Sabtu, 27 September 2014

Laporan Kaki Bangku: Prebiu Hull City vs Manchester City

Pasukan City bergerak dari bandar Manchester ke bandar Hull dengan momentum 7-0. Berapakah momentum akhir apabila pasukan City tiba di sana? Macam soalan Fizik SPM bocor pula.

Silva memulakan kebangkitan 10-pemain City
Musim lepas menyaksikan City pulang dari KC Stadium membawa 3 mata penuh walaupun bermain dengan 10 orang. Kompany dilayangkan kad merah pada awal permainan tetapi Silva dan Dzeko memastikan kemenangan City. Hari ini City datang lagi berbekalkan keyakinan dan morale pemain yang tinggi tempias kemenangan besar Rabu yang lalu. Ditambah dengan kembalinya Aguero dan Silva dalam kesebelasan pertama kita boleh menyaksikan City turun dengan kekuatan penuh.

Seleksi Bulan Biru
Kompany-Mangala semestinya pasangan pertahanan utama City musim ini. Milner pula yang bekerja keras mungkin sudah berjaya memaut hati Pellegrini. City mempunyai fleksibiti dalam pilihan skuad mereka. Pellegrini mengesahkan Jovetic masih belum cergas dan beliau boleh menurunkan seorang penyerang sahaja seperti perlawanan Sheffield Wednesday dan meletakkan Toure di posisi attacking midfielder dan Lampard bergandingan dengan Fernandinho di bahagian tengah. Formasi ini adalah berkemungkinan sebagai persediaan menentang AS Roma minggu hadapan. Prediksi keputusan: 0-2 kemenangan kepada City.

Fakta pra-perlawanan:
1. Hull gagal menang 9 daripada 10 perlawanan terakhir liga.
2. Hull bolos sekurang-kurang 2 gol dalam 8 daripada 10 perlawanan terakhir liga.
3. Manchester City tidak tewas dalam 14 daripada 15 perlawanan terakhir liga di tempat lawan.

Superbia in proelio - Blog Bulan Biru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.