Selasa, 30 September 2014

Laporan Kaki Bangku: Prebiu Manchester City vs AS Roma

Manchester City hari ini memburu 3 mata pertama Liga Juara-Juara Eropah edisi 2014/15 untuk mencerahkan peluang mara ke pusingan seterusnya. Bakal lawan mereka ialah AS Roma dari Itali.

Senarai Mangsa Tendangan Padu Maut Kolarov

Tendangan padu maut!!
Kolarov memang terkenal dengan rembatan bak peluru kaki kirinya sehingga mendapat gelaran "Roberto Carlos Serbia". Dek kerana rembatan bak peluru itu juga beberapa orang sudah menjadi mangsa ledakan kaki Kolarov. Berikut adalah mangsa-mangsa beliau:

Isnin, 29 September 2014

Kolarov Kembali Menghantui Roma

Manchester City bakal bertemu AS Roma di dalam perlawanan Liga Juara-Juara. Ini merupakan pertembungan mereka buat julung kali kerana mereka tidak pernah bertemu sebelum ini. Namun ada seorang pemain City yang mempunyai sejarah menentang pasukan dari Rom ini. Pemain itu adalah pemain bek sayap kiri Aleksandar Kolarov yang pernah menjadi pemain SS Lazio sebelum berpindah ke Manchester.

Semasa menyarung jersi biru langit Lazio

Wajib Download - QuizUp (8 Gambar)

QuizUp adalah sebuah permainan mobil untuk platform Android dan iOS. Ia dibina oleh syarikat Plain Vanilla Games. QuizUp meletak pemain bersaing dengan seorang lawan untuk menjawab 7 siri soalan yang setiap satunya perlu dijawab dalam tempoh 10 saat. Soalan-soalan adalah berbentuk trivia dan meliputi pelbagai topik seperti filem, seni, sejarah, sukan dan lain-lain.

Ahad, 28 September 2014

Laporan Kaki Bangku: BPL 2014/15 Hull City (2) - Manchester City (4)

Pepatah moden ada mengatakan, "Masuk kandang kambing kita mengembek, masuk kandang harimau kita skor 4 biji". Semalam City berjaya menjinakkan harimau Hull City di laman mereka sendiri dengan jaringan 2 gol berbalas 4. Jangan terpedaya dengan 4 gol yang dijaringkan City kerana bukan mudah menjinakkan Sang Harimau ini. Bermula cemerlang mendahului 0-2, City tersentak apabila Hull mengejar kembali kedudukan sebelum City memperkemaskan langkah mereka untuk menamatkan perlawanan dengan keputusan 2-4.

Sabtu, 27 September 2014

Laporan Kaki Bangku: Prebiu Hull City vs Manchester City

Pasukan City bergerak dari bandar Manchester ke bandar Hull dengan momentum 7-0. Berapakah momentum akhir apabila pasukan City tiba di sana? Macam soalan Fizik SPM bocor pula.

Silva memulakan kebangkitan 10-pemain City

Jumaat, 26 September 2014

Laporan Kaki Bangku: COC 2014/15 Manchester City (7) - Sheffield Wednesday (0)

City berpesta gol di Etihad. Bukan 3, bukan 4 tapi 7 gol dijaringkan tanpa berbalas. Kenapalah bila tak ada live coverage masa tu lah banyak gol? 


Ternyata Pellegrini serius mempertahankan gelaran juara Piala Liga dengan menurunkan skuad yang kuat. Beberapa nama pemain EDS turut tersenarai sebagai pemain gantian.

Rabu, 24 September 2014

Laporan Kaki Bangku: Prebiu Manchester City vs Sheffield Wednesday

Manchester City akan memulakan misi mempertahankan kejuaraan Piala Liga Capital One di Etihad Stadium meyambut kehadiran kelab dari liga Kejuaraan Sheffield Wednesday. Manchester City dijangka akan merehatkan ramai pemain utama dan menurunkan beberapa pemain muda sebagai pendedahan. Walau bagaimanapun City tidak akan memandang ringan perlawanan ini kerana City sudah mengumpul 4 perlawanan tanpa kemenangan lagi pula turun selaku juara bertahan.

Selasa, 23 September 2014

Manchester City 5 - Manchester United 1 (23 September 1989)

Di suatu masa dahulu pada tarikh keramat hari ini 23 September, City bertemu United untuk perlawanan derbi Manchester yang ke-111 di Maine Road. Ianya dikenali di kalangan para peminat sebagai peristiwa "Penyembelihan di Maine Road".

Yaya Yang Kelakar

Kasar jugak gurau si Yaya ni. Kesian Hazard.

Statistik 2014/15 - Mangala (Manchester City vs Chelsea)

Rata-rata para peminat City cukup kagum dengan kemunculan pertama Mangala dalam perlawanan tempohari. Kehadiran fizikal dan ketangkasan beliau berjaya mengekang barisan serangan Chelsea. Mari kita lihat statistik permainan beliau semasa menentang Chelsea.

Isnin, 22 September 2014

Laporan Kaki Bangku: BPL 2014/15 Manchester City (1) - Chelsea (1)

Perlawanan penuh debaran di antara dua kuasa Biru ini berlangsung dengan skrip yang tidak terjangka. Keputusan mutakhir 1-1 langsung tidak mencerminkan permainan bertempo pantas, aksi serang menyerang dan pertunjukan pertahanan bertaraf 5 bintang dari kedua pasukan. Biarpun sekadar berkongsi mata para penyokong City boleh pulang dengan rasa puas hati menyaksikan semangat juang tidak mengenal erti kalah yang dipamerkan oleh anak buah Pellegrini.

Laporan Kaki Bangku: Manchester City vs Chelsea (Statistik HT)


Ahad, 21 September 2014

Statistik 2014/15 - Aguero vs Costa

Perlawanan di antara Manchester City dan Chelsea bakal melagakan 2 bekas penyerang Atletico Madrid; Sergio 'Kun' Aguero dan Diego Costa. Siapakah yang bakal menyerlah? Lihat statistik mereka setakat ini.

Laporan Kaki Bangku: Prebiu Manchester City vs Chelsea

Hari ini adalah hari penentuan biru manakah yang lebih sejati; biru langit Manchester City atau biru nila Chelsea? Manchester City akan menerima kunjungan pencabar kejuaraan Chelsea sebagai penutup rangkaian 3 perlawanan maut dalam tempoh 8 hari yang ditempuh City (Arsenal-Bayern-Chelsea). 2 daripada perlawanan tersebut City kurang bernasib baik gagal mendapat sebarang kemenangan. Bagaimanakah nasib The Citizens pada hari ini? Ayuh kita sama-sama memberi sokongan padu.

Siapakah biru sejati?

Sabtu, 20 September 2014

Kenali City - Asal-Usul Nama Timangan Marcos Lopes

Tahukah anda nama timangan Marcos Lopes adalah 'Rony'? Tetapi jika dikaji nama penuh beliau iaitu Marcos Paulo Mesquita Lopes langsung tidak boleh diderivekan nama timangan seperti Rony. So macam mana boleh datang nama Rony?

Marcos Paulo Mesquita Lopes = Rony?

Jumaat, 19 September 2014

Marcos Lopes - Hazard Baru Lille

Marcos Lopes adalah pemain muda City yang dilihat berpotensi menjadi pemain bertaraf bintang di masa hadapan seperti Shaun Wright-Phillips. Beliau kini dipinjamkan kepada Lille sehingga ke penghujung musim.

Rising star Manchester City

Pengumuman: Kongsikan Saat-Saat City Anda

Ayuh kita memeriahkan program terkini di laman web rasmi MCFC - How It Feels To Be City. Kongsikan saat-saat City anda bersama para peminat City di seluruh dunia dengan menghantar gambar atau video ke laman web rasmi Manchester City.

Bagaimana perasaan menjadi City

Peminat Bengang Dengan Toure

Tatkala pemain lain pulang ke bilik persalinan dengan sugul Yaya Toure dilihat beramah mesra dengan pengurus Bayern; Pep Guardiola.

Khamis, 18 September 2014

Jerome Boateng Si Penghancur Hati City

Jaringan saat akhir beliau menghancurkan hati para peminat City. Semestinya ramai yang tahu pada fakta bahawa Boateng pernah menjadi pemain City suatu ketika dulu. Boateng menyertai City dari pasukan Hamburg pada musim 2010/11 dengan harga £11 juta pound mengikut jejak langkah 2 pemain Hamburg sebelum itu; Vincent Kompany dan Nigel de Jong.

Semasa berkhidmat bersama City

Laporan Kaki Bangku: UCL 2014/15 Bayern Munich (1) - Manchester City (0)

Kecewa. Hati luka. Harapan berderai. Itulah kata-kata sinonim yang boleh menggambarkan perasaan seorang penyokong Man City sebaik sahaja wisel penamat ditiup. Berdasarkan persembahan dan daya juang yang ditunjukkan anak buah Pellegrini selayaknya mereka pulang bersama satu mata. Tapi apakan daya mata berharga itu dirampas pada minit-minit akhir. Lebih memedihkan jaringan gol dilakukan oleh seorang bekas pemain City yang boleh dikategorikan sebagai City Reject.

Kekecewaan

Laporan Kaki Bangku: Bayern Munich vs Manchester City (Statistik Masa Penuh)


Laporan Kaki Bangku: Bayern Munich vs Manchester City (Statistik HT)


Rabu, 17 September 2014

Laporan Kaki Bangku: Prebiu Bayern Munich vs Manchester City

Musim lepas David Silva, Aleksandar Kolarov dan James Milner melengkapkan comeback pasukan City setelah ketinggalan 2-0 untuk meraih kemenangan 2-3 di bumi lawan. Dengan masalah kecederaan yang sedang dihadapi Bayern Munich, City mempunyai peluang yang cerah untuk sekurang-kurangnya pulang membawa satu mata.

Rekod Pertemuan Bayern Munich vs Manchester City

Liga Juara-Juara sudah kembali dan terasa sungguh deja vu musim ini apabila sekali lagi diundi ke dalam kumpulan yang sama dengan Bayern Munich dan CSKA Moskow. Perlawanan pembukaan Champions' League Manchester City musim ini dimulakan dengan bertandang ke Munich menentang Bayern.


Selasa, 16 September 2014

Kit Lengkap Citizens 2014/15 (4 Gambar)

Kit ketiga Manchester City sudah didedahkan dan boleh dipra-tempah di MCFC Official Online Shop. Maka dengan itu lengkaplah sudah kit rasmi Manchester City bagi musim ini. Yang mana satukah wajib menjadi koleksi?

Isnin, 15 September 2014

Laporan Kaki Bangku: BPL 2014/15 Arsenal (2) - Manchester City (2)

Manchester City bertandang ke Emirates Stadium dan pulang dengan satu mata. Adakah ini keputusan yang adil? Mungkin ya mungkin tidak. Ayuh kita analisis. Mula-mula sekali terkejut beruk membaca senarai kesebelasan utama City sebelum sepak mula. Jauh benar dari senarai dalam pos prebiu. Kalau fan City pun terkejut beruk apatah lagi Arsene Wenger, mahu terkejut King Kong dibuatnya.


Sabtu, 13 September 2014

Laporan Kaki Bangku: Prebiu Arsenal vs Manchester City


8 hari. 3 pasukan ternama dunia. 3 dugaan besar yang betul-betul menguji kemampuan skuad Manchester City dan kehebatan taktikal Manuel Pellegrini. Ini merupakan perlawanan pertama daripada 3 perlawanan tersebut; menentang pasukan Arsenal di Emirates Stadium.

Jumaat, 12 September 2014

Laporan Kaki Bangku: Bisnes Perpindahan MCFC - Keluar

Mohon maaf minggu ni banyak pula kerja di plant tambahan pula handphone pun tiba-tiba sudden death. Ayuh kita sambung dari pos lepas tentang rumusan perpindahan pemain City dengan fokus kepada transaksi penjualan:


Jumaat, 5 September 2014

PENGUMUMAN BLOG

Pengumuman buat pembaca sekalian bahawa Blog Bulan Biru ini akan didedikasikan sepenuhnya kepada ceritera perihal bolasepak secara am dan pasukan Manchester City secara khusus. Cerita-cerita berkenaan elektrikal, permainan komputer dan Android sudah dipindahkan ke blog baharu: ElectroiD3


Sekian. Salam superbia in proelio.

Khamis, 4 September 2014

Mancini Skor Di MCFC Asia Tour 2012

Masa dengar Manchester City nak datang Malaysia dulu happy gila terus beli tiket online. Time tu bulan puasa tapi kita redah je pasal nak tengok player Man City depan mata. Puas hati dapat tengok training session and game lawan Malaysia. Sini dikongsikan video training session di mana Roberto Mancini menjaringkan gol diassist oleh David Platt:


Rabu, 3 September 2014

Laporan Kaki Bangku: Bisnes Perpindahan MCFC - Pemain Masuk

Sempena rehat antarabangsa ni bosan juga nak tunggu game tengok City main. Memandangkan jendela perpindahan musim panas sudah tertutup secara mutakhir elok juga kiranya kita rumus semula bisnes perpindahan yang dilakukan City. Post kali ini kita fokuskan pada perpindahan masuk. Bisnes jual dan pinjam kita cerita lain hari.

Fernando Francisco Reges (Fernando)
Dulu lawan kini kawan

Selasa, 2 September 2014

Laporan Kaki Bangku: Selamat Maju Jaya Richards

Tingkap perpindahan awal musim sudah tertutup dan banyak perpindahan saat akhir dijalankan. Manchester City turut tidak terkecuali dalam bisnes jam ke-11 ini cuma bisnes City semuanya perpindahan keluar. Berita perpindahan Micah Richards ke Fiorentina secara pinjaman memang menggamit jiwa. Masakan tidak Richards boleh dikategorikan sebagai wira kultus jika bukan lagenda Manchester City pada usia yang sangat muda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.