna kelabu ataupun hijau.



Kedua-dua rekaan baju ketiga nampaknya akan menggunakan corak geometri. Jadi mana yang lebih menarik? Kelabu atau hijau? 

Selasa, 28 Mac 2017

Infovideo - Memahami 'Playing From The Back'


Foto Fizikal (Bukan Rendisi) Jersi Home Manchester City 2017/18

Gambar-gambar foto fizikal jersi laman sendiri Manchester City untuk musim 2017/18 sudah mula tersebar. Apa pendapat anda? Sekali imbas rekaannya kelihatan ringkas dan kemas dengan hiasan garis putih di sisi dan kolar baju yang cukup menarik.


Sumber: Voetbalshirtjes

2 Pemain City Beri Petunjuk Akan Berpindah

Dua pemain Manchester City semakin pasti akan berpindah keluar dari Manchester City. Mereka ialah Jesus Navas dan Samir Nasri. 



Jesus Navas yang telah sekian lama dikaitkan dengan kelab lama beliau, Sevilla FC sudah pun mendaftarkan nama anak beliau untuk bersekolah di Seville. Namun begitu kelab Serie A, AS Roma dikhabarkan akan cuba membuat tawaran untuk menarik Navas dari kembali ke kampung halamannya itu. Navas ialah antara pemain City yang akan tamat kontrak di penghujung musim ini. 


Manakala Samir Nasri pula dikhabarkan sudah menjual rumahnya di Cheshire dengan harga £5.75 juta. Walaubagaimanapun nasib atau destinasi Samir Nasri di musim hadapan masih belum pasti kerana memandangkan beliau tiada tempat di Manchester City dan Sevilla pula dilihat sukar untuk memenuhi nilai perpindahan sebanyak €25 juta.

Isnin, 27 Mac 2017

Kit Jersi Home Manchester City 2017/18 Tertiris

Adakah rekaan jersi ini bakal digunakan Manchester City untuk musim hadapan? (Sumber: Footyheadlines




Jumaat, 17 Mac 2017

Infovideo - Sejarah Ringkas Zlatan Ibrahimovic

Antara fakta menarik mengenai Zlatan Ibrahimovic:

  • Pernah menolak tawaran percubaan oleh Arsenal sebelum berpindah ke Ajax Amsterdam. Komen terkenal beliau ialah, "Zlatan tidak melayan sebarang uji bakat".
  • Jumlah nilai perpindahan Zlatan setakat ini ialah €180 juta. 
  • Daripada 418 gol Zlatan setakat ini, 224 gol dijaringkan selepas berusia 30 tahun. 

Selasa, 14 Mac 2017

10 Rahsia/Sejarah Hitam Dalam Bolasepak

Sabtu, 11 Mac 2017

Game Retro - Premier Manager 99

Jurnal Peminat - Kejutan Manis Dari Manchester

Baru balik dari kerja dan ambil anak dari rumah pengasuh. Penat gila. Jadi bro pun lepaklah di depan TV sambil tengok highlights perlawanan Barcelona vs PSG. Boleh tahan juga game tu.

Sekonyong-konyong terdengar bunyi motor kapcai dari luar rumah. "Pon! Pon!", hon motor dibunyikan untuk menarik perhatian. Bro sangkakan ia ditujukan kepada jiran sebelah meminta dibukakan pintu pagar ataupun apa-apa. 

Tetapi hon tidak berhenti dan diulang beberapa ketika. Lalu bro pun suruh anak kedua pergi membuat tugas tinjauan.

"Papa, ada orang depan rumah dia cari Papa", anak yang nombor dua datang memberikan laporan hasil tinjauan. Rupanya hon-hon tadi tu ditujukan untuk bro.

Bro pun keluar untuk menyambut tetamu di luar. Posmen Pos Laju rupanya. Dia pun menyapa bro sambil mengeluarkan sebuah bungkusan dan hulur kepada bro. Kemudian dia meminta bro mengisi nama dan tandangan di atas borang penerimaan.

Selesai proses penyerahan, abang posmen pun meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Bro pula mula membelek pakej yang diterima. "Bila masa pula aku ada order barang online?", hati bro berkata. Lalu bro baca alamat pengirim di muka pakej. Ia tertulis "MCFC Supporters Services".


Seusai membaca nama "MCFC", bro pun terkinja-kinja bak kera mendapat bunga. Anak bro yang pada awalnya terkesima pun turut serta terkinja-kinja bersama ayahnya. Entah hadiah apa pula yang diberikan oleh Manchester City kali ini. Tak sabar rasanya hendak melihat inti pakej.

Bro mula membuka pakej dari Manchester. Ada surat nota di dalamnya.


Selepas dialih bahasa, ia berbunyi lebih kurang begini:

"Amin yang dikasihi,

Kami berharap surat ini selamat sampai ke tangan anda.

Di Manchester City kami menghargai usaha oleh semua peminat antarabangsa kami untuk menyokong kami dan kami dapat tahu dari orang hubungan anda bersama kami bahawa anda adalah salah seorang penyokong terbesar kami di Malaysia!

Kami suka mendengar cerita bagaimana anda menjadi peminat City, bagaimana anda menemui kami di dalam Football Manager bertahun nan lalu, membawa kami mendaki tangga kejayaan dan kemudian jatuh cinta dengan kelab ini. Sebagai menunjukkan tanda penghargaan, kami ingin mengirim kepada anda permainan terbaharu Football Manager agar anda boleh membawa kami ke landasan kejayaan sekali lagi. Siapa tahu, mungkin anda ialah Pep Guardiola yang seterusnya!

Sila pastikan anda sampaikan kepada kami bagaimana perkembangan anda!

#Cityzens

Manchester City Football Club"


Terima kasih Manchester City! City till I die! 

Khamis, 2 Mac 2017

Apa Kata Pundit? - Manchester City vs Huddersfield Town

Lemahnya Kualiti Analisis, Satu Ketidakadilan Buat Penjaga Gol

Bravo Dan Rekod Bolos Cubaan Pertama

Dalam 25 kemunculan Claudio Bravo bersama Manchester City, 13 daripadanya beliau memboloskan gol hasil percubaan pertama pihak lawan. Ini termasuklah gol pembukaan Harry Bunn untuk Huddersfield Town dalam perlawanan ulangan pusingan kelima Piala FA. Berikut adalah rekod percubaan pertama ke gawang Manchester City dalam setiap permainan Bravo. Warna kuning mewakili gol bolos.

Sumber: City Watch
Kelemahan individu ataupun prestasi kolektif unit barisan belakang Manchester City?

Rabu, 1 Mac 2017

Infovideo - Kisah Rekod Terburuk EPL Sunderland

Laporan & Temu Ramah - Manchester City vs AS Monaco

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.