Ahad, 30 November 2014

Laporan Kaki Bangku - Prebiu BPL 2014/15 Southampton vs Manchester City

Chelsea telah merugikan 2 mata semalam jadi memang ini adalah peluang di antara Southampton atau Manchester City untuk merapatkan jurang. Pertembungan pasukan di tangga kedua dan ketiga ini pasti menyaksikan perlawanan yang sengit dan menarik.


Ronald Koeman telah berjaya membawa permulaan terbaik Southampton dalam sejarah BPL mereka. Malahan hanya 6 pengurus lain yang mempunyai rekod permulaan yang lebih daripada Koeman dalam BPL.

Jumaat, 28 November 2014

Aguero vs 20 Penjaring Terhebat Manchester City (Billy Meredith)

Aguero kini hanya 8 gol kurang daripada mencapai 100 gol untuk Manchester City. Beliau menjaringkan 92 gol dalam 140 kemunculan menjadikan nisbah jaringan beliau adalah 0.66 gol-per-perlawanan.


Membongkar Misteri Kedudukan Kumpulan E (Satu Pendekatan Teratur)

Nampaknya masih ramai yang terkeliru dengan penerangan dari pos sebelum ini tentang penentuan kedudukan pasukan yang mengumpul mata sama dalam kejohanan Liga Juara-Juara Eropah. Maka di sini disediakan satu pendekatan teratur bagi merungkai segala simpulan kekeliruan.

Pertamanya, kita rujuk kembali isi kandungan regulasi UEFA:

If two or more teams are equal on points on completion of the group matches, the following criteria are applied to determine the rankings (in descending order):
a) higher number of points obtained in the group matches played among the TEAMS IN QUESTION.

Kata kuncinya di sini ialah "TEAMS IN QUESTION". Maka pasukan Bayern Munich tidak terlibat langsung dalam jalan kerja pengiraan.

Rabu, 26 November 2014

Khilafiah Kedudukan Manchester City Dalam Kumpulan E

Agak merunsingkan isu kedudukan 3 pasukan di dalam kumpulan E yang berkongsi 5 mata. Kini didapati terdapat 3 mazhab berkenaan kedudukan Manchester City:

1. City menduduki tempat kedua kerana perbezaan gol terbaik di kalangan 3 pasukan.

Laporan Kaki Bangku: UCL 2014/15 Manchester City (3) - Bayern Munich (2)

Kalau ada orang bertanya, "Typical City tu apa?". Maka tunjukkan saja perlawanan City menentang Bayern semalam. Itulah Typical City; suka menyusahkan diri sendiri dan kemudian bangkit kembali bila semua harapan seolah-olah sudah tiada. Menonton City bermain sama saja seperti menaiki permainan roller-coaster. Adrenalin merembes sepanjang perjalanan. Kalau anda lemah semangat, lemah jantung atau mengidap darah tinggi maka menyokong City adalah satu hazad. Tetapi kenikmatan yang tersembunyi pada Typical City ialah bila masa kita dapat menyaksikan sendiri City bangun dari kejatuhan seperti burung phoenix bangkit daripada abu. Kepuasan maksimum.




Selasa, 25 November 2014

Petikan Kata Ali Bernabia

Petikan kata-kata Ali Bernabia ini adalah antara yang terkenal di kalangan peminat.

*Benarbia menyertai City ketika di Divisyen 1, liga peringkat kedua dalam liga Inggeris
Kepada para penyokong City, "Stay classy".

Superbia in proelio - Blog Bulan Biru

Laporan Kaki Bangku: Prebiu UCL 2014/15 Manchester City vs Bayern Munich

Manchester City kini terperangkap di lorong mati Liga Juara-Juara Eropah. Kalaulah City menang 2 perlawanan patut-menang menentang CSKA Moscow sebelum ini pasti situasi seperti ini tidak terjadi. Untuk masuk kembali ke jalan menuju Berlin maka City wajib melepasi 2 halangan; Bayern dan Roma.

Laporan Kaki Bangku: BPL 2014/15 Manchester City (2) - Swansea (1)

Walaupun menangnya kecil tapi ertinya besar sekali buat Manchester City. Setelah ketinggalan kepada gol awal Swansea, City kemudian bangkit mempamerkan permainan penuh semangat dan berjaya menjaringkan 2 gol sekaligus mengenggam 3 mata berharga. Semangat seperti inilah yang mahu ditonton para peminat saban perlawanan.

Sabtu, 22 November 2014

Laporan Kaki Bangku: Prebiu BPL 2014/15 Manchester City vs Swansea

Selepas kemenangan besar menentang Spurs di Etihad, Manchester City seperti kehilangan stim dan rentak dalam permainan mereka. Hanya 1 kemenangan yang berjaya dikecap daripada 6 perlawanan, 10 gol diboloskan dan 2 perlawanan di Etihad berakhir dengan kekalahan. Satu statistik yang agak membimbangkan tetapi harap-harap rehat antarabangsa selama 2 minggu ini memberi ruang untuk menghela nafas baru dan mendapatkan kembali jejak juara mereka.

Khamis, 20 November 2014

Aguero Di Landasan Rekod

Hanya 6 pemain yang pernah berjaya memecah sempadan 30 gol semusim (38 perlawanan) dalam BPL iaitu Alan Shearer (31), Cristiano Ronaldo (31), Luis Suarez (31), Kevin Philips (30), Thierry Henry (30) dan Robin van Persie (30).


Tapi jika dilihat pada musim ini, berasaskan ilmu Matematik Moden yang ada dan menggunakan perkiraan nisbah gol Aguero serta sedikit interpolasi graf maka boleh dianggarkan yang Aguero mungkin boleh memecah rekod 31 gol dengan jaringan sebanyak 34 gol. Jom layan statistik dan infografik yang tersedia tentang Aguero dan penjaring terbanyak BPL yang lain. (Sumber: www.premierleague.com)

Isnin, 17 November 2014

Jurnal Peminat - Bergambar Dengan 2 Piala Manchester City

Senangnya dalam hati dapat bergambar bersama trofi Liga Perdana Inggeris dan Capital One Cup yang dimenangi Manchester City. Awalnya tiada rancangan pun hendak pergi ke acara tersebut kerana sibuk dengan urusan keluarga. Memang sudah rezeki agaknya bila isteri tiba-tiba mengajak untuk pergi ke Sunway Pyramid. Tiba di sana ternampaklah pentas acara The Manchester City FC Trophy Tour yang dianjur bersama syarikat Dashing. Jika ingin bergambar bersama 2 trofi tersebut peminat perlu membeli barangan Dashing dengan pembelian minima sebanyak RM20 (untuk 1 tiket pas). Maka keluarlah duit dari sang dompet demi mendapatkan 3 keping tiket.

Isnin, 10 November 2014

Laporan Kaki Bangku: BPL 2014/15 Queens Park Rangers (2) - Manchester City (2)

Terima kasih kepada Aguero, City dapat pulang dari Loftus Road membawa 1 mata. 2 kali QPR mendahului City namun 2 kali Aguero menggunakan skil individu beliau untuk menyamakan kedudukan. Ada yang lega dengan 1 mata yang diperoleh namun mungkin ramai penyokong City sedar yang ia adalah 2 mata yang keciciran. City sekali lagi secara keseluruhan kelihatan gugup dalam aksi mereka.


Sabtu, 8 November 2014

Laporan Kaki Bangku: Prebiu BPL 2014/15 Queens Park Rangers vs Manchester City

City akan beraksi di Loftus Park tanpa Kompany hari ini. Kapten City itu disahkan tercedera selepas perlawanan menentang CSKA tempohari. QPR dan City kini sedang menghadapi krisis masing-masing dan memerlukan kemenangan sebagai pengubat moral.

Jumaat, 7 November 2014

Laporan Kaki Bangku: UCL 2014/15 Manchester City (1) - CSKA Moscow (2)

Manchester City nampaknya gagal dalam misi hidup atau mati mereka tempohari. Kemenangan pertama dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah musim ini masih mengelak mereka. Harapan City mara ke pusingan seterusnya masih belum mati tapi sudah dalam keadaan nazak, nyawa-nyawa ikan, atau roh sudah sampai di kerongkong. Secara Matematik Modennya Manchester City masih boleh layak ke pusingan kedua dengan 8 mata. Tapi jika dirujuk pada Matematik Tambahan bab kebarangkalian agak sukar buat City.

Rabu, 5 November 2014

Laporan Kaki Bangku: Prebiu UCL 2014/15 Manchester City vs CSKA Moscow

Perlawanan menentang CSKA Moscow pagi Khamis boleh dikira sebagai wajib menang bagi City meneruskan kempen Liga Juara-Juara Eropah mereka. Dengan keyakinan yang diperoleh melalui keputusan derbi Ahad lalu City mempunyai peluang cerah untuk membuktikan kualiti mereka di pentas Eropah.

Selasa, 4 November 2014

Kenali City - Rekod Istimewa Derbi Manchester Andy dan Peter

Mungkin ramai bekas pemain Manchester United boleh bermegah mereka tidak pernah tewas dalam perlawanan derbi Manchester. Manakan tidak, City tidak menang sebarang perlawanan derbi di antara hari "The Maine Road Massacre" dan "The Last Maine Road Derby".

Isnin, 3 November 2014

Laporan Kaki Bangku: BPL 2014/15 Manchester City (1) - Manchester United (0)

Sesungguhnya Manchester itu biru dan masih biru. Derbi Manchester tidak pernah gagal menghasilkan atmosfera penuh drama dan kontroversi dalam perlawanan mereka. Kedua-dua pasukan mempertontonkan permainan berbalas serangan namun akhirnya hak berlagak di Manchester kekal di tangan City.



Ahad, 2 November 2014

Laporan Kaki Bangku: Prebiu BPL 2014/15 Manchester City vs Manchester United

Hari yang ditunggu-tunggu saban musim tiba lagi. Hak menganjing di kalangan 2 pihak Manchester menjadi taruhan. Abaikan Manchester City tidak menang dalam 3 perlawanan terakhir. Abaikan City kalah 2 perlawanan berturut-turut. Abaikan Chelsea sekarang 9 mata di atas liga. Semua itu tidak berharga tidak bernilai di hari derbi. Yang penting hanyalah siapakah raja di Manchester?


Kenangan Manis Gol Geovanni

Ini penulis nak share. Derbi 19 Ogos 2007 ni istimewa sikit pasal match ni adalah derbi pertama lepas kahwin (nikah awal Ogos 2007). Lagi pulak masa tu baru masuk rumah sewa baru (ada TV, katil dengan almari kain je perabot lain belum beli). Tambah lagi pulak Geovanni score punya la cantik. Terkinja-kinja penulis celebrate depan TV. Lama dah tak tengok City score long shot macam tu. Harap-harap boleh celebrate terkinja-kinja lagi.


Derbi Terakhir Maine Road

Kejadian "The Maine Road Massacre" merupakan kali terakhir City menewaskan United di zaman abad ke-20. City tidak menang dalam 16 pertemuan derbi selepas itu dan terpaksa menunggu 13 tahun sebelum City mencapai kemenangan 3-1 pada 9 November 2002. Lebih manis kepada para penyokong kerana seperti tiada pentas yang lebih sesuai, perlawanan itu adalah derbi Manchester yang terakhir di Maine Road. Malah penyerang lagenda City, Shaun Goater menjaringkan 2 gol dalam perlawanan itu untuk mencatatkan gol ke-100 beliau sebagai pemain The Sky Blues.

Sabtu, 1 November 2014

Penyembelihan Di Maine Road

Menjelang hari derbi Manchester, dikongsikan di sini derbi Manchester pada 23 September 1989. Perlawanan ini lebih dikenali di kalangan para peminat sebagai "The Maine Road Massacre" kerana Manchester City membelasah United pada hari itu dengan keputusan 5-1.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.