Rabu, 30 September 2015

Prebiu UCL 2015/16: Borussia Monchengladbach vs Manchester City

Sampai bila Manchester City perlu bergelumang dalam kekalahan demi kekalahan? 3 daripada 4 perlawanan terakhir mereka dikecewakan lawan termasuklah dibelasah Tottenham Hotspur 4-1. City akan berkunjung ke Jerman untuk menentang Borussia Monchengladbach bersama misi membuktikan potensi sebenar mereka dan kembali ke landasan kemenangan.


Berita terbaik kepada para peminat adalah kembalinya David Silva ke dalam pilihan skuad. Ketiadaan beliau jelas mengganggu prestasi City kebelakangan ini. Satu aspek yang perlu ditekankan oleh City ialah disiplin di bahagian pertahanan yang mulai bocor selepas 5 gawang bersih di awal musim. 9 gol diboloskan dalam 4 perlawanan terakhir mereka.


Ramalan Blog Bulan Biru: Monchengladbach 1 - City 2.

Fakta menarik pra-perlawanan:
1. Kali terakhir dua pasukan ini bertemu adalah pada tahun 1979 di suku akhir Piala UEFA (kini Liga Europa). Perlawanan itu dimenangi oleh Monchengladbach yang seterusnya menjuarai pertandingan tersebut.
2. 4 kali pasukan dari England berkunjung ke stadium Monchengladbach tetapi Monchengladbach kental memenangi kesemua 4 perlawanan.
3. Monchengladbach tidak pernah gagal menjaringkan gol dalam 15 pertembungan di peringkat benua. Kali terakhir mereka gagal menjaringkan gol adalah pada tahun 1987.
4. City telah diundi bersama pasukan Jerman dalam setiap 5 kempen UCL mereka.
5. City hanya pernah menang satu daripada 4 perlawanan di bumi Jerman.
6. City tewas 7 daripada 11 perlawanan UCL terakhir mereka.

Superbia in proelio - Blog Bulan Biru

Sumber: BBC

Ahad, 27 September 2015

BPL 2015/16: Tottenham Hotspur (4) - Manchester City (1)

Setelah sekian lama menjadikan White Hart Lane sebagai lubuk, hari ini City jatuh tersungkur di bumi London. Walaupun menyarung jersi Blue Moon untuk perlawanan ini tetapi hari ini bulan biru gerhana gamaknya sehingga para pemain City kehilangan arah tuju di separuh masa kedua. City terlebih dahulu di hadapan melalui De Bruyne sebelum Spurs bangkit membelasah dengan 4 gol untuk menang bergaya 4-1.


City turun dengan strategi yang agak berbeza dengan sebelumnya. Toure bermain lebih ke atas mengisi ruang di belakang Aguero. Tiada Navas di sayap kanan sebaliknya De Bruyne bermain di bahagian sayap bersama Sterling. Fernando dan Fernandinho bergandingan mengawal di bahagian tengah. Mungkin kerana padang White Hart Lane yang sempit membuat Pellegrini memilih pendekatan menyerang melalui tengah.

Sabtu, 26 September 2015

Prebiu BPL 2015/16: Tottenham Hotspurs vs Manchester City

Kebelakangan ini Manchester City mengumpul banyak kenangan indah di White Hart Lane. Manakan tidak mereka memenangi kesemua 5 lawatan terakhir ke sana.

COC 2015/16: Sunderland (1) - Manchester City (4)

Tidak rela dengan 2 kekalahan berturutan, City mengamuk sakan di Stadium of Light membelasah tuan rumah 1-4 untuk kembali ke landasan kemenangan. Kerakusan City begitu terserlah apabila keempat-empat gol City itu dijaringkan di separuh masa pertama.

Selasa, 22 September 2015

Prebiu COC 2015/16: Sunderland vs Manchester City

Manchester City mengharapkan tuah kali ketiga. Selepas 5 kemenangan di awal musim, City terpaksa menanggung 2 kekalahan di tangan Juventus dan West Ham. Kedua-duanya di rumah sendiri, Stadium Etihad. Hari ini City akan melancong ke Stadium Cahaya untuk berdepan Sunderland.


Musim lepas City mengakhirkan rekod buruk di stadium itu dengan menewaskan Sunderland 1-4. Harapnya mereka boleh mengulanginya lagi hari ini memandangkan Sunderland kini sedang menghadapi krisis prestasi. Sunderland masih belum memenangi sebarang perlawanan di BPL. Satu-satunya kemenangan mereka musim ini ialah menentang kelab Divisyen 2, Exeter City di pusingan kedua Piala Liga.

BPL 2015/16: Manchester City (1) - West Ham (2)

Sudahlah ditampar wanita tua, kepala City ditukul pula. Begitulah nasib malang pasukan Manchester City yang terpaksa menanggung kekalahan di Stadium buat kali kedua berturut-turut. Sebarang harapan untuk bangkit daripada kekalahan kepada Juventus berkecai di wisel penamat dengan jaringan kekalahan yang sama.


Sabtu, 19 September 2015

Prebiu BPL 2015/16: Manchester City vs West Ham

Manchester City kembali beraksi di dalam BPL selepas menerima tamparan di dalam UCL. Adakah City masih terkesima ataupun mereka akan bangkit segera mengelak pukulan tukul pihak lawan yang datang berkunjung?

Jumaat, 18 September 2015

City Memburu Rekod


Pasukan Manchester City kini gah di persada liga BPL. 5 kemenangan daripada 5 perlawanan pertama musim adalah satu pencapaian hebat lebih-lebih lagi ia dilakukan tanpa memboloskan gol. Malahan City turut melakarkan rekod baru kelab dengan kemenangan 11 perlawanan BPL berturut-turut. Adakah City kini pasukan terhebat di dalam sejarah BPL? Malangnya buat pengetahuan peminat City jawapannya adalah tidak.

1. Rekod Kemenangan Dari Awal Musim

Ada Apa Dengan Kit 2015/16?

Fakta menarik berkenaan kit pasukan Manchester City musim 2015/16:

1. Tema utama kit laman sendiri City ialah sejarah gaya kasual, fesyen dan musik yang sinonim dengan Manchester. Ini dizahirkan melalui kolar putih yang klasik bersama butang yang tersembunyi kemas.


Khamis, 17 September 2015

Kit Lengkap Citizens 2015/16

Kit ketiga Manchester City sudah didedahkan dan boleh dipra-tempah di MCFC Official Online Shop. Maka dengan itu lengkaplah sudah kit rasmi Manchester City bagi musim ini. Yang mana satukah wajib menjadi koleksi?


Superbia in proelio - Blog Bulan Biru

UCL 2015/16: Manchester City (1) - Juventus (2)

Ternyata pasukan City masih lagi budak hingusan di pentas benua. Sebaliknya pengalaman yang dimiliki finalis Liga Juara-Juara Eropah musim lalu berjaya mematahkan hati tuan rumah dengan mengejar dari belakang. Selepas ketinggalan dengan gol sendiri Chiellini, Juventus bangkit melalui gol Mandzukic dan Morata.

Selasa, 15 September 2015

Prebiu UCL 2015/16: Manchester City vs Juventus

Kempen Liga Juara-Juara Eropah musim baru bermula hari ini. Manchester City menanti kunjungan Si Wanita Tua dari Itali, Juventus. Tiada pertemuan semula dengan Carlos Tevez yang sudah berpindah ke Boca Juniors tetapi City bakal berhadapan 2 pemain yang pernah hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City, Paul Pogba dan Paulo Dybala. Kali terakhir dua pasukan ini bertemu adalah pada tahun 2010 di dalam Liga Europa. Kedua-dua pertemuan dalam pertandingan itu berkesudahan 1-1.

Isnin, 14 September 2015

Kenali City - 5 Perkara Tentang Kelechi Iheanacho


Berikut adalah 5 fakta menarik berkenaan wira remaja City, Kelechi Iheanacho:

1. Kelechi Iheanacho menempa nama di Piala Dunia Remaja FIFA U17 2013 apabila menjaringkan 6 gol untuk membantu Nigeria menjadi juara dan muncul sebagai pemenang Bola Emas pertandingan tersebut.

Ahad, 13 September 2015

BPL 2015/16: Crystal Palace (0) - Manchester City (1)

Manchester City terpaksa berhempas pulas di Selhurst Park sebelum akhirnya berjaya memecah dinding 'istana kristal' dan merampas 3 mata. Di saat Palace sudah bersedia untuk berkongsi mata bersama City, Iheanacho sang wira muda City tampil meranapkan harapan para peminat Palace dengan jaringan di saat akhir perlawanan.

Sabtu, 12 September 2015

Prebiu BPL 2015/16: Crystal Palace vs Manchester City

Pertembungan 2 'helang' bakal berlangsung hari ini. Selepas rehat antarabangsa, helang Manchester akan terbang ke London bertemu helang di 'istana kristal' mereka. Pertemuan di antara 2 pasukan ini tidaklah begitu signifikan dari sudut sejarah tetapi hari ini ia adalah pertemuan di antara 2 pasukan teratas BPL. Crystal Palace kini memungut 9 mata, hanya 3 mata yang membezakan mereka dengan pendahulu liga; Manchester City.

Rabu, 2 September 2015

BPL 2015/16: Manchester City (2) - Watford (0)

10 kemenangan berturut-turut, satu rekod baru tercipta di Etihad. Rekod 100% musim ini diteruskan dan gawang City masih kebal daripada dibolosi.


Perlawanan ini nampak mudah di atas kertas tetapi Pellegrini terpaksa membuat perubahan taktikal untuk memecahkan kekentalan pasukan Watford. Di separuh masa pertama keseluruhan pasukan Watford berkampung di bahagian sendiri menyempitkan sebarang ruang untuk City membuat gerakan. Daripada 8 percubaan City ke gawang Watford hanya 2 menepati sasaran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.