Tatkala pemain lain pulang ke bilik persalinan dengan sugul Yaya Toure dilihat beramah mesra dengan pengurus Bayern; Pep Guardiola.
Ini terus membuat para peminat City bengang dengan pemain tersebut. Lebih-lebih lagi dengan prestasi buruk Toure dalam perlawanan itu dan kontroversi "hari jadi" pada musim panas yang lalu. Kehadiran fizikal Toure langsung tidak dirasai pada hari itu membiarkan pemain Bayern menguasai bahagian tengah dan Fernandinho dilihat lebih menyerlah melakukan kerja-kerja defensive.
Ramai peminat meluahkan rasa tidak puas hati mereka di laman media sosial. Kelihatan di laman sosial Twitter tweet berbunyi, "Yaya put more energy into hugging Pep after the game than he did during the game." dan "What's with Yaya Toure laughing and joking with Pep at the end there?? Should have pulled ya finger out tonight instead!! Certainly not funny!!"
Ini bukan dari peminat City tapi jiran sebelah menganjing |
Mungkin Toure hanya mahu bertanya khabar bekas pengurusnya itu tetapi ia tetap menyentap hati para peminat.
Superbia in proelio.