Isnin, 27 April 2015

Tepuk Tangan Untuk Toure Atau Fernandinho?

Gara-gara satu artikel yang diterbitkan DailyMail, para penyokong berbalah sesama sendiri di ruangan komen. Artikel itu menyatakan peminat City sudah jelik dengan prestasi Toure musim ini dan menyorak apabila pemain Ivory Coast itu ditukarkan pada separuh masa kedua. Namun dakwaan itu disangkal oleh majoriti penyokong City yang mengatakan sorakan itu ditujukan kepada Fernandinho yang masuk menggantikan Toure. Bagaimana pula dengan pandangan anda semua?

Jersi Manchester City Yang Teristimewa - Wembley '99


Hahaha akhirnya jersi yang ditunggu-tunggu sampai juga ke tapak tangan. Adakah anda kenal kepada jersi Manchester City ini? Jersi City ini walaupun coraknya tidaklah seindah mana tetapi ianya telah mengambil tempat yang teramat istimewa di dalam hati para peminat City.

Mancini Pujuk Toure Ke Inter?


Sportmediaset melaporkan yang Roberto Mancini sudah berjaya memujuk Yaya Toure untuk menyertai Inter Milan musim depan dengan kontrak 4 tahun. Inter akan membuat tawaran rasmi dijangka bernilai dalam lingkungan £5.7 juta.

Ahad, 26 April 2015

BPL 2014/15: Manchester City (3) - Aston Villa (2)


Perlawanan penuh dramatik aksi dua pasukan kejar-mengejar dan gol kemenangan saat akhir menyaksikan Aston Villa menjadi mangsa Manchester City yang bertindak kejam memberikan harapan palsu. Selepas ketinggalan 2-0, Villa menongkah arus untuk menyamakan kedudukan sebelum mereka dikecewakan oleh jaringan gol Fernandinho.

Mujurlah Villa yang menjadi mangsa kerana sebenarnya penyokong City yang hampir-hampir menjadi mangsa harapan palsu. City bermula garang di awal permainan. Pergerakan pemain dan bola pantas berjaya memberi tekanan kepada pertahanan Villa. Seawal minit ke-3 City mendapat gol hasil hadiah oleh penjaga gol Villa. Bola yang berada dalam kawalan Guzan diberikan kepada Vlaar. Walaupun tanpa tekanan, Vlaar menghantar kembali bola kepada Guzan. Mungkin kerana belum cukup bersedia menerima bola dan hilang fokus, Guzan membuat tendangan yang tidak kemas menyaksikan bola bergolek di hadapan pintu gol yang terbuka luas. Aguero yang menunggu berhampiran dengan mudahnya menolak bola masuk untuk jaringan BPL ke-21 beliau.


Sabtu, 25 April 2015

David Silva Kena Tomoi


Gerun bila melihat di kaca TV David Silva terbaring di atas padang dan kemudiannya diusung keluar oleh paramedik. Insiden itu adalah susulan David Silva yang tersiku oleh pihak lawan dalam pergelutan merebut bola. Seperti aksi tomoi David Silva disiku dan terus tidak sedarkan diri. Silva terus dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana dikhuatiri mendapat kecederaan serius di kepala. Mujurlah tiada kecederaan serius yang diperoleh Silva dan beliau sudah cukup cergas untuk turun berlatih dan mungkin boleh diturunkan untuk perlawanan menentang Villa.

Prebiu BPL 2014/15: Manchester City vs Aston Villa


*Memandangkan hanya vlog yang perlu dibuat dalam bahasa Inggeris maka blog ini diteruskan dalam bahasa Melayu.

Ternyata The Hammers tidak berjaya menukul paku kepada keranda karier Pellegrini. Kali ini, Pellegrini mesti meneruskan misi menjadi naib juara BPL dengan menyambut kehadiran Villa.

City harus meneruskan permainan pantas seperti yang dipamerkan di West Ham. Memandangkan Nasri dan Milner tersenarai dalam pemain City yang tercedera maka Navas akan kekal bermula di posisi sayap kanan. Navas yang terlibat dalam kedua-dua gol menentang West Ham harapnya boleh meneruskan prestasi beliau hari ini. Dalam pada itu sepatutnya sudah sampai masa City mengubah taktik untuk mengoptimakan keupayaan hantaran lintang Navas. Navas sering menjadi bahan kritikan para peminat berkenaan hantaran lintang yang tidak banyak membuahkan hasil. Tetapi berdasarkan pengamatan, rakan sepasukan lain juga seringkali gagal membaca hantaran Navas dan gagal mencari posisi untuk Navas melakukan hantaran.

Ahad, 12 April 2015

Prebiu BPL 2014/15: Derbi Manchester Edisi Ke-169


Buat pertama kali musim ini, City berada di bawah United dalam kedudukan liga. Seperti pentas sesuai dengan perubahan tersebut, derbi Manchester menjadi pentas pertarungan. Hak 'menganjing' menjadi taruhan para penyokong. Adakah City akan kembali memotong United di tangga ketiga? Atau United akan menabur garam ke hati penyokong City yang sudah tersedia terluka.


Hak penganjingan menjadi rebutan
Penyokong mahu menyaksikan City yang tidak kenal erti gentar dan kalah. Entah mengapa City yang kebelakangan ini kelihatan lesu dan buntu. Tapi derbi Manchester lain auranya. Jarang sekali derbi Manchester mengecewakan para peminat. Yang pasti kita mahukan City yang menyerang pasukan lawan habis-habisan. Kerana itu penulis merasakan City mesti memenangi pertarungan di bahagian tengah dan hanya menurunkan seorang sahaja penyerang. Masakan tidak, prestasi City ketika mengalami krisis penyerang lebih baik daripada apabila semua penyerang sihat walafiat.

Seleksi Blog Bulan Biru
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru

Selasa, 7 April 2015

Laporan Kaki Bangku: BPL 2014/15 Crystal Palace (2) - Manchester City (1)


Barisan pemain City sudah diumumkan. Dzeko yang menjaringkan hatrik bersama Bosnia dipilih menemankan Aguero di hadapan. Namun tiada kelibat penyerang di bangku simpanan:

Barisan utama; Hart, Sagna, Kompany (C), Demichelis, Clichy, Navas, Fernandinho, Toure, Silva, Dzeko, Aguero.

Barisan simpanan; Caballero, Zabaleta, Mangala, Milner, Fernando, Nasri, Lampard.


Berita pasukan: Bony cedera buku lali sewaktu sesi latihan sementara Zabaleta diberi peluang meluangkan masa bersama keluarga selepas menyambut kelahiran anak beliau.

2' - Peluang pertama jatuh kepada Wilfried Zaha dari umpanan Kely tetapi tersasar. Lega Joe Hart.

5' - Kompany melepaskan Aguero selepas merampas bola di bahagian bawah namun pemain Palace segera menutup pergerakan beliau.

12' - Tendangan jauh Joe Hart dikejar Aguero menewaskan Speroni yang keluar meninggalkan gawang. Dengan ruang terbuka luas Aguero melorong bola kepada Silva tetapi rembatan Silva terkena Speroni yang tergelincir dan keluar.

15' - Permainan rancak dimainkan kedua-dua pasukan. Masing-masing mendapat satu peluang gol. Zaha di minit ke-2 untuk Palace dan Silva di minit ke-12 untuk City. Belum ada pasukan yang mendominasi permainan.

Isnin, 6 April 2015

Laporan Kaki Bangku: Prebiu BPL 2014/15 Crystal Palace vs Manchester City


Helang dari Manchester terbang jauh dalam misi bertempur dengan helang di Istana Kristal. Kekalahan bererti City akan menduduki tempat ke-4. Tahun 2015 tidak begitu baik buat City. Daripada berkongsi takhta bersama Chelsea, City kini bertarung merebut tempat 4 tangga teratas. City perlu bermain tanpa rasa tertekan seperti ketika bertemu WBA (walaupun WBA bermain 10 orang merupakan faktor besar). Pellegrini boleh memilih dari senarai pemain yang penuh namun berdepan keputusan sukar untuk memilih teman menyerang Aguero di bahagian hadapan. Adakah Bony yang sudah membuka akaun gol City beliau? Ataupun Dzeko yang mengganas di pentas antarabangsa menjaringkan hatrik bersama Bosnia? Tunggu dan saksikan pertemuan 2 helang ini.

Seleksi Blog Bulan Biru
Fakta menarik pra-perlawanan:
1. City menang dalam 7 pertemuan terakhir menentang Palace.
2. Palace gagal menembusi gawang City dalam 4 perlawanan terakhir di antara mereka.

Superbia in proelio - Blog Bulan Biru

Kebakaran Di Kampus Etihad? (6 Gambar)

Gempar apabila kepulan asap hitam dilihat dari kawasan Kampus Etihad, penempatan fasiliti akademi bolasepak Manchester City yang baru sahaja dirasmikan tahun lepas. Namun kebakaran tidak berpunca dari mana-mana bangunan kampus. Sebaliknya asap datang daripada kebakaran di loji kimia berhampiran. (Sumber: Twitter)



Ahad, 5 April 2015

Pengumuman: Harga Runtuh Jersi Manchester City

Sememangnya penantian itu satu penyeksaan. Tapi kadang-kadang menanti dengan sabar itu berbaloi juga. Kepada mereka-mereka yang mengumpulkan jersi City sebagai hobi inilah masa yang sesuai membuat pesanan. Manchester City kini sedang memberikan potongan sebanyak 40% ke atas pembelian jersi mereka. Banyak tu 40%. Mana dapat 40% kalau beli dekat kedai sukan. Tak kena GST lagi. Hah tunggu apa lagi? Segera ke shop.mcfc.co.uk dan isikan pesanan!!


Superbia in proelio - Blog Bulan Biru

PENGUMUMAN BLOG: Kembali Daripada Hiatus

Tahu tak hiatus tu apa? Hiatus tu ikutkan kamus; a break or interruption in the continuity of a work, series, action, etc. Dekat-dekat 3 minggu blog ini telah tergendala daripada mengepos perihal Manchester City. Bukannya sengaja. Walaupun penulis sebenarnya sesak dengan kerja shutdown loji tapi punca utama blog ni tergendala ialah sebab 3 minggu talian TM terputus. 2 hari lepas barulah talian TM tersambung semula.

Superbia in proelio
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.