Sabtu, 31 Disember 2016

Real Sociedad Lengkapkan Perpindahan Rulli

Seperti yang sudah dinyatakan dalam artikel sebelum ini Real Sociedad akan melengkapkan perpindahan penjaga gol Geronimo Rulli dari Manchester City bermula Januari dengan harga €7 juta bersama syarat klausa pembelian semula oleh Manchester City pada harga €14 juta.

Kit Jersi City 2017/18 Oleh Concept Kits

Apa pandangan anda dengan konsep rekaan jersi Manchester City bagi musim 2017/18 daripada Concept Kits?


Jumaat, 30 Disember 2016

3 Pemain La Masia Yang Diintai City

Pihak pengurusan Barcelona tidak senang duduk apabila dilaporkan yang 3 bakat muda akademi mereka sedang diintai oleh Manchester City. Kini identiti 3 pemain tersebut sudah dikenalpasti. Diperkenalkan:

1. Pablo Moreno (Penyerang)


Pemain berusia 14 tahun ini bermain sebagai No. 9 Sejati, peranan yang tidak sinonim dengan Barcelona namun dikatakan Barca sanggup mengubah sistem permainan mereka untuk menempatkan bakat hebat ini dalam skuad mereka. Masakan tidak apabila Moreno berjaya memecahkan rekod demi rekod di peringkat junior. Musim lepas Moreno pernah menjaringkan 28 gol dalam 7 perlawanan. Di peringkat B-13 (7-sebelah) Moreno mencatatkan 72 gol dalam 27 perlawanan.

2. Ansumane 'Ansu' Fati (Tengah/Penyerang)


Baru berusia 13 tahun namun dibawa naik untuk bermain di peringkat umur lebih tinggi. Berbeza dengan Moreno, Ansu lebih fleksibel dalam posisi beliau. Ansu boleh bermain sebagai pemain tengah menyerang, tengah sentral, sayap kanan ataupun penyerang 9-Palsu. Namun posisi di mana beliau paling menyinar ialah sebagai No. 10.

3. Nico Gonzalez (Tengah)


Pemain berusia 14 tahun ini sedang berada di bawah perhatian Manchester City dan Real Madrid. Dianggap antara pemain tengah muda paling kreatif di La Masia, Nico dicanang sebagai pengganti Xavi suatu hari nanti. Namun jika diberi pilihan di antara Real atau City mungkin Nico akan memilih City kerana ayah beliau, Fran Gonzalez ialah salah seorang jurulatih dalam barisan staf Pep Guardiola.

7 Pemain City Hiasi 100 Terbaik Dunia


The Guardian telah mengumpulkan seramai 124 orang panel juri untuk membuat undian dalam menentukan 100 pemain bolasepak terbaik dunia. Hasil undian yang telah diumumkan 20 Disember yang lalu menyaksikan pemenang Ballon D'or Cristiano Ronaldo merampas gelaran Pemain Terbaik Dunia 2016 dari tangan Lionel Messi yang menduduki tangga kedua. Tempat ketiga pula diduduki oleh Gareth Bale.

Pada tahun 2015, 6 orang pemain Manchester City menempatkan diri dalam senarai 100 nama terbaik dunia ini. Tahun ini jumlah itu meningkat kepada 7 pemain namun secara keseluruhannya kedudukan pemain Manchester City jatuh berbanding tahun lepas dengan tiada nama tersenarai dalam 10 teratas. Pemain berkedudukan paling tinggi ialah Sergio Aguero yang menghuni tangga ke-11. Fernandinho dan Ilkay Gundogan adalah dua muka baharu yang muncul dalam senarai.







Isco Tentu Nasib Di Hujung Musim

Isco yang dikaitkan dengan Manchester City semenjak zaman pengurusan Manuel Pellegrini dilaporkan oleh Mundo Deportivo akan menentukan hala tuju karier beliau di musim panas nanti selepas menarik minat Manchester City, Tottenham Hotspur dan Juventus.


City Buru Akademi Barca

Menurut media sukan SPORT Manchester City telah menghubungi 3 bakat besar akademi Barcelona dan menimbulkan rasa kurang senang di kelab Sepanyol itu.

Khamis, 29 Disember 2016

3 Mei 2003 - Kemenangan Terakhir Di Anfield

Stadium Anfield boleh dianggap bumi pantang buat Manchester City. Dalam sedar tak sedar rupanya sudah lebih sedekad City gagal mencatatkan sebarang kemenangan di laman The Reds itu.



Dalam perlawanan itu Nicolas Anelka menjadi wira City dengan menjaringkan 2 gol selepas Liverpool mendahului melalui Milan Baros. Anelka menjaringkan gol kemenangan City 3 minit di dalam waktu kecederaan.

Berikut adalah senarai skuad pada hari tersebut:

Liverpool: Dudek, Carragher, Traore, Hyypia, Riise, Diouf (Heskey 78), Hamann (Cheyrou 78), Gerrard, Murphy, Owen, Baros. 
Simpanan Tidak Digunakan: Arphexad, Diao, Biscan.

Man City: Schmeichel, Dunne, Sommeil, Distin, Wright-Phillips, Barton, Benarbia, Horlock, Jensen, Fowler, Anelka.
Simpanan Tidak Digunakan: Nash, Macken, Jihai, Bischoff, Belmadi.

Pecah Rekod Atau Tidak?

Dalam laporan awal perpindahan Carlos Tevez dari Boca Juniors ke Shanghai Senhua dikatakan pemain Argentina itu bakal menerima bayaran sebanyak £615,000 seminggu menjadikan beliau pemain bolasepak dengan gaji tertinggi dunia.


Ini menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir peminat yang merasakan Tevez mata duitan. 


Namun dalam laporan terkini mungkin Tevez tidak akan memecahkan rekod itu. Menurut sumber dari China perjanjian perpindahan yang bernilai £9 juta itu hanya akan melihat Tevez menerima gaji sebanyak £226,000 seminggu. Jauh panggang dari api.

- Bulan Biru

Carlos Tevez Sertai Shanghai Senhua - Pecah Rekod Gaji Dunia

Bekas penyerang Manchester United dan Manchester City, Carlos Tevez melengkapkan perpindahan beliau ke kelab Liga Super China, Shanghai Senhua dari Boca Juniors.


Perpindahan Tevez ini sekali gus melakar rekod baharu dalam bolasepak apabila menerima gaji termahal dunia iaitu sebanyak £615,000 seminggu.



Di Shanghai Senhua, Tevez akan bermain di bawah kendalian bekas pemain Chelsea dan Tottenham Hotspur, Gustavo Poyet yang baharu sahaja menjadi pengurus kelab China itu bulan lepas.

- Bulan Biru

Rabu, 28 Disember 2016

Gabriel Jesus Tidak Bermain Menentang Burnley

Harapan para peminat Manchester City untuk melihat aksi Gabriel Jesus dalam perlawanan menentang Burnley mungkin tidak kesampaian. 


Walaupun pemain itu sudah layak dimainkan selepas 1 Januari namun mengikut sumber dari Brazil kawan-kawan rapat Gabriel Jesus bercadang meraikan pemergian beliau ke England pada 1 Januari dan beliau hanya akan terbang ke Manchester pada 2 Januari. (Sumber: Man City Brazil

- Bulan Biru

Malaysian Blue - King Of The Kippax 238


Baca kisah jalan cerita bro sebagai seorang peminat Manchester City di Malaysia dalam majalah fanzine King of the Kippax isu 238.


Untuk versi penuh dapatkan naskah Kindle majalah King of the Kippax isu 238 di Amazon UK.

- Bulan Biru

Akaun Twitter Nasri Kembali Aktif

Selepas insiden memalukan akaun Twitter rasmi Samir Nasri yang digodam sehingga ianya terpaksa ditutup nampaknya kini pihak Nasri sudah membetulkan keadaan.


Akaun Twitter Nasri sudah kembali aktif dan segala pos yang dibuat oleh sang penggodam sudah dibuang.

- Bulan Biru

Akaun Twitter Rasmi Nasri Ditutup Selepas Digodam

Akaun Twitter rasmi Samir Nasri (@SamNasri19) terpaksa ditutup selepas ia membuat beberapa pos berunsur lucah.


Semuanya bermula selepas Nasri mendapatkan rawatan di Los Angeles dan dipetik dalam pos Twitter @DripDoctors.


Tidak lama kemudian muncullah siri pos yang pelik dari akaun Twitter Nasri.




Pihak Nasri cuba mengawal keadaan dengan mengeluarkan kenyataan yang akaun Twitternya digodam.



Namun cubaan itu gagal dan akaun Twitter Nasri digodam semula. Sebelum akaun itu ditutup sepenuhnya ini adalah pos terakhir akaun Twitter Nasri.


- Bulan Biru

Selasa, 27 Disember 2016

Angelino Sertai Maffeo Ke Sepanyol

Cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga. Selepas Pablo Maffeo disahkan akan dipinjamkan ke Girona FC sehingga ke penghujung musim, berita susulan dari pihak Manchester City memaklumkan yang Angelino Tasende akan turut serta ke Sepanyol bersama perjanjian yang serupa.


Ini bermakna tiada pemain pelapis di dalam skuad City untuk posisi bek kanan dan kiri. Ini bakal menguatkan spekulasi yang City akan memburu pemain baharu untuk memperkukuhkan barisan pertahanan mereka di jendela perpindahan Januari nanti.


Angelino sebelum ini dipinjamkan ke New York City FC pada tahun 2015 dan membuat 14 kemunculan di liga MLS.

- Bulan Biru

Maffeo Kembali Ke Girona

Pablo Maffeo akan kembali beraksi di Sepanyol bersama Girona FC buat kali kedua selepas Manchester City bersetuju meminjamkan bek kanan muda itu sehingga ke penghujung musim.


Musim lepas Maffeo membuat 13 kemunculan bersama Girona dan membantu mereka menamatkan kempen 2015/16 di tempat ke-4 liga. Beliau yang bakal berpindah Januari nanti akan menyertai seorang lagi pemain pinjaman City di Girona, Pablo Mari.

Kini Girona sedang menghuni di tangga kedua Segunda Division.

Adakah ini bererti City akan membuat pembelian seorang pemain bek kanan memandangkan mereka sememangnya kekurangan pemain di posisi tersebut? 

- Bulan Biru

Denis Onyango - Nama Teristimewa Dalam Senarai Dunia


Kenalkah anda dengan pemain ini? Pemain ini menduduki tempat yang lebih baik daripada Petr Cech, Samir Handanovic dan Marc André Ter Stegen dalam senarai Penjaga Gol Terbaik Dunia 2016 yang diumumkan IFFHS.

10. Denis Onyango (Uganda/Mamelodi Sundowns) - 5 markah
11. Petr Cech (Republik Czech/Arsenal FC) - 4 markah
12. Samir Handanovic (Slovenia/FC Internazionale Milano) - 2 markah
13. Marc André Ter Stegen (Jerman/FC Barcelona) - 1 markah

Dalam undian IFFHS, pemain berusia 31 tahun ini mendapat 5 markah mengatasi Cech (4 markah), Handanovic (2 markah) dan Ter Stegen (1 markah) selepas membantu kelab Mamelodi Sundowns mencapai kejayaan berganda di pertandingan Divisyen Perdana Afrika Selatan dan Liga Juara-Juara CAF.



Bersama pasukan kebangsaan Uganda pula Onyango telah membantu mereka melayakkan diri ke kejohanan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) yang akan berlangsung di Gabon pada Januari 2017 sekali gus menamatkan kemarau 38 tahun kehadiran Uganda dalam kejohanan tersebut.




Profil Pemain
Nama Penuh: Denis Masinde Onyango
Umur: 31 tahun
Kelab: Mamelodi Sundowns FC
Posisi: Penjaga gol
Nilai semasa: £383,000


- Bulan Biru

Claudio Bravo Penjaga Gol Ke-4 Terbaik Dunia 2016


Gabungan Antarabangsa Sejarah & Statistik Bolasepak (IFFHS) baru sahaja mengumumkan senarai kedudukan penjaga gol terbaik dunia untuk tahun 2016. Buat kali keempat berturut-turut gelaran Penjaga Gol Terbaik Dunia jatuh ke tangan pemain Jerman dan Bayern Munich, Manuel Neuer. Kini Neuer sudah menyamai rekod 4 gelaran penjaga gol Itali Gianluigi Buffon (2003, 2004, 2006, 2007) dan sedang mengejar rekod 5 gelaran penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas (2008, 2009, 2010, 2011, 2012).

Tahun depan gelaran ke-5 dalam tangan

Penjaga gol Manchester City, Claudio Bravo pula menduduki tangga ke-4 senarai penjaga gol terbaik dunia 2016 di belakang Manuel Neuer, Gianluigi Buffon dan Rui Patricio. Berikut adalah senarai kedudukan penuh:

Penjaga Gol Terbaik Dunia 2016 (Sumber: IFFHS)
  1. Manuel Neuer (Jerman/FC Bayern München) - 156 markah
  2. Gianluigi Buffon (Itali/Juventus FC) - 91 markah
  3. Rui Patricio (Portugal/Sporting Portugal) - 50 markah
  4. Claudio Bravo (Chile/FC Barcelona/Manchester City FC) - 45 markah
  5. David De Gea (Sepanyol/Manchester United FC) - 37 markah
  6. Jan Oblak (Slovenia/Club Atletico de Madrid) - 31 markah
  7. Hugo Lloris (Perancis/Tottenham Hotspur FC) - 29 markah
  8. Keylor Navas (Costa Rica/Real Madrid CF) - 18 markah
  9. Thibaut Courtois (Belgium/Chelsea FC) - 13 markah
  10. Denis Onyango (Uganda/Mamelodi Sundowns) - 5 markah
  11. Petr Cech (Republik Czech/Arsenal FC) - 4 markah
  12. Samir Handanovic (Slovenia/FC Internazionale Milano) - 2 markah
  13. Marc André Ter Stegen (Jerman/FC Barcelona) - 1 markah
- Bulan Biru

Zon Analisis - Toure Buka Kunci Besi Hull

Bertandang ke kandang Sang Harimau ternyata bukan tugas mudah buat Manchester City walaupun pasukan Hull City itu kini menghuni tangga tercorot Liga Perdana Inggeris. Pep Guardiola sekali lagi memilih untuk tidak menurunkan sebarang pemain penyerang sejati di dalam kesebelasan utama dengan meletakkan Kevin De Bruyne di bahagian hadapan dan City kelihatan agak tumpul dalam membuat percubaan gol. Kebanyakan percubaan dari City tersasar dan tidak membahayakan gawang David Marshall di separuh masa pertama perlawanan.


Manchester City terpaksa menunggu sehingga ke minit ke-69 apabila Andrew Robertson menjatuhkan Raheem Sterling di dalam kotak penalti untuk mendapat peluang membuka kunci besi Hull City. Lalu Yaya Toure tampil ke hadapan untuk menyempurnakan sepakan penalti dan pada minit ke-72 kebuntuan perlawanan dipecahkan. Selepas itu kemaraan City tidak dapat dihalang oleh pasukan Hull yang melihat Kelechi Iheanacho menjaringkan gol kedua City pada minit ke-78 sebelum Curtis Davies menjaringkan gol sendiri menampan masuk bola lintang Sterling di masa tambahan menjadikan keputusan mutakhir perlawanan 3-0 memihak kepada Manchester City.

Yaya Toure menjadi penggerak utama pasukan City dengan menguasai perlawanan dari bahagian tengah. Selain membuka jaringan perlawanan Yaya Toure juga memulakan gerakan gol ketiga City dengan hantaran cantik melepaskan Sterling di bahagian sayap kiri. Lihat sahaja bagaimana Yaya Toure menjadi pendominasi utama perlawanan melalui corak peta haba dan juga pencapaian statistik yang melihat beliau memegang posesi paling tinggi, sentuhan bola tertinggi, percubaan gol tepat tertinggi, hantaran berjaya tertinggi, gelecekan berjaya tertinggi pasukan dan juga rampasan posesi tertinggi.

Yaya Toure mendominasi padang (Sumber: Whoscored)
Pemegang posesi bola tertinggi (Sumber: Whoscored)
Sentuhan bola tertinggi (Sumber: Whoscored)
Statistik percubaan gol dan hantaran bola (Sumber: Statszone)
Statistik hantaran bola ke sepertiga akhir dan penciptaan peluang gol (Sumber: Statszone)
Statistik menggelecek dan rampasan posesi (Sumber: Statszone)
- Bulan Biru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.