Jumaat, 26 Februari 2016

Shaun Goater - Legenda City Dan Bermuda


Fakta-fakta menarik Shaun Goater:


1. Shaun sebenarnya ialah nama tengah beliau. Nama penuh beliau adalah Leonard Shaun Goater.
2. Shaun Goater ialah satu-satunya pemain tunggal dari Bermuda yang pernah bermain untuk City.
3. Sebagai penghargaan ke atas jasa-jasa beliau kepada Bermuda, tanggal 21 Jun diisytiharkan  secara rasmi sebagai Hari Shaun Goater di Bermuda.


4. Shaun Goater menerima gelaran kehormat MBE pada 2003 di atas jasa beliau kepada pembangunan belia dan sukan Bermuda.


5. Shaun Goater merupakan seorang penyerang prolifik menjaringkan 103 gol dalam 212 penampilan bersama City sehingga dilagukan oleh para peminat "Feed The Goat And He Will Score".
6. Shaun Goater menjadi pemain City pertama menjaringkan lebih daripada 30 gol dalam satu musim semenjak Francis Lee pada tahun 1972 dengan menjaringkan 32 gol ketika kempen 2001/02.


7. Shaun Goater mencapai gol abad bersama Manchester City ketika menentang Manchester United dalam derbi Manchester terakhir di Maine Road.
8. Legenda Manchester City ini sebenarnya memulakan karier bolasepak profesionalnya bersama Manchester United namun gagal menembusi skuad utama Alex Ferguson.

Rabu, 17 Februari 2016

Petikan Kata Nigel De Jong

Pemergian Nigel de Jong masih lagi belum terisi. Mungkin semangat kental inilah yang dicari-cari.


Superbia in proelio - Blog Bulan Biru

Sumber: The Little Book of Man City
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.