Sabtu, 22 November 2014

Laporan Kaki Bangku: Prebiu BPL 2014/15 Manchester City vs Swansea

Selepas kemenangan besar menentang Spurs di Etihad, Manchester City seperti kehilangan stim dan rentak dalam permainan mereka. Hanya 1 kemenangan yang berjaya dikecap daripada 6 perlawanan, 10 gol diboloskan dan 2 perlawanan di Etihad berakhir dengan kekalahan. Satu statistik yang agak membimbangkan tetapi harap-harap rehat antarabangsa selama 2 minggu ini memberi ruang untuk menghela nafas baru dan mendapatkan kembali jejak juara mereka.



Khabar lega buat City bila melihat Kompany kembali berlatih bersama pasukan utama. Namun kita tunggu dan lihat samada Pellegrini akan menurunkan beliau hari ini atau menyimpan beliau untuk perlawanan menentang Bayern minggu hadapan. Kolarov dan Silva masih tercedera bermakna Clichy dan Nasri akan mengambil posisi di bahagian kiri City. Ketiadaan Dzeko bererti City agak ketandusan dalam pilihan kombinasi penyerang memandangkan hanya Aguero dan Jovetic yang ada untuk dipilih. Dengan itu City mungkin akan turun dengan formasi 4-5-1 atau 4-2-3-1. Aguero sekali lagi akan memikul tanggungjawab mencari gol dan akan disokong Toure yang bermain dalam posisi yang lebih menyerang.


Swansea pula akan kembali beraksi bersama Jonjo Shelvey. Di samping beliau City juga perlu berhati-hati dengan ancaman daripada Sigurdsson dan Bony.


Di atas kertas Manchester City menang 4 daripada 5 perlawanan terakhir menentang Swansea manakala Swansea tidak pernah menang di laman City semenjak tahun 1982 (Maine Road ketika itu). Ramalan Blog Bulan Biru: City 3 - Swansea 2.

Superbia in proelio - Blog Bulan Biru

Rujukan: WhoScored.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.