Manchester City hari ini memburu 3 mata pertama Liga Juara-Juara Eropah edisi 2014/15 untuk mencerahkan peluang mara ke pusingan seterusnya. Bakal lawan mereka ialah AS Roma dari Itali.
AS Roma kini menduduki tangga teratas kumpulan E setelah menewaskan CSKA Moscow 5-1 di Rom. Kedua-dua pasukan ini tidak pernah bertemu sebelum ini namun kelebihan berpihak kepada City yang bermain di Etihad dan pasukan Roma yang kehilangan ramai pemain kerana kecederaan. Antara pemain utama Roma yang tercedera ialah Strootman, De Rossi, Astori, Boriello, Balzaretti, Ucan dan Castan. Laporan terkini daripada Gazzetta dello Sport pula mengatakan penjaga gol utama Morgan de Sanctis sedang berdepan masalah otot. Skuad Manchester City pula sudah diperkuatkan dengan kepulangan Jovetic daripada kecederaan. Tanpa kelibat Fernando dan Nasri dijangka tiada perubahan besar pada kesebelasan utama City cuma Hart akan kembali di posisi penjaga gol dan Kolarov mengisi posisi bek kiri atas aksi kurang mantap Clichy semasa perlawanan Hull.
Seleksi Bulan Biru |
Walaupun Manchester City berjaya menjaringkan 11 gol daripada 2 perlawanan sebelum ini mereka bakal berdepan dengan pasukan yang jauh berbeza dengan Sheffield Wednesday dan Hull City. City perlu berhati-hati dengan kreativiti Pjanic, kepantasan Gervinho dan sang serigala tua Francesco Totti. Rekod Roma musim ini masih belum tercalar dengan kemenangan 100% dalam semua pertandingan. Namun dengan masalah kecederaan yang sedang dihadapi Roma mungkin itu bakal berakhir. Prediksi keputusan: City menang 2-0.
1. Manchester City tewas dalam 3 perlawanan terakhir Liga Juara-Juara Eropah mereka.
2. Manchester City tidak pernah bertemu Roma tetapi Kolarov pernah menentang Roma 4 kali semasa bersama Lazio. Rekod beliau ialah menang 2 dan kalah 2.
3. Kolarov membuat larian solo sejauh 85m untuk menjaringkan gol ke-4 Lazio untuk mereka menang 4-2 ke atas Roma ketika musim 2008/09.
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru