Khamis, 25 Ogos 2016

City Layak Ke UCL, Duduki Pot Undian 2

Jaringan Fabian Delph dalam kemenanangan 1-0 ke atas Steaua Bucharest lebih daripada cukup untuk memastikan Manchester City layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah musim baru ini.

City akan berada dalam Pot 2 semasa undian peringkat kumpulan nanti bersama-sama Atletico Madrid, Sevilla, Borussia Dortmund, Napoli, Arsenal, Porto dan Bayer Leverkusen.




Sumber: UEFA.com
- Bulan Biru

Selasa, 23 Ogos 2016

Suatu Masa Dahulu - Vincent Kompany

Pada tahun 2008, Manchester City telah menandatangan seorang pemain yang bakal menjadi antara kapten teragung dalam sejarah mereka.




- Bulan Biru

Diet Ketat Guardiola


Di bawah kendalian Pep Guardiola nampaknya para pemain Manchester City perlu menyesuaikan diri dengan regim diet yang ketat.

Akhbar Telegraph melaporkan Guardiola mengarahkan para pemain ditimbang berat mereka hampir setiap hari dan mana-mana pemain yang dianggap 'berat' tidak akan menyertai latihan bersama pasukan untuk hari tersebut.

Para pemain juga diarah untuk makan bersama sepanjang latihan dan mendaftarkan diri di kafetaria sebagai bukti. Ianya dikatakan penting untuk membentuk jalinan di antara pemain.

- Bulan Biru

City Terima Tawaran Besar Kelab China


Manchester City dikatakan sudah menerima satu tawaran lumayan yang akan menyaksikan penyerang, Wilfried Bony beraksi di persada Liga Super China. Namun begitu perpindahan itu hanya akan direalisasikan di bulan Januari nanti.

Jadi sementara menanti ketibaan Januari, City dikhabarkan akan meminjamkan Bony kepada West Ham United yang sedang mencari penyerang ganti selepas kehilangan Andrew Ayew yang cedera panjang.

West Ham kini sedang mempertimbangkan keputusan sama ada mereka mampu membayar gaji tinggi Bony atau meminta sedikit subsidi daripada City.

- Bulan Biru

Everton Tarik Diri


Everton yang sebelum ini dilihat sebagai kelab pilihan destinasi Joe Hart sudah menarik diri dari meminjam penjaga gol itu kerana mereka tidak dapat memenuhi pembayaran gaji Hart yang begitu tinggi sekitar £7 juta semusim (£135,000 seminggu).

Sevilla yang juga sebelum ini berminat kini sedang menghampiri seorang lagi penjaga gol lain iaitu Diego Alves (Valencia).

Ini mungkin meninggalkan Hart terkontang-kanting di Manchester City andai beliau gagal mencari kelab baharu sebelum jendela perpindahan ditutup.

- Bulan Biru

Isnin, 22 Ogos 2016

Colin Bell + Uwe Rosler = ?

Uwe Rosler
Bekas penyerang prolifik Manchester City, Uwe Rosler menamakan anak sulung beliau sempena nama Colin Bell iaitu Colin Rosler. Colin Rosler baru-baru ini membuat kemunculan sulung bersama skuad B18 tahun City dan juga pernah disenaraikan dalam skuad B16 tahun England (beliau layak bermain untuk 3 negara: England, Jerman atau Norway).

Colin Rosler
Colin Rosler mempunyai seorang adik, Tony Rosler yang juga dinamakan sempena seorang lagi lagenda City iaitu Tony Book.

- Bulan Biru

Kenali City - Colin Bell


Colin Bell diberi penghormatan oleh para peminat sebagai pemain Manchester City terhebat sepanjang zaman. Betapa gahnya nama Colin Bell ini sehingga salah satu bahagian stadium dinamakan sempena nama beliau, Colin Bell Stand. Bahagian ini menempatkan para peminat City paling vokal sepertimana Kop di Anfield dan Stretford End di Old Trafford cuma istimewanya Colin Bell Stand ini ialah ianya terletak di bahagian panjang padang dan bukannya di belakang gol seperti Kop dan Stretford End.


Suasana gamat di Colin Bell Stand
1. Piala Juara

Bell memenangi piala Liga Divisyen Satu, Piala FA, Piala Liga (2 kali) dan Piala Juara Piala sepanjang mewakili City.

Liga Divisyen 1 1968
Piala FA 1969

Statistik Perlawanan - Stoke City (1) vs Manchester City (4)

Kata pujangga bolasepak Inggeris ada mengatakan, "Anda belum lagi berjaya di dunia bolasepak jika anda belum berhadapan dengan Stoke di hari berangin dan hujan". Namun Pep Guardiola begitu bersahaja menepis cabaran 'Angin Stoke' dengan kemenangan 4-1 kepada pasukan pelawat. Berikut adalah statistik dan analisis perlawanan Stoke City menentang Manchester City:

1. Serangan Tajam

Sergio Aguero mengganas lagi dengan 2 gol dan kini mengumpul 6 gol daripada 3 perlawanan. Jika bukan 2 penalti yang terlepas di Bucharest seharusnya ia menjadi 8 gol keseluruhan. Kali ini penalti Aguero tidak tersasar dan tandukan cantik beliau untuk gol kedua membuktikan beliau sama bahayanya di tanah mahupun di udara. Statistik perlawanan: 2 gol, 3 percubaan tepat, 4 percubaan gol.


Nolito yang membuka akaun gol City beliau di Bucharest meneruskan persembahan cemerlang. Walaupun bermula di bangku simpanan, Nolito tampil ke hadapan dan memusnahkan harapan Stoke mencari gol penyamaan dengan 2 gol di akhir perlawanan. Nolito bijak mencari posisi dan perlu berterima kasih kepada rakan sepasukan yang tidak tamak. Statistik perlawanan: 2 gol, 2 percubaan tepat, 2 percubaan gol.

Khamis, 18 Ogos 2016

Guardiola Tegur Otamendi

Peminat Manchester City mana yang tidak sukakan Nicolas Otamendi? Gambaran jambangnya sahaja sudah berjaya memikat hati. Ditambah pula dengan gaya bertahan berani mati dan bentesan keras tanpa kenal erti belas kasihan maka lagilah ramai yang jatuh hati.


Dalam reviu skuad 2015/16 di kolum Bulan Biru reviu Otamendi berbunyi:

Hart - Saya Akan Tinggalkan City


Betapa sedih hati ini mendengar berita dari kem Manchester City. Sumber Mirror melaporkan yang Joe Hart sudah memberitahu rakan-rakan sepasukan yang beliau akan meninggalkan City sebelum tamat jendela perpindahan musim panas ini.

Rabu, 17 Ogos 2016

Joey Barton Bidas City

Bekas pemain dan 'budak nakal' Manchester City, Joey Barton membidas layanan buruk yang diberikan kelab itu kepada penjaga gol, Joe Hart.

Komen Barton berbunyi lebih kurang, "Ini bukan kelab yang saya tinggalkan dahulu. Kelab yang saya tinggalkan dahulu tidak akan memberi layanan sebegini rupa kepada seorang pemain yang sudah sekian lama menabur jasa kepada kelab. Saya rasa ianya sangat menjengkelkan. Sebelum kelab menjadi kaya, beliau (Hart) boleh sahaja berpindah memajukan diri tetapi beliau memilih untuk kekal dan berimpian menjadi lagenda City. Saya merasakan ini tidak sopan dan biadap. Kenapa layan beliau sebegitu rupa?"


- Bulan Biru

Taktik City - Trifecta Sempurna Di Bahagian Tengah

Peminat Manchester City masih ada yang terpana dengan kehebatan cara pasukan City bermain dalam 2 perlawanan pertama musim ini. Begitu lancar sekali pergerakan bola dan mereka begitu mengancam di hadapan gol lawan. Inilah transformasi yang dibawa Pep Guardiola kepada falsafah bolasepak City.


Salah satu kekuatan City yang disedari ialah keberkesanan rangkaian 3 pemain tengah sentral mereka yang dibarisi Fernandinho, Kevin De Bruyne dan David Silva. Ini kerana gabungan mereka ini menyerupai rangkaian Sergio Busquets, Xavi Hernandez dan Andres Iniesta. Mereka ini semua mempunyai kebolehan membuat hantaran dengan baik sekali namun dalam sistem Guardiola akan membawa peranan berbeza.

Statistik - Joe Hart vs Penjaga Gol Dunia

Antara ciri-ciri utama penjaga gol idaman Pep Guardiola ialah kemantapan pengagihan dan kemampuan membuat hantaran dengan tepat kerana dalam gaya permainan Guardiola kadang-kala penjaga gol boleh menjadi pemain yang paling banyak membuat hantaran. Joe Hart yang sekian lama menjadi penjaga gol utama Manchester City sudah 2 kali sekadar memanaskan bangku simpnanan menimbulkan spekulasi tentang masa depan beliau dalam skuad Guardiola ditambah pula dengan berita yang Claudio Bravo bakal berpindah dari Barcelona. Mari kita kaji statistik hantaran bola di antara Joe Hart dan penjaga-penjaga gol yang dikaitkan dengan City.


- Bulan Biru

Fernando Jadi Rebutan 2 Kelab Itali

Semenjak 2 tahun pembelian Fernando dari FC Porto, para peminat Manchester City masih ternanti-nanti aksi jurus hikmat kaki sotong beliau yang terkenal itu. Namun setakat ini peminat hanya beberapa kali dapat menyaksikan bunganya sahaja. Kini mungkin mereka akan terus kempunan jika City menerima lamaran dari 2 kelab Itali, AC Milan dan Fiorentina yang berkenan mendapatkan khidmat Fernando.

Hasil kerja: ShaunCSXE
-Bulan Biru

Anak-Anak Bulan Biru


Kini dengan pembelian Leroy Sane dan John Stones ia jelas menunjukkan komitmen City untuk membentuk pasukan masa depan yang baharu. Purata umur skuad utama City sekarang ialah 27.6 tahun. Daripada 28 pemain hanya 10 pemain yang berumur 25 tahun dan ke bawah iaitu Eliaquim Mangala (25), Jason Denayer (21), John Stones (22), Ilkay Gundogan (25), Bruno Zuculini (23), Kevin De Bruyne (25), Oleksandr Zinchenko (19), Raheem Sterling (21), Leroy Sane (20) dan Kelechi Iheanacho (19).

Sebagai persediaan, muka-muka baharu dari skuad akademi harus diberi lebih banyak peluang supaya ada kesinambungan dengan skuad masa kini dan peralihan boleh dilakukan dengan lancar. Semasa perlawanan menentang Bayern dan Dortmund tempohari ramai pemain akademi yang berjaya mempamerkan persembahan baik tetapi di sini dicalonkan 3 pemain akademi teratas yang boleh diserapkan ke dalam skuad utama.

Selasa, 9 Ogos 2016

Selamat Datang Stones!


Selepas dikejutkan dengan kemunculan nama John Stones di lampiran senarai skuad Manchester City untuk pusingan kelayakan Liga Juara-Juara, pemain itu disahkan menyertai pasukan Manchester biru itu dalam transaksi bernilai £47.5 juta. Ini menjadikan Stones sebagai pemain pertahanan termahal Liga Perdana Inggeris melewati pemegang gelaran sebelum ini, Eliaquim Mangala (juga Manchester City) pada harga £32 juta.

GEMPAR - John Stones Dalam Senarai Skuad UCL City


Nama John Stones tersenarai dalam skuad Liga Juara-Juara Manchester City. Stones akan menggunakan nombor 24.

Tiada nama Samir Nasri, Eliaquim Mangala, Wilfried Bony dan Vincent Kompany.

- Bulan Biru

Ahad, 7 Ogos 2016

City Dalam Bahaya Hilang Bakat Muda


Manchester City sedang berdepan risiko kehilangan bakat muda, Tosin Adarabioyo jika pemain itu tidak memperbaharui kontrak beliau yang akan tamat akhir musim depan.

Hubungan Ter Stegen - Barcelona Retak


Dua penjaga gol Barcelona, Marc-Andre Ter Stegen dan Claudio Bravo sudah dikaitkan dengan Manchester City semenjak awal Julai lagi. Sebelum ini berita perpindahan Ter Stegen ke Manchester dilihat mulai reda kerana dikatakan Barcelona sudah bersetuju memberi jaminan kepada Ter Stegen sebagai penjaga gol utama nombor 1 pasukan.

Selamat Tinggal Nasri, Navas?


Lambakan pemain tengah di Manchester City mungkin menjadi titik tolak kepada berakhirnya karier Samir Nasri dan Jesus Navas di Stadium Etihad.

Senarai Skuad City vs Arsenal Disahkan


Berikut adalah senarai skuad Manchester City yang telah disahkan akan bertemu dengan skuad Arsenal dalam satu lagi perlawanan pra-musim. Perlawanan akan berlangsung di Sweden.

1. Joe Hart
2. Willy Caballero
3. Gael Clichy
4. Bacary Sagna
5. Pablo Zabaleta
6. Aleksandar Kolarov
7. Jason Denayer
8. Tosin Adarabioyo
9. Pablo Maffeo
10. Angelino Tasende

Khamis, 4 Ogos 2016

Ronaldo Iktiraf Gabriel Jesus

Gabriel Jesus mendapat pengiktirafan di tahap tertinggi apabila lagenda Brazil, Ronaldo Luis Nazario de Lima memberi gambaran beliau dapat melihat diri beliau sendiri dalam Gabriel Jesus.

Sumber: BlueMoonRisingTV
Sebelum ini Gabriel Jesus dipetik sebagai berkata yang beliau memasang impian untuk menjadi Ronaldo yang baharu.

- Bulan Biru

Gabriel Jesus - Saya Mahu Jadi Ronaldo Baharu


Pemain baru Manchester City, Gabriel Jesus yang dicanang sebagai bintang sensasi masa depan oleh segenap media selalu mendapat jolokan 'Neymar Baharu'. Namun begitu Jesus tidak gemar dikaitkan dengan bintang Barcelona itu.

Selamat Datang Jesus!


Fenomena terbaru dari Brazil, Gabriel Jesus yang berusia 19 tahun menjadi nama terbaru dalam senarai bintang muda yang menyertai Revoulsi Guardiola di Manchester City. Desas-desus penyertaaan Jesus yang kedengaran sejak Jun lalu akhirnya menjadi rasmi apabila Jesus berpindah dari Palmeiras dengan harga £27juta (boleh meningkat ke £31 juta). Namun peminat tidak akan dapat melihat aksi beliau sehingga Januari tahun depan kerana beliau mahu menghabiskan musim bersama Palmeiras yang akan tamat Disember nanti. Jika maju menjamu mata dengan kelibat beliau bolehlah mengikuti perkembangan Jesus di temasya sukan Olimpik Rio 2016. (Sumber foto: Manchester City)

Nama: Gabriel Fernando de Jesus
Umur: 19 tahun
Kelab: Manchester City FC
Posisi: Penyerang tengah
Nilai semasa: £13,600,000

Selamat Datang Sane!


Akhirnya Leroy Sane di sini! Selepas drama tarik tali di antara Schalke 04 dan Manchester City yang berlarutan semenjak pertengahan Jun lagi akhirnya kedua-dua pasukan menemui kata persetujuan untuk membawa bintang sensasi Jerman itu ke Stadium Etihad. Nantikan kemunculan sulung Sane di dalam perlawanan pra-musim menentang Arsenal nanti. (Sumber foto: Manchester City)

Nama: Leroy Sane
Umur: 20 tahun
Kelab: Manchester City FC
Posisi: Sayap kanan
Nilai semasa: £25,000,000

Isnin, 1 Ogos 2016

Schalke Sahkan Sane Di Manchester

Biar gambar berbicara.

Status akaun Twitter rasmi Schalke 04

Gempar - Sane Tidak Bersama Schalke Ke Austria


Berita terkini mengatakan yang Leroy Sane tiada dalam senarai pasukan Schalke 04 yang akan terbang ke Austria. Kata pengarah sukan Schalke, Christian Heidel sebelum ini jika Sane bersama pasukan ke Austria maka itu bererti beliau akan kekal sebagai pemain Schalke.

Sane Bakal Ke Everton?!


Jangan menggelabah tak tentu arah. Itu hanyalah gurauan oleh seorang penyokong Everton yang bertembung dengan Leroy Sane dalam penerbangan ke Manchester. Baju yang dipakai Sane dilihat serupa dengan dalam gambar di hotel Radisson, Manchester.

Misteri Sane - Di Sana Atau Di Sini?


Media Kickers cuba mendakwa yang Leroy Sane sebenarnya tidak berada di Manchester. Manakala pengarah sukan Schalke 04, Christian Heidel pula berkata jika Sane bersama pasukan dalam kapal terbang ke Austria maka itu bermakna beliau akan kekal di Schalke.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.