Sabtu, 20 September 2014

Kenali City - Asal-Usul Nama Timangan Marcos Lopes

Tahukah anda nama timangan Marcos Lopes adalah 'Rony'? Tetapi jika dikaji nama penuh beliau iaitu Marcos Paulo Mesquita Lopes langsung tidak boleh diderivekan nama timangan seperti Rony. So macam mana boleh datang nama Rony?

Marcos Paulo Mesquita Lopes = Rony?

Walaupun mewakili Portugal di peringkat antarabangsa Lopes dilahirkan di Belem, Brazil. Keluarganya berhijrah ke Portugal ketika dia berusia 4 tahun. Kelab terawal Lopes ialah AD Poiares dan di situ beliau mendapat nama timangan 'Rony'; daripada nama pemain lagenda Brazil Ronaldo. Beliau menceritakan kisah tersebut semasa temuramah terbitan bolasepak Portugal Record.

"Saya mula bermain bolasepak bersama pasukan tempatan (AD Poiares) dan sering berlatih dengan memakai baju t-shirt Ronaldo 'O Fenomeno'. Semua orang memanggil saya Ronaldo kerana mereka tidak tahu nama sebenar saya. Setelah beberapa ketika jurulatih memberitahu saya nama Ronaldo terlalu panjang dan mula memanggil saya Rony. Selepas itu ia terus menjadi nama timangan saya dan saya menyukainya."


Superbia in proelio.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.