Mohon maaf minggu ni banyak pula kerja di plant tambahan pula handphone pun tiba-tiba sudden death. Ayuh kita sambung dari pos lepas tentang rumusan perpindahan pemain City dengan fokus kepada transaksi penjualan:
Francisco Javi Garcia Fernandez
Javi Garcia sebenarnya bukan pilihan pertama City semasa jendela perpindahan 12/13. Selepas pemergian de Jong, City kalut mencari pemain pengganti yang mampu mengisi ruang kekosongan di bahagian defensive midfielder. Sasaran pertama ketika itu ialah pemain Sepanyol Javier Martinez. Martinez yang dinilai memiliki kelebihan di udara, pantas dan mampu merampas bola dilihat sebagai pilihan yang sangat sesuai menggantikan de Jong. Malangnya niat murni City disailang Bayern Munich. Panik gagal mendapatkan Martinez, City membuat keputusan membuat bidaan ke atas pemain Benfica Javi Garcia. Selepas perbincangan intensif akhirnya harga £15.8 juta pound dipersetujui. Portfolio pemain akademi Real Madrid ini agak membanggakan jika dilihat pada rekod ketika bersama Benfica. Musim pertama Garcia tidak berjalan lancar. Beliau dikritik tidak dapat menyesuaikan diri kepada permainan EPL yang pantas dan fizikal. Beliau akhirnya kehilangan tempat kepada Gareth Barry. Masuk musim kedua posisi DM diisi Fernandinho walaupun di bawah kendalian Pellegrini Garcia dilihat mula dapat menyesuaikan diri kepada permainan EPL. Namun begitu beliau masih dikritik sebagai terlalu perlahan dalam permainan beliau. Kehadiran Fernando bermakna kedudukan Garcia dalam seleksi pasukan jatuh satu lagi anak tangga. City yang terkekang dengan polisi FFP berminat melepaskan Garcia dan akhirnya beliau dipindahkan ke Zenit St Petersburgh dengan harga £12 juta pound.

Jack Christian Rodwell
Pemain produk akademi Everton ini hadir dengan reputasi yang tinggi. Beliau merupakan antara bintang muda harapan England. Ciri-ciri fizikal yang ada pada Rodwell membolehkan beliau diturunkan di posisi defensive midfielder atau attacking midfielder. Rodwell dibeli dengan harga £12 juta pound untuk memperkuatkan bahagian tengah City dan sebagai pengganti jangka panjang Gareth Barry. Malang sekali karier Rodwell diselubungi kecederaan. Beliau hanya diturunkan dalam 25 permainan sepanjang 2 musim. Seperti Garcia kehadiran Fernandinho dan Fernando menyukarkan Rodwell untuk mendapat tempat di dalam skuad City. Dianggap pemain surplus oleh Manchester City akhirnya Rodwell berpindah ke pasukan Sunderland dalam transaksi bernilai £10 juta pound.
Emyr Wyn Huws
Emyr Huws pemain asal Wales ini bermula dari akademi Swansea City sebelum menyertai akademi Manchester City pada tahun 2009 dan mula mencipta nama dalam pasukan muda sehingga diangkat menjadi kapten. Selepas menunjukkan prestasi konsisten dalam pasukan muda City Huws dicanang sebagai bintang masa depan City dan menyertai pasukan senior pada musim 2012/13. Sebagai pendedahan kepada beliau untuk mencari pengalaman, Huws dipinjamkan kepada kelab-kelab divisyen bawahan seperti Northampton dan Birmingham City. Pada bulan Julai 2014 Huws pada awalnya dipinjamkan kepada Wigan Athletic namun kemudiannya perpindahan itu menjadi kekal di penghujung jendela perpindahan.
Costel Fane Pantilimon
Kali pertama Pantilimon memasuki radar Manchester City adalah ketika perlawanan pra musim 2011/12 di antara Politehnica Timisoara dan Manchester City. Pemain tinggi lampai 2.03 meter ini yang boleh disalah anggap dengan hantu galah terus menarik perhatian City yang sememangnya sedang mencari penjaga gol backup selepas pemergian Shay Given. Seperti cerita underdog Hollywood Pantilimon ditawarkan kontrak pinjaman untuk musim 2011/12. Walaupun beraksi hanya 5 kali pada musim itu Pantilimon ditawarkan kontrak tetap dan menjadi pemain Manchester City. Biarpun jarang diturunkan tetapi Pantilimon membuktikan kebolehan beliau setiap kali diberi peluang. Ramai peminat City percaya Pantilimon merupakan penjaga gol yang boleh diharap malah ada yang percaya beliau berada di tahap yang sama dengan Hart. Pantilimon diturunkan sebagai penjaga gol utama dalam pertandingan piala (Piala FA/Piala Liga) dan prestasi bagus beliau menyaksikan City layak ke perlawanan akhir Piala FA 2012/13. Seperti cerita Hollywood juga beliau di"khianati" apabila posisi penjaga gol utama yang sudah dijanjikan Mancini diberikan kepada Hart pada saat-saat akhir dan Manchester City tewas kepada Wigan dalam perlawanan itu. Musim 2013/14 Pantilimon sekali lagi membuktikan kemampuan beliau dengan menggantikan Hart yang menghadapi masalah prestasi pada suatu ketika. Hikayat City Pantilimon akhirnya tamat dengan perpindahan percuma ke Sunderland selepas beliau tidak berminat menandatangan kontrak lanjutan.

Gareth Barry
Pemain veteran ini sudah dipinjamkan kepada Everton musim lepas dan musim ini berpindah secara kekal ke Everton selepas tidak memperbaharui kontrak. Barry bermain lebih 30 permainan semusim dalam 15 musim daripada 17 di arena Liga Perdana Inggeris. Begitulah betapa hebatnya pengalaman permainanan yang dimiliki Barry. Bermula sebagai pertahanan tengah kemudian ke bek kiri sebelum bermain sebagai pemain tengah kiri dan akhirnya sebagai pemain tengah Barry membuktikan fleksibiliti adalah aset utama beliau sebagai pemain. Itulah juga ciri-ciri yang menarik City untuk membeli beliau dengan harga £12 juta pound pada 2009. Biarpun dimakan usia beliau masih lagi diturunkan sebagai kesebelasan utama. Kritikan utama ke atas beliau di penghujung karier di City adalah beliau terlalu perlahan biarpun ia boleh didebatkan pasukan lawan dapat mengeksploitasi kelemahan itu kerana keengganan Toure melakukan kerja-kerja bertahan (nasib sama menimpa Garcia).
Joleon Patrick Lescott
Antara pemain terawal yang menyertai kebangkitan City pada musim 2009/10 Lescott dibeli dengan harga yang tinggi untuk seorang pemain pertahanan iaitu £24 juta pound. Ketika itu beliau sudah mencipta nama sebagai antara pertahanan tengah terbaik Liga Perdana Inggeris bersama Everton. Gandingan hebat beliau bersama Kompany merupakan antara faktor utama kejayaan City merangkul kejuaraan liga pada musim 2011/12. Namun beliau juga bertarung dengan kecederaan lutut dan kadang-kala melakukan kesilapan di bahagian benteng. Lihat kesilapan yang membawa gol penyamaan QPR 2011/12. Nasib baik menang last minute. Musim lepas tempat beliau sebagai pemain utama sudah diambil alih oleh Demichelis dan Nastasic. Beliau juga tidak memperbaharui kontrak dan berpindah ke West Bromwich Albion secara percuma.
Superbia in proelio.