Rabu, 31 Disember 2014

PENGUMUMAN BLOG: Lagi Saluran Bantuan Banjir

Bukan sahaja wang dan harta benda malah kudrat dan tenaga pun boleh diderma.






#PrayForPantaiTimur #DoaUntukPantaiTimur

Ahad, 28 Disember 2014

Laporan Kaki Bangku: Prebiu BPL 2014/15 Manchester City vs Burnley


City bakal mencipta rekod kelab yang baru jika mereka menang dalam perlawanan menentang Burnley. Andainya mereka berjaya ia bermakna City telah menang 10 perlawanan berturut-turut. Jangkakan beberapa rotasi pemain atas sebab tempoh rehat yang pendek. Ramalan Blog Bulan Biru: City 4 - Burnley 0.

Seleksi Blog Bulan Biru

Koleksi Bermain Dalam Salji WBA vs Manchester City (18 Gambar)

Let it goal, let it goal
Can't hold it back anymore
Let it goal, let it goal
We're Away yet we slammed the door

We don't care
If we have no strikers to play
Let the storm rage on
The cold never bothered us anyway
(*diubahsuai daripada lagu tema Frozen - Let It Go)

Cuaca salji ketika perlawanan berlangsung berjaya menghasilkan panorama yang indah sekali. Mari saksikan koleksi foto City bermain dalam salji.



PENGUMUMAN BLOG: Sumbangan Bantuan Banjir Di Mesra Mall

Buat sahabat-sahabat di kawasan Kemaman atau Kerteh yang ingin menyumbangkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir anda boleh melakukan sumbangan di Mesra Mall, Kemaman dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Fokuskan sumbangan kepada makanan sedia-makan, barangan bayi (lampin dan susu), air bersih, baju dan selimut.


#PrayForPantaiTimur #Pray4PantaiTimur #DoaUntukPantaiTimur #PrayForMalaysia

PENGUMUMAN BLOG: Tabung Bencana Banjir Malaysia

Ini adalah satu pengumuman tanggungjawab sosial. Bersempena bencana banjir yang melanda Semenanjung Malaysia marilah kita sama-sama menghulurkan bantuan untuk meringankan beban mereka yang terkesan.







#PrayForPantaiTimur #Pray4PantaiTimur #DoaUntukPantaiTimur #PrayForMalaysia

Sabtu, 27 Disember 2014

Laporan Kaki Bangku: BPL 2014/15 West Bromwich Albion (1) - Manchester City (3)

*Rumah penulis dah kena banjir tapi perlawanan City tetap tak tinggal. Sempat juga mengikuti perlawanan melalui Twitter dan siaran TV sekali-sekala (TV kongsi lah katakan).


Di hari Boxing Day, City berjaya menang dengan selesa di laman WBA dan mengaut kemenangan ke-9 berturut-turut menyamai rekod tertinggi kelab sebelum ini. Gol-gol City dijaringkan Fernando, Toure dan Silva manakala gol saguhati WBA dijaringkan Ideye.

Jumaat, 26 Disember 2014

Berita Gembira Berganda Aguero & Lampard

Hadiah berganda buat peminat City apabila dikhabarkan Aguero mungkin kembali cergas lebih awal dari yang dijangka. Beliau boleh diturunkan seawal perlawanan menentang Everton. Manakala The Mirror turut melaporkan Frank Lampard sudah bersetuju untuk melanjutkan tempoh peminjaman beliau di Manchester City. Berita yang sangat penting kerana City bakal kehilangan Yaya Toure selepas perlawanan Piala FA menentang Sheffield Wednesday atas sebab komitmen kepada Ivory Coast untuk kejohanan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).


Superbia in proelio - Blog Bulan Biru

Laporan Kaki Bangku: Prebiu BPL 2014/15 West Bromwich Albion vs Manchester City

*Oleh kerana penulis turut menjadi mangsa banjir tahun ini maka laporan prebiu yang ringkas sahaja disediakan.


City akan menurunkan formasi tanpa penyerang sekali lagi dalam pertemuan dengan WBA. Yang menjadi isu kini ialah mengenai rotasi pemain kerana dalam tempoh 48 jam City akan bertemu dengan Burnley pula. Ramalan Blog Bulan Biru: WBA 0 - City 2.

Seleksi Blog Bulan Biru
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru

Rabu, 24 Disember 2014

Pemain City Dalam 100 Teratas Dunia

Christiano Ronaldo sudah merampas takhta daripada Lionel Messi dalam senarai 100 pemain bolasepak teratas dunia 2014 yang disusun setiap tahun oleh The Guardian hasil undian juri-juri profesional dari seantero dunia. Bayern Munich menguasai senarai 2014 dengan 12 pemain mereka tersenarai. Bagaimana pula dengan Manchester City? Bagi tahun ini 6 orang pemain City tersenarai dalam 100 terbaik dunia didahului Sergio Aguero di tempat ke-10 diikuti Yaya Toure (18), David Silva (35), Vincent Kompany (37), Pablo Zabaleta (59) dan Edin Dzeko (66). Semua pemain berjaya memperbaiki atau mengekalkan kedudukan masing-masing berbanding tahun lepas kecuali David Silva yang jatuh 3 anak tangga.



Superbia in proelio - Blog Bulan Biru

Sumber: The Guardian

Khabar Angin Bisnes Perpindahan: Daniel De Silva

Apa perasaan anda kalau ada 2 orang Silva di atas padang? Boleh meremang bulu roma kerana itulah kemungkinan yang boleh berlaku bila ESPN melaporkan Manchester City dan Arsenal sedang meneliti pemain yang diwar-warkan sebagai bintang muda terbaik Australia iaitu Daniel De Silva. Namun begitu khabar angin ini mungkin sekadar angin lalu kerana De Silva sudah bersetuju menyertai AS Roma musim panas depan.


Khabar Angin Bisnes Perpindahan: Mario Mandzukic

Mario Mandzukic menjadi pemain terkini yang dikaitkan dengan City berikutan krisis penyerang yang sedang mereka hadapi. Ditambah pula dengan pemergian Negredo ke Valencia yang pergi tanpa pengganti. Dari pandangan peribadi, City memang kini memerlukan seorang lagi penyerang selain Dzeko yang mempunyai ciri-ciri fizikal, kuat di udara dan mampu bermain sebagai target man.


Khabar Angin Bisnes Perpindahan: Scott Sinclair

Digembar-gemburkan pengurus QPR Harry Redknapp sedang menimbang-nimbang untuk membuat tawaran membeli pemain sayap City Scott Sinclair. Sinclair yang jarang diturunkan mungkin melihat ini sebagai jalan keluar tapi City mungkin agak keberatan untuk melepaskan Sinclair demi mengekalkan kuota pemain homegrown.




Superbia in proelio - Blog Bulan Biru

P/S: Bandar Kemaman dah mula banjir #prayforpantaitimur

Isnin, 22 Disember 2014

Selamat Maju Jaya Albert Rusnak

Pemain akademi City Albert Rusnak sudah menandatangi kontrak menyertai kelab FC Groningen Januari depan dengan anggaran nilai perpindahan €550,000. Rusnak yang menyertai City semenjak umur 16 tahun tidak berminat menyambung kontraknya bersama City yang bakal tamat musim panas depan. Beliau kini sedang dipinjamkan ke kelab SC Cambuur.


Khabar Angin Bisnes Perpindahan: de Bruyne, Koke & Torres

Nampaknya City serius dalam perancangan jangka masa panjang memperkasakan bahagian tengah mereka. 3 pemain tengah muda kini dikaitkan dengan City iaitu Kevin de Bruyne (Wolfsburg), Koke dan Oliver Torres (Atletico Madrid).

Kevin de Bruyne

Ahad, 21 Disember 2014

Laporan Kaki Bangku: BPL 2014/15 Manchester City (3) - Crystal Palace (0)

Belakang parang diasah lagikan tajam. Jangan disangka pedang sakabato tidak memancung. Begitulah juga pasukan Machester City jangan disangka tumpul turun tanpa penyerang. 3 gol di separuh masa kedua menjadi bukti kekuatan skuad yang dimiliki City untuk mengetepikan cabaran Crystal Palace. Kini City mengumpul mata sama dengan Chelsea cuma mereka sudah bermain satu perlawanan lebih (Chelsea bermain pagi Selasa).

Pedang mata terbalik sakabato tetap merbahaya di tangan samurai yang hebat

Sabtu, 20 Disember 2014

Laporan Kaki Bangku: Prebiu BPL 2014/15 Manchester City vs Crystal Palace


Siri perlawanan musim sejuk BPL sudah bermula dan perlawanan pertama City adalah menyambut kehadiran pasukan Crystal Palace. Manchester City sekali lagi akan merindui kelibat 3 penyerang senior mereka yang masih cedera. Pellegrini menyatakan Jovetic hanya akan kembali cergas pada minggu hadapan manakala Aguero dan Dzeko sudah dipastikan tidak akan bermain dalam perlawanan baki tahun ini.

Dalam kenangan

Manchester Itu Biru: Joe Hart Komited

Berita gembira minggu ini apabila Joe Hart menandatangani kontrak baru bersama City yang akan melihat beliau kekal di Stadium Etihad sehingga musim 2018/19. Dilaporkan dalam kontrak baru itu Joe Hart akan mendapat bayaran £188,000 seminggu.

Khabar Angin Bisnes Perpindahan: Wesley Sneijder

Saban musim nama Wesley Sneijder dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United tetapi kali ini sumber kuar mengatakan ejen beliau sedang berbincang mengatur perpindahan Sneijder ke Manchester City dengan nilai transaksi dalam lingkungan £9 juta pound. Jumlah ini adalah kurang berbanding nilai tebus-beli beliau iaitu £12 juta pound.

Khabar Angin Bisnes Perpindahan: Jose Gimenez

Manchester City dikhabarkan ada membuat tawaran sebanyak £17 juta pound untuk membeli pemain pertahanan muda Atletico Madrid, Jose Gimenez namun telah ditolak.

Khamis, 18 Disember 2014

Thierry Henry Manchester City?

Pelbagai idea dilontarkan sebagai penyelesaian permasalahan ketandusan penyerang di dalam skuad City pada waktu ini. Ada yang mengutarakan meminjam David Villa dari New York City FC, ada juga yang mahu pemain dari skuad akademi EDS diberikan peluang dan yang paling popular setakat ini menggunakan Milner sebagai '9 Palsu'. Namun baru-baru ini timbul satu lagi idea untuk menukar Scott Siclair daripada seorang pemain sayap menjadi seorang penyerang.

'9 Palsu' vs No. 10

Kita sudah biasa mendengar istilah '9 Palsu' dalam ulasan taktikal bolasepak. Secara amnya '9 Palsu' merujuk kepada seorang penyerang yang bermain lebih rendah dari posisi tradisi seorang '9 Sejati'. Contoh terbaik '9 Palsu' adalah pemain-pemain seperti Messi dan Totti.


Tetapi jika pemain No. 9 itu bermain lebih rendah bukankah dia bermain sebagai seorang No. 10?

Rabu, 17 Disember 2014

Ada Apa Dengan Nombor Dan Posisi?

Jika membaca ulasan taktik bolasepak di media massa kita sering terdedah dengan istilah seperti No. 9, No. 10 dan '9 Palsu'. Sebenarnya nombor-nombor ini mewakili apa sebenarnya? Jom kaji sejarah bolasepak mencari jawapan.

Ini semua bermula pada tahun 1939 apabila nombor pertama kali diletakkan pada jersi pasukan. Nombor diberikan mengikut posisi setiap pemain berdasarkan formasi 2-3-5 yang merupakan formasi asas pada waktu itu.

Formasi Tanpa Penyerang Manchester City

Krisis betul bahagian serangan Manchester City dengan ketiadaan Aguero, Dzeko dan Jovetic. Pozo yang dicuba semasa perlawanan Leicester tidak begitu efektif dan mendapat komen dari Pellegrini bahawa beliau lebih sesuai beroperasi di bahagian tengah. Mungkin kekurangan pengalaman bermain di peringkat BPL atau mungkin juga kekurangan kekuatan fizikal Pozo menyukarkan beliau untuk menguasai taktik pasukan walaupun memiliki kelincahan serta bijak mencari ruang dan posisi. Penyerang-penyerang yang lain pula semuanya dipinjamkan kepada kelab luar.

Pozo bukan seorang penyerang - Pellegrini

Selasa, 16 Disember 2014

175 - Rekod Gol BPL Frank Lampard

Frank Lampard ni bukan setakat lagenda tapi dah boleh kira level dewa dah. Ini pun belum habis main BPL lagi. Ada can nak potong Thierry Henry.



Superbia in proelio - Blog Bulan Biru

Isnin, 15 Disember 2014

UCL 2014/15 Kebarangkalian Kelayakan Manchester City Ke Suku Akhir


Undian pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah sudah selesai. City sekali lagi bakal bertemu dengan Barcelona. Banyak negativiti boleh dikesan selepas keputusan undian menjadi rasmi. Jangan gentar sebelum bertempur kerana tiada apa yang akan merugikan City malah mungkin City sudah belajar dari kesilapan lalu. Jika disampaikan dalam bentuk C++ maka sintaks situasi City adalah seperti berikut:

Laporan Kaki Bangku: BPL 2014/15 Leicester City (0) - Manchester City (1)

Bukan senang memburu sang musang. Lebih-lebih lagi bila pergi memburu tanpa senapang. Akhirnya dapat juga City meraih 3 mata di bumi lawan melalui pemain berpengalaman Frank Lampard.

UCL 2014/15 Kebarangkalian Seteru Manchester City

Itulah dulu masa kat sekolah korang tak nak belajar Matematik Tambahan tu betul-betul. Tak ada aplikasi dunia sebenar konon. Pastu ni apa ni? :P

Sumber: Daily Mail UK
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru

Sabtu, 13 Disember 2014

Laporan Kaki Bangku: Prebiu BPL 2014/15 Leicester City vs Manchester City


Pasukan tercorot BPL bakal berhadapan dengan pasukan City yang kini berada dalam momentum yang tidak terhalang. Leicester tidak menang dalam 10 perlawanan BPL terakhir mereka. Walaupun City masih kehilangan Aguero tetapi kekuatan mereka tidak tergugat dengan kembalinya Silva, Kompany dan Kolarov dalam senarai pemilihan pemain. Tiada kelibat bekas rakan akademi Joe Hart, Kasper Schmeichel yang tercedera untuk perlawanan ini. Ramalan Blog Bulan Biru: Leicester 0 - City 3.

Seleksi Blog Bulan Biru
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.