Manchester City bakal bertemu AS Roma di dalam perlawanan Liga Juara-Juara. Ini merupakan pertembungan mereka buat julung kali kerana mereka tidak pernah bertemu sebelum ini. Namun ada seorang pemain City yang mempunyai sejarah menentang pasukan dari Rom ini. Pemain itu adalah pemain bek sayap kiri Aleksandar Kolarov yang pernah menjadi pemain SS Lazio sebelum berpindah ke Manchester.
Semasa menyarung jersi biru langit Lazio |
Kolarov mencatat sejarah unik kerana jaringan hebat beliau ketika menentang Roma di dalam pertembungan Derby della Capitale (lebih kurang derby Manchester versi Rom). Tanggal 11 April 2009 Kolarov telah meyumbat gol ke-4 Lazio dengan membuat larian solo dari bahagian pertahanan sejauh 85 meter sebelum menewaskan Doni di gawang Roma. Lazio sedang mendahului 3-2 dan penjaga gol Muslera pun memberi bola kepada Kolarov lalu Kolarov berlari sepanjang padang tanpa berjaya dihalang oleh mana-mana pemain Roma. Sampai ke kawasan gol Roma Kolarov membuat larian ke tengah mencari ruang sebelum melepaskan sepakan yang menewaskan Doni menggunakan kaki kanan (yang merupakan kaki lemah) beliau. Lazio menang perlawanan tersebut 4-2 dan semenjak gol itu Kolarov menjadi popular di kalangan peminat Ultras Lazio.
Jaringan yang menghantui Roma setelah sekian lama |
Jikalau Kolarov dipilih untuk turun menentang Roma memang bakal meremanglah bulu roma mereka.
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru
Rujukan: Lazioland.com dan Goal.com